• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo#innovatesarawak

Permohonan TEGAS Startup Lab Accelerator Batch 3 Kini Dibuka

Oleh
Ismail NA
19 Jun 2020
Kongsi
6 Min Bacaan

Berita Baik Buat Syarikat Pemula di Sarawak!

Permohonan TEGAS Startup Lab Accelerator Batch 3 Kini Dibuka. Program pecutan tahunan yang dianjurkan oleh Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) kini kembali lagi untuk edisi yang ketiga. Permohonan TEGAS Startup Lab (TSL) kini dibuka untuk pengambilan batch ketiga.

Isi Isi Penting
  • Berita Baik Buat Syarikat Pemula di Sarawak!
  • Program Pecutan 5 Bulan Untuk Syarikat Pemula
  • Founders Malaysia, Ctrl D Studio Antara Alumni TSL
  • Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS Kini Tawarkan Pas Co-Working Secara Percuma Selama 3 Bulan
  • Kerajaan Sarawak Akan Menubuhkan Sebuah Pusat Inovasi Di Setiap Bahagian
  • Anda berminat untuk memajukan syarikat pemula anda ke peringkat yang lebih tinggi?
  • Anda ingin menubuhkan sebuah syarikat pemula? Ada idea tapi tak tahu nak mula dari mana? Ini pula program untuk anda :

Program pecutan TSL ini dianjurkan selari dengan misi kerajaan Sarawak untuk melahirkan lebih ramai usahawan berasaskan teknologi (technopreneurs) sekaligus mempromosikan inovasi digital dan keusahawanan di dalam negeri.

Bagi mereka yang berjaya memasuki batch ketiga ini, sesi program akan bermula dari bulan Ogos hingga Disember 2020.

Permohonan TEGAS Startup Lab Accelerator Batch 3 Kini Dibuka
Permohonan TEGAS Startup Lab Accelerator Batch 3 Kini Dibuka

TEGAS akan bekerjasama dengan rakan strategik seperti WatchTowers & Friends (WTF), pitchIN dan Sarawak Multimedia Authority (SMA) untuk menjayakan program pecutan ini.

Malah, CEO WTF & pitchIN, Sam Shafie, turut teruja untuk bekerjasama dengan TEGAS bagi membina jaringan ekosistem syarikat pemula yang subur di Sarawak. Bahkan, Sam juga percaya bahawa Sarawak bakal mempunyai kisah kejayaan syarikat pemulanya yang tersendiri tidak lama lagi.

Permohonan TEGAS Startup Lab Accelerator Batch 3 Kini Dibuka

Program Pecutan 5 Bulan Untuk Syarikat Pemula

Untuk pengetahuan anda, TSL ialah program pecutan peringkat awal berdurasi 5 bulan yang bertujuan untuk menghubungkan syarikat pemula tempatan dengan mentor, pelabur dan pakar industri yang tepat. Dengan itu, mereka akan dapat mencapai sasaran serta menjana perkembangan dengan berkesan.

Permohonan TEGAS Startup Lab Accelerator Batch 3 Kini Dibuka

Menerusi TSL ini juga, syarikat pemula terpilih akan mendapat sesi latihan dan bimbingan daripada mentor dan pakar industri yang berpengalaman, akses kepada geran dan pembiayaan serta akses ke Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS (DIH) di Kuching, Bintulu dan Miri.

Bukan itu sahaja, syarikat pemula juga akan menikmati akses ke Escape oleh Hub Inovasi Etiqa di Kuala Lumpur serta akses ke Perkampungan Ekosistem Digital Sarawak (Sarawak Digital Ecosystem Village).

Permohonan TEGAS Startup Lab Accelerator Batch 3 Kini Dibuka

Founders Malaysia, Ctrl D Studio Antara Alumni TSL

Berdasarkan beberapa edisi yang lepas, TSL telah melahirkan beberapa alumni yang terkenal termasuklah syarikat pemula tempatan seperti BeGO, Miracolo, HAUS KCH, Founders Malaysia dan Ctrl D Studio.

Salah seorang alumni TSL yang juga merupakan pengasas BeGO, Mohd. Hisham menyatakan bahawa TEGAS Startup Lab (TSL) bukan sekadar program pecutan biasa.

Ujarnya, memasuki program pecutan ini ibarat diangkat ke dalam sebuah keluarga syarikat pemula di mana semua orang membantu antara satu sama lain untuk berkembang dan menjadi berjaya sama ada di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa.

Program ini disokong oleh SMA dan merupakan salah sebuah program utama dalam Perkampungan Ekosistem Digital Sarawak. Dalam pada masa yang sama, TEGAS bekerjasama dengan SMA dalam menjalankan operasi Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS di Kuching, Bintulu dan Miri.

Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS Kini Tawarkan Pas Co-Working Secara Percuma Selama 3 Bulan

Pengerusi TEGAS, Datu Haji Len Talif Salleh yang merangkap Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah & Alam Sekitar, juga menjelaskan bahawa kerajaan Sarawak melalui Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS (DIH) kini menawarkan pas co-working 3 bulan secara percuma.

Ia merupakan usaha untuk membantu syarikat pemula dan perusahaan sosial Sarawak yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Bahkan, pihaknya juga turut menawarkan sokongan untuk usahawan secara berkala melalui sesi webinar percuma, program pembangunan berkapasiti atas talian, dan pecutan digital.

Hub Inovasi Tegas SMA-TEGAS (DIH) juga berperanan sebagai platform inklusif untuk menyokong dan memperkasakan syarikat pemula peringkat awal dan perusahaan sosial di Sarawak.

Dengan pembiayaan daripada SMA dan diuruskan oleh TEGAS, DIH menawarkan akses kepada ruang co-working yang mampu milik, inkubasi serta program pecutan dan akses kepada jaringan Perkampungan Ekosistem Digital Sarawak (Sarawak Digital Village Ecosystem).

Kerajaan Sarawak Akan Menubuhkan Sebuah Pusat Inovasi Di Setiap Bahagian

Di bawah Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2025 (Inovasi Digital & Keusahawanan : Tindakan 37), kerajaan Sarawak menerusi SMA akan menubuhkan sebuah pusat inovasi di setiap bahagian dan memudahkan kerjasama dengan sektor swasta, institusi pengajian tinggi dan komuniti.

Anda berminat untuk memajukan syarikat pemula anda ke peringkat yang lebih tinggi?

TSL dibuka untuk syarikat pemula yang berpangkalan di Sarawak dan memfokuskan kepada sektor utama yang dikenal pasti dalam Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2025.

Syarat utama ialah pemegang saham syarikat pemula mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 51% pemegang saham syarikat pemula dan merupakan anak Sarawak. Syarikat pemula juga mesti telah mula beroperasi sekurang-kurangnya selama 6 bulan dan tidak melebihi 3 tahun.

Perniagaan tersebut juga hendaklah disertakan dengan bukti prestasi pasaran dalam bentuk perolehan atau tarikan pelanggan.

Permohonan TEGAS Startup Lab Accelerator Batch 3 Kini Dibuka

Untuk memohon, klik pautan ini :

bit.ly/TSLB3

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang program yang dianjurkan oleh Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS, layari laman sesawang dan sosial media mereka di pautan berikut :

Laman sesawang : https://www.innovatesarawak.com/

Facebook : SMA-TEGAS Digital Innovation Hub

Instagram : @tegasdigital

Anda ingin menubuhkan sebuah syarikat pemula? Ada idea tapi tak tahu nak mula dari mana? Ini pula program untuk anda :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Promosi Drama Dayang Senandung Rendahkan Individu Berkulit Hitam, Tidak Sensitif Dengan Isu Semasa Promosi Drama Dayang Senandung Rendahkan Individu Berkulit Hitam, Tidak Sensitif Dengan Isu Semasa
Next Article Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS Kini Tawarkan Sesi Mentor Dan Pas Co-Working Percuma

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?