• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hungry Ghost Festivals, Ketahui Kepercayaan Dan Pantang Larang Bagi Masyarakat Cina

Oleh
ILB - AI
30 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Hungry Ghost Festivals, Ketahui Kepercayaan Dan Pantang Larang Bagi Masyarakat Cina

Kepercayaan masyarakat Cina mengikut kalandar Cina pada bulan ke-7.

Hungry Ghost Festivals, Ketahui Kepercayaan Dan Pantang Larang Bagi Masyarakat Cina. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, kalendar Cina bulan 7 atau “7th Lunar month” telah jatuh pada hari Jumaat, 29 Julai dimana dipercayai banyak pintu neraka terbuka pada bulan ini. Kemuncak Hungry Ghost Festivals ini dan kemuncak pintu neraka terbuka pula adalah pada 12 Ogos ini.

Isi Isi Penting
  • Kepercayaan masyarakat Cina mengikut kalandar Cina pada bulan ke-7.
  • Kegembiraan bertukar tragedi.
  • Pantang larang selepas matahari terbenam.
  • Kurangkan aktiviti diluar.

Pada bulan ini, bukan saja dipercayai banyak pintu neraka terbuka malah dipercayai juga bahawa mahkluk ghaib juga banyak berkeliaran dalam alam manusia. Kepercayaan tentang berleluasanya makhluk ghaib ini kerana kemungkinan mendatangkan musibah buruk bagi masyarakat Cina.

Hungry Ghost Festivals, Ketahui Kepercayaan Dan Pantang Larang Bagi Masyarakat Cina
Hungry Ghost Festivals, Ketahui Kepercayaan Dan Pantang Larang Bagi Masyarakat Cina. Sumber gambar: FB Andy A Shen

Kegembiraan bertukar tragedi.

Bahkan, dalam bulan ini juga ada beberapa pantang yang dipercayai harus diikuti seperti tidak mengadakan acara perkahwinan, pembukaan kedai dan pindah rumah. Hal ini demikian kerana dikhuatiri akan ada kejadian yang tidak diingini disebalik kegembiraan ini.

Untuk acara perkahwinan, kita tahu bahawa acara perkahwinan adalah acara meraikan kegembiraan menyambut ahli keluarga baru. Namun, tidak digalakkan untuk dilangsungkan dalam bulan ini kerana dikhuatiri akan bertukar menjadi tragedi.

Ada sumpahan buruk terjadi kepada kedua mempelai sekiranya mereka memilih untuk bernikah di bulan ini iaitu mendapat sumpahan. Hal ini terjadi akibat daripada kecemburuan hantu wanita.

Hungry Ghost Festivals, Ketahui Kepercayaan Dan Pantang Larang Bagi Masyarakat Cina
Sumber gambar: FB Ingenio Virtual

Pantang larang selepas matahari terbenam.

Bukan itu sahaja, banyak pantang larang lain turut dipercayai dalam masyarakat Tiong Hua. Contohnya, budak kecil dan wanita hamil dilarang keluar malam, tidak menunggu sendirian di bawah pokok atau perhentian bas selepas matahari terbenam dan jangan menyahut atau menoleh seluruh badan jika terdengar panggilan sesiapa. Boleh menoleh atau menyahut tetapi selepas 3 kali panggilan dan larangan ini khasnya selepas matahari terbenam serta berada di luar.

Kurangkan aktiviti diluar.

Ada pantang larang lain juga yang menjadi kepercayaan turun temurun terutamanya aktiviti di luar seperti tidak berenang di laut atau tasik serta kurangkan aktiviti ”jungle trekking” kerana dipercayai kawasan tersebut adalah tempat kegemaran makhluk halus.

Dalam bulan Lunar ini juga tidak digalakkan untuk memakai pakaian yang gelap atau semangat ”yin” seperti warna hitam. Selain itu, disarankan untuk lebih berhati-hati apabila memandu dalam bulan ini kerana dipercayai mangsa kemalangan akan mudah mengganggu atas alasan untuk ”reincarnation” atau mencari pengganti untuk dihidupkan semula.

Sumber gambar: reddit

Dengan kepercayaan yang berlainan ini, seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia amnya perlu mengambil tahu dan menghargai kepercayaan mereka agar kita boleh hidup dalam keadaaan yang harmoni.

Di Borneo, banyak kepercayaan atau tradisi masyarakat lain yang boleh kita hayati untuk lebih memahami keunikkan kita hidup bermasyarakat. Contohnya:

SUMBER :Andy A Shen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Iron Man Buat Kemunculan Di Sabah, Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu Iron Man Buat Kemunculan Di Sabah, Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu
Next Article Rela Berkaki Ayam, ‘Coach’ Malaysia Pinjamkan Kasut Kepada Atlet Jamaica

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?