• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Hyellene Danius, Pemenang Unduk Ngadau 2024

Oleh
Nazihah AN
3 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kenali Hyellene Danius, Pemenang Unduk Ngadau 2024

Hyellene Danius dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan 2024

Kenali Hyellene Danius, Pemenang Unduk Ngadau 2024. Unduk Ngadau merupakan satu pertandingan ratu cantik yang berprestij di Sabah, diadakan setiap tahun sempena sambutan Pesta Kaamatan.

Pada tahun ini, gelaran Unduk Ngadau telah dimenangi oleh seorang gadis yang mempesonakan dan berbakat besar, Hyellene Danius. Berikut adalah biodata ringkas mengenai beliau.

Kenali Hyellene Danius, Pemenang Unduk Ngadau 2024

Kenali Hyellene Danius, Pemenang Unduk Ngadau 2024

Hyellene Danius merupakan seorang guru Bahasa Melayu di SJK(C) Tsi Sin di Tenom telah dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Sabah yang ke-64 semasa Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan pada 31 Mei lalu.

Gadis suku Dusun Liwan yang berasal dari Ranau telah memukau para juri dengan menjawab dua soalan dalam bahasa Dusun dengan fasih semasa sesi soal jawab dan menewaskan 51 peserta lain di pusingan akhir.

Hyellene berkongsi perjalanan beliau yang pertama kali menyertai pertandingan kecantikan tradisional ini pada tahun 2016 di Tuaran. Beliau berkata bahawa dirinya tidak menyangka akan memegang gelaran ratu cantik terbabit disebabkan hanya meletakkan sasaran 15 peserta terbaik sahaja.

Kenali Hyellene Danius, Pemenang Unduk Ngadau 2024
Kenali Hyellene Danius, Pemenang Unduk Ngadau 2024

“Kemenangan ini memang di luar jangkaan kerana sasaran asal saya hanya sehingga peringkat 15 peserta terbaik.

“Namun apabila disebut antara tujuh peserta teratas, saya memang bersyukur dan ketika itu memang menyerahkan segala keputusan kepada takdir.

“Saya anggap ini rezeki dari tuhan dan mahu melaksanakan tugas sebaik mungkin sepanjang bergelar UNK 2024,” katanya memaklumkan kemenangannya itu adalah percubaan kali ketiga selepas memasuki pertandingan sama pada tahun 2016 dan 2022,” katanya.

Anak bongsu daripada sembilan adik-beradik itu membawa pulang wang tunai sebanyak RM12,000 berserta beberapa hadiah iringan termasuklah biasiswa pendidikan dari Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF).

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagenda Huminodun, Ketahui Sejarah Menarik Di Sebalik Pertandingan Unduk Ngadau Sabah Lagenda Huminodun, Ketahui Sejarah Menarik Di Sebalik Pertandingan Unduk Ngadau Sabah
Next Article Kerajaan Sabah Galakan Pembayaran Secara Cashless Bagi Memudahkan Transaksi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?