• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lagenda Huminodun, Ketahui Sejarah Menarik Di Sebalik Pertandingan Unduk Ngadau Sabah

Oleh
Nazihah AN
2 Jun 2024
Kongsi
7 Min Bacaan
Lagenda Huminodun, Ketahui Sejarah Menarik Di Sebalik Pertandingan Unduk Ngadau Sabah

Apakah sejarah di sebalik pertandingan tahunan Unduk Ngadau di Sabah?

Lagenda Huminodun, Ketahui Sejarah Menarik Di Sebalik Pertandingan Unduk Ngadau Sabah. Bagi mereka yang merupakan peminat dan pengikut pertandingan kecantikan, mereka pasti mengikuti Unduk Ngadau selama bertahun-tahun.

Pertandingan kecantikan ini adalah synonymous dengan Sabah, kerana ia merupakan pertandingan kecantikan paling terkenal di negeri ini, yang menonjolkan wanita cantik dan cerdas mereka dari semua daerah di Sabah.

Unduk Ngadau merupakan pertandingan kecantikan yang paling famous di Sabah

Unduk Ngadau adalah pertandingan kecantikan yang diadakan setiap tahun semasa perayaan Kaamatan di Sabah dan diadakan secara berperingkat – dari peringkat daerah hingga ke peringkat negeri. Pertandingan ini sangat dinanti-nantikan, ia dijadikan salah satu acara utama dalam perayaan Kaamatan.

Selama beberapa tahun, ia selalu terkenal sebagai pertandingan kecantikan wanita yang memakai pakaian tradisional daerah masing-masing di mana ratusan wanita bersaing untuk mewakili daerah atau zon mereka di peringkat negeri.

Malah, setiap wakil yang dipilih untuk mewakili daerah ke peringkat negeri akan sangat disokong oleh daerah masing-masing atau peminat lain ketika mereka memulakan perjalanan untuk memenangi title Unduk Ngadau.

Di sebalik pakaian tradisional, make-up, hairstyle dan sebagainya, pertandingan ini sebenarnya mempunyai sejarah yang berhubung dengan kepercayaan masyarakat dulu – and it is fascinating!

Kredit: Shikanafie

Semuanya bermula dari Huminodun, seorang wanita cantik dengan hati yang mulia

Lagenda ini mempunyai pelbagai variasi tapi asasnya tetap sama, iaitu pengorbanan seorang wanita yang mulia untuk membantu masyarakatnya yang mengalami kesusahan.

Kisahnya bermula dengan sebuah kampung yang subur tanahnya pada suatu masa dahulu. Penduduknya terdiri dari para penanam buah, petani padi, dan pengumpul hasil hutan. Mereka hidup dalam aman dan damai, menikmati ketenangan yang meliputi kampung mereka itu.

Namun, pada suatu ketika, penduduk kampung itu dilanda kemarau panjang dan menyebabkan tanaman mati serta sungai menjadi kering.

Gambar sekadar hiasan

Akibat kemarau yang berpanjangan, ramai penduduk kampung menghadapi kesukaran untuk mencari makanan dan minuman. Ketua masyarakat, Kinoingan, lalu bertanya pada Bobolian mengenai kemarau ini dan bagaimana untuk menghentikan kemarau tersebut.

Bobolian merupakan pendeta tinggi, pakar ritual dan medium roh dalam upacara pagan Kadazan-Dusun serta memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian orang Kadazan.

Bobolian merupakan figura spiritual dihormati. Kredit: Khabar Kinabalu

Menurut Bobolian, satu-satunya jalan untuk suburkan semula tanah mereka adalah dengan satu pengorbanan namun pengorbanan itu haruslah dibuat oleh seseorang yang sangat sayang pada masyarakat.

Tanpa pengetahuan mereka, Huminodun terdengar perbualan mereka. Huminodun merupakan anak perempuan Kinoingan dan isterinya, Sumundu. Setelah mendengar perbualan bapanya dengan Bobolian, Huminodun sering terfikir mengenai kata-kata Bobolian.

Setelah berfikir dengan masak, dia memutuskan untuk menjadi korban bagi membantu masyarakatnya.

Meskipun keputusannya tidak dipersetujui oleh semua penduduk kampung itu sehingga dia dipujuk untuk tidak meneruskan dengan keputusannya, gadis tersebut tetap dengan pendiriannya.

Tanpa pilihan lain, mereka bersetuju untuk melakukan upacara untuk mengorbankan Huminodun.

Sebelum semuanya berlaku, Huminodun memberitahu bapanya,

“Tubuh saya akan menghasilkan pelbagai jenis tanaman yang boleh dimakan untuk memberi makan kepada orang ramai. Daging saya akan menghasilkan beras, kepala saya, kelapa, tulang saya, ubi kayu, jari kaki, halia, gigi, jagung dan lutut saya, keladi. Orang kita tidak akan lapar lagi.”

Setelah gadis itu dikorbankan, cuaca menjadi gelap dan maka turunlah hujan lebat akhirnya. Untuk mengingatkan peristiwa ini, mereka merayakan upacara kesyukuran kepada semangat Huminodun serta semangat padi (bambarayon).

Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun – Unduk Ngadau berasal dari perkataan Runduk Tadau yang bermaksud ‘gadis dinobatkan sebagai sinar cahaya matahari’.

Pengorbanan Huminodun. Kredit: Pangrok Sulap

Hubungan pertandingan kecantikan dengan Huminodun

Pada mulanya, Unduk Ngadau merupakan salah satu cara untuk memperingati pengorbanan Huminodun. Pertandingan ini secara rasminya bermula pada sekitar tahun 1960-an di Penampang.

Mengikut sejarah, nama gelaran pemenang telah berubah mengikut zaman. Contohnya, dari tahun 1960 – 1970, gelaran pemenang pertandingan ini adalah Miss Kadazan. Kemudian, Miss Harvest Festival dari 1970 – 1980. Gelaran Ratu Kaamatan digunakan dari tahun 1981 – 1990 dan Unduk Ngadau telah digunakan sejak tahun 1991 sehingga hari ini.

Jelas bahawa Unduk Ngadau bertujuan untuk memuji watak Huminodun yang bersedia sepenuhnya menyerahkan diri untuk menyelesaikan krisis masyarakat yang sangat serius.

Jadi, apakah kriteria untuk layak bertanding dalam pertandingan ratu ini?

Peserta harus mahir bertutur bahasa ibunda masing-masing

Antara kriteria penting untuk menjadi peserta Unduk Ngadau adalah untuk dapat bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing. Kriteria ini tidak akan menjanjikan kemenangan meskipun mahir bertutur dengan fasih tetapi ia dianggap sebagai extra merit. Ini sebenarnya antara salah satu inisiatif untuk memertabatkan bahasa ibunda seperti Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, dan lain-lain lagi.

Seperti pertandingan kecantikan lain, kecantikan, penampilan dan tingkah laku juga bermain peranan.

Selain itu, kecerdesan intelek memainkan peranan penting dalam penilaian Unduk Ngadau. Jangan rasa down kalau baca ini, ia tidak merujuk kepada kelulusan akademik seseorang tetapi dalam konteks pertandingan, peserta harus mengetahui sejarah KDM, budaya, pakaian tradisional, adat resam serta makanana tradisi. Pendek kata, peserta harus mempunyai in-depth knowledge mengenai budaya masing-masing dan aspek-aspek berkaitan dengan Unduk Ngadau. Be beautiful AND smart, ladies.

Perkara ini juga merupakan sebuah inisiatif untuk menggalakkan peserta memahami dan menghayati kebudayaan dengan lebih mendalam serta menguji kebolehan dalam menyampaikan maklumat dengan berkesan, tepat dan berkeyakinan.

Ringkas kata, untuk menjadi pemegang title Unduk Ngadau, wanita itu harus merangkumi semua aspek semangat Huminodun – untuk tidak mementingkan diri sendiri dan bersedia melayani komunitinya serta menjadi inspirasi kepada semua wanita dari segi kepintaran dan kemuliaan.

Pertandingan ini dibatalkan tahun lalu akibat pandemik, tetapi kini telah disambung semula pada tahun 2021.

Baca juga artikel menarik, anda boleh baca di sini:

Sabah VS Manchester United 1980, Perlawanan Bersejarah Yang Jarang Diketahui Rakyat Malaysia
Sabah Dipilih Sebagai Lokasi Penggambaran Sea Gypsies, Sebuah Filem Sejarah Dari China

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Curi Kabel, Tiga Lelaki Akhirnya Ditahan Di Bintulu Padah Curi Kabel, Tiga Lelaki Akhirnya Ditahan Di Bintulu
Next Article Kenali Hyellene Danius, Pemenang Unduk Ngadau 2024 Kenali Hyellene Danius, Pemenang Unduk Ngadau 2024

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?