• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ibu Mengaku Bersubahat Dengan Suami Rogol Anak Tiri

Oleh
Farisha
12 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Pengakuan Mengejutkan Suri Rumah di Mahkamah: Bantu Suami Rogol Anak Tiri

Ibu Mengaku Bersubahat Dengan Suami Rogol Anak Tiri. Seorang suri rumah mengakui kesalahannya di Mahkamah Sesyen semalam, kerana terlibat dalam tuduhan membantu suaminya merogol anak tirinya.

Menurut laporan, difahamkan mereka mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu dengan alasan untuk merawat anak itu yang kononnya diganggu oleh makhluk halus, dua tahun yang lalu.

Wanita berumur 41 tahun itu mengaku bersalah setelah dakwaan dibacakan oleh Hakim Abu Bakar Manat. Menurut dakwaan tersebut, dia didakwa membantu suaminya dalam kes merogol anak tiri mereka yang berumur 17 tahun pada tahun 2021.

Ibu Mengaku Bersubahat Dengan Suami Rogol Anak Tiri
Ibu Mengaku Bersubahat Dengan Suami Rogol Anak Tiri. Sumber: cari

Akibat perbuatannya, dia dituduh mengikut Seksyen 109 dan Seksyen 376B Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum 30 tahun penjara dan 10 sebatan jika terbukti bersalah.

Suaminya tidak mengaku bersalah atas tuduhan merogol

Sementara itu, suaminya yang berusia 43 tahun dan bekerja sebagai buruh, mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol menurut Seksyen 376B Kanun Keseksaan. Jika terbukti bersalah, dia juga menghadapi hukuman yang sama.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah telah menetapkan 30 Januari sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman kepada wanita tersebut. Pada tarikh yang sama, akan ada perbincangan mengenai dokumen dan laporan perubatan terkait kes suaminya.

Selain itu, mahkamah juga memutuskan reman terhadap kedua-dua tertuduh mengikut Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Rogol 15 Pelajar Pendidikan Khas, Dua Staff Sekolah Di Serian Ini Ditahan
Banyak Kali Dipaksa Buat Oral Seks, Guru Di Sabah Rogol Pelajar Tingkatan 4 Dalam Rumah Ditahan Polis
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bakeri Lejen Di Sarawak Taka Patisserie, Bakal Buka Cawangan Pertama Di Semenanjung Bakeri Lejen Di Sarawak Taka Patisserie, Bakal Buka Cawangan Pertama Di Semenanjung
Next Article Kenali Etnik Kiput Sarawak, Suku Kaum yang RARE Masa Kini Kenali Etnik Kiput Sarawak, Suku Kaum yang RARE Masa Kini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?