• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Iftitah Restoran Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati Sunset Tepi Pantai Di Belawai

Oleh
Aina Musa
13 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Iftitah Restoran Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati Sunset Tepi Pantai Di Belawai

Makan sambil healing

Iftitah Restoran Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati Sunset Tepi Pantai Di Belawai. Sekiranya anda ke Sibu, jangan lupa untuk singgah ke Pantai Belawai. Pantai ini mengambil masa sekitar satu jam perjalanan dari bandar raya Sibu.

Menariknya, di pantai tersebut terdapat sebuah resort iaitu Iftitah Resort yang berkonsepkan resort dan restoran. Iftitah Restaurant and Resort ini merupakan sebuah perniagaan “food and beverages” dan salah sebuah pusat tarikan pelancongan di Pantai Belawai.

Iftitah Restoran Dan Resort Di Sibu Ini Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati 'Sunset' Tepi Pantai
Iftitah Restoran Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati Sunset Tepi Pantai Di Belawai Kredit foto: Ibnee Ekni

Sunset dining beach jadi tarikan utama di Pantai Belawai

Antara tarikan utama di resort ini adalah pakej “Sunset Dining Beach”. Pakej ini memberi pengunjung merasai pengalaman melihat pemandangan matahari terbenam sambil menikmati makanan di tepi pantai tersebut.

Resort ini dibuka setiap hari dan beroperasi pada jam 4:00 petang sehingga 10:00 malam pada hari isnin.

Manakala, pada hari selasa hingga ahad, resort ini akan beroperasi sekitar jam 8:00 pagi sehingga 10:00 malam.

Iftitah Restoran & Resort Di Sibu Ini Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati 'Sunset' Tepi Pantai
Iftitah Restoran Dan Resort Di Sibu Ini Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati ‘Sunset’ Tepi Pantai. Penginapan Chalet yang ditawarkan. Kredit foto : Ibnee Ekni

Tiada sebarang bayaran masuk dikenakan

Tiada sebarang bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung yang datang. Namun, pihak resort hanya mengenakan caj penggunaan meja makan sebanyak RM 2 untuk satu meja.

Selain aktiviti “Sunset Dining Beach”, pelbagai aktiviti menarik juga boleh didapati di resort ini. Antaranya ialah karaoke, banana boat, barbeku dan sebagainya.

Iftitah Restoran & Resort Di Sibu Ini Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati 'Sunset' Tepi Pantai
Harga sebuah chalet semalam. Kredit Foto: Ibnee Ekni

Menyediakan penginapan dengan pelbagai pakej.

Sekiranya anda ingin bermalam di resort ini pula, pihak resort turut menyediakan penginapan dengan pelbagai pakej.

Antara pakej Chalet yang ditawarkan adalah dengan harga sekitar RM 90.00 semalam dan sewa khemah pula sekitar RM 30.00 semalam.

Sekiranya anda berminat untuk merasai pengalaman menikmati makanan enak sambil melihat keindahan sunset atau aktiviti lain yang ditawarkan di resort ini, anda boleh hubungi talian 014-3245233 untuk membuat tempahan.

Baca artikel lain mengenai tempat menarik:

Pulau Pasir Timbul, Hidden Gem Di Pitas Sabah Untuk Dikunjungi
9 Lokasi Sunset Paling Cantik Dan Menawan Di Sarawak
SUMBER :FB Ibnee Ekni
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Flat Sri Sabah Terbakar Disyaki Berpunca Dari Masalah Pendawaian Elektrik Flat Sri Sabah Terbakar Disyaki Berpunca Dari Masalah Pendawaian Elektrik
Next Article Ini Lokasi Pasar Tamu Untuk Anda Shopping Hasil Tani Rare Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?