• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ikut Jejak Bintulu, Kini Pergerakan Masuk Ke Kapit Juga Perlu Keputusan Ujian RT-PCR Negatif

Oleh
ILB - AI
27 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kapit juga mempunyai SOP PKPB mereka sendiri

Ikut Jejak Bintulu, Kini Pergerakan Masuk Ke Kapit Juga Perlu Keputusan Ujian RT-PCR Negatif. Dalam SOP PKPB Sarawak yang dikemaskini di laman sesawang Majlis Keselamatan Negera bertarikh 26 April 2021, individu yang ingin memasuki Zon Kapit kini perlu menyertakan laporan keputusan Ujian RT-PCR negatif sebelum dapat memasuki zon tersebut untuk tujuan penting.

Bagi mengekang penular kes COVID19 di zon tersebut juga, aktiviti ekonomi hanya dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 8 malam. Masa operasi stesen minyak juga turut dikurangkan dan hanya dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 5 petang sahaja.

Selain itu, pasaraya, kedai komersil, perkhidmatan pengangkutan awam hanya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 50% dari had maksima. Had had ini pula kemudiaanya dipecahkan mengikut kategori masing masing di mana contohnya seperti di pasaraya, hanya maksimum 30 orang dibenarkan pada satu satu masa.

Pergerakan keluar dan masuk ke/dari Zon Kapit adalah TIDAK DIBENARKAN kecuali bagi Perkhidmatan Perlu serta kenderaan berkaitan industri, perniagaan dan perkilangan dengan syarat MEMPUNYAI KEPUTUSAN UJIAN CALITAN RT-PCR selain dari Permit PDRM. Pengecualian diberikan bagi urusan Kematian dengan syarat perjalanan tidak melebihi 4 hari dan mendapat kelulusan khas Pegawai Kesihatan Bahagian selain dari Permit PDRM.

Bilangan penumpang bagi kenderaan Perkhidmatan Perlu serta kenderaan berkaitan industri, perniagaan dan perkilangan adalah mengikut kapasiti kenderaan. Operator dan pekerja bagi kenderaan tersebut perlu menjalani UJIAN CALITAN RT-PCR setiap 14 hari sekali.

Bagi Zon Kapit juga, restoran dan kedai makan tidak dibenarkan beroperasi secara dine-in. Aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu dan juga penghantaran.

Senarai penuh SOP terkini PKPB terbaru di Sarawak yang turut dipecahkan kepada beberapa buah zon boleh dimuat turun di pautan Majlis Keselamatan Negara : SOP PKPB Sarawak 26 April 2021

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Sehingga 17 Mei 2021, Tiada Rentas Zon Ketika Aidilfitri
Next Article Sekolah Bakal Kembali Ke PdPR 2 Minggu Selepas Cuti Raya Aidilfitri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?