• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Individu Berumur 18 Tahun Ke Bawah Di Sarawak Akan Mula Divaksin Bermula 8 September 2021

Oleh
ILB - AI
5 September 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia semalam

Individu Berumur 18 Tahun Ke Bawah Di Sarawak Akan Mula Divaksin Bermula 8 September 2021. Program vaksinasi nasional di Sarawak kini akan mula memvaksin individu berumur 18 tahun ke bawah bermula pada Rabu depan iaitu 8 September 2021.

Menurut laporan, inisiatif tersebut akan dimulakan di Sarawak pada Rabu ini susulan kelancaran pemberian vaksin di negeri itu yang kini sudah mencapai sasaran lebih 80 peratus populasi dewasanya lengkap divaksin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah pula berkata, segala perincian mengenai program tersebut akan diumumkan kelak jika segala persiapan bagi kelancaran proses pemvaksinan itu sudah lengkap.

Beliau juga sekali lagi menyeru sesetengah kelompok individu yang masih gagal mendaftar atau masih berdegil mendapatkan vaksin untuk segera berbuat demikian.

“Kita masih ada 62 pusat pemberian vaksin (PPV) awam dan Kinik Kesihatan yang masih beroperasi di seluruh negara.
 
“Sila ambil perhatian bahawa hari terakhir untuk mendapatkan vaksin dos pertama adalah pada 6 September ini.

“Mereka boleh hadir terus ke PPV berdekatan atau Klinik Kesihatan tanpa perlu membuat janji temu”, katanya menerusi kenyataan media pada Ahad.
 
Untuk rekod, setakat hari ini sebanyak 3,716,143 dos vaksin telah diberikan kepada individu yang layak termasuk 1,883,698 atau 91.2 peratus bagi dos pertama dan sebanyak 1,832,445 atau 88.7 peratus bagi dos kedua

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar OKU Penglihatan Dari Sabah Raih Tempat Pertama Dalam Pertandingan USA World Music Pelajar OKU Penglihatan Dari Sabah Raih Tempat Pertama Dalam Pertandingan USA World Music
Next Article Dicekup Pihak Berkuasa Australia, Lelaki Asal Lundu Ini Rupanya Pedofilia Paling Dikehendaki Di Dunia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?