• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kegigihan Individu Ini Berjaya Bina Kebun Bawang Merah Pertama Di Sabah

Oleh
Nazihah AN
3 Oktober 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Langkah Mengurangkan Kebergantungan Import

Langkah Pertama Menuju Pengurangan Kebergantungan Import

Kegigihan Individu Ini Berjaya Bina Kebun Bawang Merah Pertama Di Sabah. Baru-baru ini, sebuah video tular di X menunjukkan perkembangan menarik dalam usaha pertanian di Sabah, khususnya dalam penanaman bawang merah di Kundasang.

Projek ini, yang beberapa tahun lalu dianggap sukar oleh ramai orang, kini sudah mula menunjukkan hasil yang positif. Usaha ini bukan sahaja membawa harapan kepada sektor pertanian tempatan, malah menimbulkan potensi besar untuk mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap bawang import, terutamanya dari India.

Kegigihan Individu Ini Berjaya Bina Kebun Bawang Merah Pertama Di Sabah
Sumber: X @Shahrizal Denci

Kebun Bawang Merah Pertama Di Sabah

Menurut kongsian dalam video tersebut, usaha beliau dan pasukannya ini mendapat perhatian daripada pihak MARDI, yang kemudiannya membekalkan benih bawang merah untuk percubaan. Kini, selepas beberapa bulan usaha gigih, penanaman bawang di Kundasang sudah mula menunjukkan kejayaan. Dalam masa hanya 15 hari lagi, para petani di sana dijangka akan memetik hasil bawang yang pertama.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia ketika ini bergantung sepenuhnya kepada bawang merah import, terutamanya dari India. Dengan industri bawang bernilai RM1 bilion setiap tahun, ini merupakan satu angka yang besar dan usaha untuk mengurangkan kebergantungan import ini adalah langkah yang amat penting bagi ekonomi negara. Selain India, Malaysia juga mengimport bawang dari negara seperti Pakistan dan China.

Namun, dengan adanya kejayaan penanaman bawang di Sabah, ia memberi harapan bahawa negara kita boleh mula menghasilkan bawang merah tempatan dalam kuantiti yang lebih besar pada masa hadapan.

Selain Sabah, terdapat juga usaha yang sedang dijalankan di Perak untuk memulakan industri bawang tempatan. Walaubagaimanapun, Sabah dengan iklimnya yang sejuk dan tanah suburnya dilihat sebagai lokasi yang ideal untuk projek-projek penanaman bawang berskala besar.

Sekiranya usaha ini terus berjaya, bukan sahaja Sabah, malah seluruh Malaysia boleh mendapat manfaat besar dari penghasilan bawang tempatan.

Ini akan membuka peluang kepada lebih ramai petani tempatan untuk terlibat dalam industri ini. Mereka juga berharap agar pengeluaran bawang tempatan ini mampu memenuhi sebahagian besar keperluan bawang negara dan mengurangkan kebergantungan import pada masa akan datang.

Langkah seperti ini bukan sahaja boleh membantu menjana pendapatan kepada petani tempatan, tetapi juga mengukuhkan kestabilan ekonomi pertanian negara. Sabah dilihat sebagai salah satu pusat yang berpotensi besar dalam membangunkan industri bawang tempatan yang mampan, yang bukan sahaja penting dari segi ekonomi tetapi juga keselamatan makanan negara.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

CoreHalal, Startup Teknologi Pertama Sabah Tembusi Pasaran Global
3 Pelajar Menengah Ini Rekod Penemuan Spesies Kulat Karang Pertama Di Sabah
SUMBER :X (@DenciShahrizal)
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Individu Ini Kongsi Pendapat Tradisi Lama Minggu Orientasi Perlu Dirombak Individu Ini Kongsi Pendapat Tradisi Lama Minggu Orientasi Perlu Dirombak
Next Article Pelajar KV Keningau Raih 10 Pingat Sabah Hospitality Fiesta Kategori Perantis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?