• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ramai Tak Setuju, Individu Dakwa Sukar Cari Makanan ‘Halalan Toyyiba’ Di Sabah

Oleh
Husna Hazmi
7 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Dakwaan individu berkenaan tidak disokong ramai netizen

Ramai Tak Setuju, Individu Dakwa Sukar Cari Makanan ‘Halalan Toyyiba’ Di Sabah. Baru-baru ini di TikTok, tular sebuah video di mana seorang individu telah berkongsi pendapatnya di mana di Sabah, amat sukar untuk mencari makanan ‘halalan toyyiba’.

Dalam video berkenaan, individu tersebut mendakwa ramai orang di kedai makan itu tidak menjaga solat, kebanyakannya buka aurat dan kebanyakkannya mengunakan produk-produk yang bukan halalan toyyiba.

Ramai Tak Setuju, Individu Dakwa Sukar Cari Makanan 'Halalan Toyyiba' Di Sabah
Ramai Tak Setuju, Individu Dakwa Sukar Cari Makanan ‘Halalan Toyyiba’ Di Sabah

Dakwaan demi dakwaan dilemparkan

Katanya lagi walaupun produk yang digunakan ada sijil Halal, namun ia bukan dikilangkan oleh orang Islam.

Individu berkenaan seterusnya mengatakan lagi sekali bahawa memang sukar mencari makanan halal di Sabah sambil menunjuk kedai-kedai makan di belakangnya mengatakan kedai makanan tersebut adalah susah untuk mencarikan yang halal.

Dia juga mendakwa bahawa gula putih dan juga garam pasir adalah racun dan sihir kerana ia diproses menggunakan teknologi.

Individu berkenaan berkata gula pasir dan garam halus itu adalah punca orang berpenyakit seperti kanser, kencing manis dan banyak lagi.

Bukan sahaja di Sabah malah di Semenanjung juga katanya, sukar untuk mencari makanan yang ‘Halalan Toyyiba’.

Selain itu, dia juga mendakwa bahawa hospital-hospital semakin banyak kerana ramai orang mempunyai masalah kesihatan dari pemakanan.

Ramai Tak Setuju, Individu Dakwa Sukar Cari Makanan 'Halalan Toyyiba' Di Sabah
Ramai Tak Setuju, Individu Dakwa Sukar Cari Makanan 'Halalan Toyyiba' Di Sabah
Ramai Tak Setuju, Individu Dakwa Sukar Cari Makanan 'Halalan Toyyiba' Di Sabah
Ramai Tak Setuju, Individu Dakwa Sukar Cari Makanan 'Halalan Toyyiba' Di Sabah

Lagi dakwaan yang dilemparkan dalam video berdurasi 7 minit oleh individu berkenaan adalah;

”Mereka meletakkan khinzir dalam pemakanan kita, sebabtu hari ini anak-anak kita degil, anak-anak kita susah nak solat, ibu bapa tak jaga solat, ibu bapa pentingkan dunia. Sebab apa? Sebab pemakanan”.

Video berkenaan kemudiannya mendapat tentangan hebat dari para netizen. Ramai yang berkata bahawa banyak tempat makan Halal di Sabah.

Netizen rata-ratanya tidak bersetuju dengan pendapat individu berkenaan. Malah ada juga netizen yang berasa marah dengan dakwaan-dakwaan tidak tepat individu berkenaan.

Lagi cerita terkini untuk anda di sini:

Memang Unik, Nama ‘Baby Girl’ Di IC Pelajar Sabah Ini Buat Ramai Terkejut
Kutuk Budak OKU, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mahu Guru Beri Penjelasan
SUMBER :TikTok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mirip Obor-Obor Dengan Tekstur Jeli, Kenali Kulat Mata Janik Cendawan Rare Di Sarawak Mirip Obor-Obor Dengan Tekstur Jeli, Kenali Kulat Mata Janik Cendawan Rare Di Sarawak
Next Article Pemaju Perumahan Di Sarawak Tidak Wajib Bina Rumah Mampu Milik - Abang Jo Pemaju Perumahan Di Sarawak Tidak Wajib Bina Rumah Mampu Milik – Abang Jo

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?