• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemaju Perumahan Di Sarawak Tidak Wajib Bina Rumah Mampu Milik – Abang Jo

Oleh
Aina Musa
8 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pemaju Perumahan Di Sarawak Tidak Wajib Bina Rumah Mampu Milik - Abang Jo

Projek akan diambil alih oleh Tabung Amanah

Pemaju Perumahan Di Sarawak Tidak Wajib Bina Rumah Mampu Milik – Abang Jo. Pemaju perumahan swasta yang ingin melaksanakan projek pembangunan besar-besaran di Sarawak, tidak lagi dikehendaki membina rumah mampu milik bermula suku pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sebaliknya, beliau berkata pemaju yang terlibat dalam projek seluas 10 ekar atau lebih, perlu membuat bayaran ganti ke dalam tabung amanah perumahan, bagi membolehkan kerajaan negeri membangunkan rumah mampu milik di tapak projek berkenaan.

Pemaju Perumahan Di Sarawak Tidak Wajib Bina Rumah Mampu Milik – Abang Jo. Sumber: Astro Awani

“Kita laksanakan pada suku pertama 2024… kita ubah peraturan perumahan di negeri, supaya kita kutip dana daripada syarikat itu untuk kita bangunkan rumah mampu milik berkualiti,” katanya.

Abang Johari berkata langkah ini diambil kerana terdapat syarikat pemaju yang endah tak endah dalam membangunkan projek rumah mampu milik.

Beliau berharap dengan memberi kuasa kepada kerajaan negeri menguruskan pembinaan rumah kos rendah, isu projek perumahan terbengkalai dapat diatasi.

Dalam pada itu, Abang Johari memaklumkan Projek Penempatan Rumah Sungai Bedaun dijangka siap sepenuhnya April ini, dengan harga bermula RM99,500 seunit bagi 750 kaki persegi.

“Penghuni boleh membesarkan rumah mengikut reka bentuk standard tanpa kelulusan,” katanya.

Projek seluas 19 hektar ini melibatkan 209 unit rumah untuk keluarga tambahan dari beberapa kampung di Kuching yang layak membeli. Model dan harga yang sama akan diperluas ke kawasan lain di Sarawak.

Baca lagi artikel menarik:

Bajet Sarawak 2024: 17 Projek Rumah Mampu Milik Bakal Dilaksanakan
Harga Rumah Mampu Milik, Berikut Adalah Senarai Rumah Harga Bawah RM300K Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ramai Tak Setuju, Individu Dakwa Sukar Cari Makanan ‘Halalan Toyyiba’ Di Sabah
Next Article 37 Warga Asing Tanpa Pas Kerja Sah Di Premis Makanan Di Miri Ini Ditahan 37 Warga Asing Tanpa Pas Kerja Sah Di Premis Makanan Di Miri Ini Ditahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?