• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mohon Hapus Nama Sebagai Mualaf, Wanita Dari Sarawak Gagal Peroleh Persetujuan Mahkamah Tinggi

Oleh
Nazihah AN
21 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Mohon Hapus Nama Sebagai Mualaf, Wanita Dari Sarawak Gagal Peroleh Persetujuan Mahkamah Tinggi

Permohonan ditolak dengan bayaran kos sebanyak RM3,000.

Mohon Hapus Nama Sebagai Mualaf, Wanita Dari Sarawak Gagal Peroleh Persetujuan Mahkamah Tinggi. Seorang wanita asal Sarawak hari ini gagal memperoleh persetujuan Mahkamah Tinggi bagi meneruskan semakan kehakiman.

Tujuannya ialah untuk meminta Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan menghapus namanya daripada Daftar Mualaf.

Mohon Hapus Nama Sebagai Mualaf, Wanita Dari Sarawak Gagal Peroleh Persetujuan Mahkamah Tinggi
Mohon Hapus Nama Sebagai Mualaf, Wanita Dari Sarawak Gagal Peroleh Persetujuan Mahkamah Tinggi. Gambar sekadar hiasan

Mahkamah telah menolak permohonan tersebut atas beberapa sebab

Menurut Peguam Persekutuan, Encik Mohammad Sallehuddin Md Ali, keputusan ini adalah kerana Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid setuju dengan bantahan awal yang diajukan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap permohonan yang dibuat oleh wanita berusia 26 tahun tersebut.

Encik Mohammad Sallehuddin menerangkan, “Mahkamah telah menolak permohonan tersebut atas beberapa sebab. Antaranya, permohonan tersebut bukan dalam lingkungan semakan kehakiman berlandaskan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Hanya Mahkamah Syariah yang mempunyai kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan sebegini. Hasilnya, permohonan ditolak dengan bayaran kos sebanyak RM3,000.”

Peguam Iqbal Harith Liang, yang mewakili wanita tersebut, turut hadir dalam prosiding yang berlangsung secara dalam talian.

Mohon Hapus Nama Sebagai Mualaf, Wanita Dari Sarawak Gagal Peroleh Persetujuan Mahkamah Tinggi

Wanita ini mendakwa akta tersebut memberi kuasa kepada Pendaftar Mualaf untuk mengisytiharkan seseorang itu bukan lagi pemeluk Islam

Permohonan semakan kehakiman telah diajukan oleh wanita tersebut pada 20 April, dengan menamakan beberapa pihak sebagai responden, termasuk Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, dan juga Kerajaan Malaysia.

Pemohon yang lahir pada 9 Julai 1997, dengan kedua ibu bapanya beragama Kristian, memohon pengisytiharan berhubung Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505). Wanita ini mendakwa akta tersebut memberi kuasa kepada Pendaftar Mualaf untuk mengisytiharkan seseorang itu bukan lagi pemeluk Islam.

Selain itu, wanita tersebut juga berharap Pendaftar Mualaf mempertimbangkan permohonannya untuk membatalkan namanya dari Daftar Mualaf. Dia juga mendesak keputusan segera dan mendakwa kelewatan atau penolakan sebelum ini adalah tidak rasional dan tidak wajar.

Mohon Hapus Nama Sebagai Mualaf, Wanita Dari Sarawak Gagal Peroleh Persetujuan Mahkamah Tinggi

Wanita ini memutuskan untuk murtad dan kembali ke agama Kristian

Dalam afidavit sokongannya, wanita ini mengungkapkan bahawa pada 2017, dia berjumpa dengan seorang lelaki Melayu beragama Islam. Lelaki tersebut melamarnya dan untuk memudahkan perkahwinan, dia memeluk Islam pada 18 Ogos 2017. Namun, pada 27 Januari tahun lepas, wanita ini memutuskan untuk murtad dan kembali ke agama Kristian.

Dalam tiga tarikh yang berlainan pada awal 2023, melalui peguamnya, wanita ini telah menghantar surat kepada Pendaftar Mualaf memohon penghapusan namanya. Namun, sehingga pemfailan permohonan ini, belum ada keputusan yang diberikan berkenaan permohonannya.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Sarawak Catat Kedudukan Tertinggi Dalam Perkahwinan Bawah Umur Di Malaysia
Menjelajah Destinasi Wajib Di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nasi Lemak Dengan Lauk Durian, Buat Netizen Keliru Dan Muak
Next Article Individu Dari Kota Samarahan Rugi RM35K Gara-Gara Ditipu Penjual Kuih Bulan Di Facebook Individu Dari Kota Samarahan Rugi RM35K Gara-Gara Ditipu Penjual Kuih Bulan Di Facebook

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?