• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bandingkan Dengan Kedai Kampung, Individu Kecewa Supermarket Tak Sediakan Beg Plastik

Oleh
Husna Hazmi
21 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Individu luah kekecewaan supermarket tak sediakan plastik

Bandingkan Dengan Kedai Kampung, Individu Kecewa Supermarket Tak Sediakan Beg Plastik. Tular perkongsian seorang individu di Sarawak yang kecewa dengan sebuah Supermarket kerana tidak menyediakan beg plastik setelah selesai membeli belah.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian serta menjadi perbualan hangat di kalangan netizen kerana ramai yang kurang senang dengan apa yang dikatakan oleh individu berkenaan.

Bandingkan Dengan Kedai Kampung, Individu Kecewa Supermarket Tak Sediakan Beg Plastik
Bandingkan Dengan Kedai Kampung, Individu Kecewa Supermarket Tak Sediakan Beg Plastik. Kredit gambar: Facebook

Siap bandingkan dengan kedai kampung

Individu itu berkata, dia berasa bagai membeli barangan di kedai kampung kerana tiada diberikan beg plastik walaupun membeli barangan di supermarket yang besar.

Netizen yang kurang setuju dengan pendapat individu berkenaan berkata bahawa perkara ini telah pun diumumkan awal di mana tiada lagi penggunaan beg plastik di supermarket berkenaan.

Netizen juga menasihati individu berkenaan untuk membawa beg kitar semula jika hendak ke supermarket kerana kini sudah banyak yang telah mengimplementasikan ‘no plastic bag‘.

Bandingkan Dengan Kedai Kampung, Individu Kecewa Supermarket Tak Sediakan Beg Plastik

Malaysia sasar tiada lagi penggunaan beg plastik pada tahun 2025

Untuk pengetahuan, kerajaan Malaysia telah menyasarkan tiada lagi penggunaan beg plastik di semua premis dan sektor perniagaan di seluruh negara pada tahun 2025.

Di samping itu, sampah plastik adalah satu masalah besar di negara ini malah Malaysia berada di antara 10 negara dunia yang berdepan masalah sampah plastik tidak terurus.

Oleh itu, bersama-samalah kita mengurangkan penggunaan plastik untuk kebaikan alam sekitar dan kebaikan semua.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Caj Servis 6% Kini Dikenakan Untuk Ruangan Tempat Letak Kenderaan Di Vivacity Kuching
Penerbangan Langsung Kuching-Pontianak Akan Dimuktamadkan Tidak Lama Lagi
SUMBER :Facebook
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Caj Servis 6% Kini Dikenakan Untuk Ruangan Tempat Letak Kenderaan Di Vivacity Kuching
Next Article Tiada Mesyuarat Khas Di DUN Sarawak Bincang Pelantikan TYT Baharu Tiada Mesyuarat Khas Di DUN Sarawak Bincang Pelantikan TYT Baharu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?