• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penerbangan Langsung Kuching-Pontianak Akan Dimuktamadkan Tidak Lama Lagi

Oleh
Husna Hazmi
21 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Penerbangan langsung ini akan dimuktamadkan tahun ini

Penerbangan Langsung Kuching-Pontianak Akan Dimuktamadkan Tidak Lama Lagi. Dilaporkan bahawa penerbangan laluan Kuching-Pontianak bakal diaktifkan semula dan akan dapat dimuktamadkan setelah pelantikan Gabenor Kalimantan Barat (KALBAR) baharu menerusi Pilihan Raya Umum (Pemilu) Indonesia, kata Konsul Jenderal Republik Indonesia di Sarawak Raden Sigit Witjaksono.

Menurut beliau, pemilihan gabenor baharu di kawasan berkenaan dijangka berlangsung antara September hingga November depan.

Penerbangan Langsung Kuching-Pontianak Akan Dimuktamadkan Tidak Lama Lagi
Penerbangan Langsung Kuching-Pontianak Akan Dimuktamadkan Tidak Lama Lagi

Kita juga sangat berharap ketersambungan penerbangan tidak hanya dari (Kuching ke) Jakarta, tetapi juga dari Kalimantan Barat (Pontianak) yang sebelum pandemik (COVID-19) juga sudah ada. Selepas Pilpres (Pemilihan Presiden) untuk Presiden dan Naib Presiden, kita akan adakan Pemilu untuk gabenor.

“Sekarang ini semua gabenor hanya memangku jawatan itu, jadi kalau sudah ada gabenor nanti sudah pasti kita harap Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio di Pontianak akan dipertimbang supaya bangunkan laluan Kuching-Pontianak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Bhakti Imigrasi ke-74 (Hari Perkhidmatan Imigresen ke- 74), di pejabat Konsul Jenderal Republik Indonesia di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin dilaporkan berkata Indonesia telah bersetuju secara prinsip untuk memulakan operasi penerbangan Kuching-Pontianak semasa mesyuarat Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia Filipina (BIMP-EAGA) yang diadakan Ogos lepas.

Penerbangan Langsung Kuching-Pontianak Akan Dimuktamadkan Tidak Lama Lagi

Jakarta-Kuching juga bakal ditingkatkan

Mengulas mengenai kekerapan penerbangan AirAsia bagi laluan Jakarta-Kuching yang bakal ditingkatkan bermula 8 Februari ini, Raden berkata keputusan berkenaan memberi impak positif kepada ekonomi kedua-dua buah negara ini.

Ini bakal meningkatkan kerjasama antara Kerajaan Sarawak dan Indonesia… selain itu, perjalanan bagi destinasi penerbangan ini lebih cepat berbanding Jakarta ke Kuala Lumpur,” ujar beliau.

Selain itu, AirAsia dalam kenyataan turut memaklumkan bahawa kekerapan penerbangan bagi laluan berkenaan akan ditingkatkan kepada setiap hari atau tujuh kali seminggu, daripada tiga penerbangan seminggu, berikutan industri pelancongan kedua-dua negara mengalami fasa pemulihan yang pesat.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Sehala RM149, AirAsia Tambah Penerbangan Jakarta-Kuching Setiap Hari Mulai Februari
Penerbangan ‘Direct’ AirAsia Dari Kota Kinabalu Ke Jakarta Akan Dibuka Semula
SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hidangan Kegemaran Semua, Kenali 6 Jenis Laksa Di Malaysia Hidangan Kegemaran Semua, Kenali 6 Jenis Laksa Di Malaysia
Next Article Caj Servis 6% Kini Dikenakan Untuk Ruangan Tempat Letak Kenderaan Di Vivacity Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?