• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Individu Pulang Dari Sabah Ke Semenanjung Akan Dikuarantin Di Rumah – KKM

Oleh
ILB - AI
26 September 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Individu Pulang Dari Sabah Ke Semenanjung Akan Dikuarantin Di Rumah - KKM

Perkara tersebut dimaklumkan oleh KKM

Individu Pulang Dari Sabah Ke Semenanjung Akan Dikuarantin Di Rumah – KKM. Individu yang pulang ke Semenanjung akan diarahkan untuk menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) bermula dari 27 September 2020 sehingga 10 Oktober 2020.

Isi Isi Penting
  • Perkara tersebut dimaklumkan oleh KKM
  • Saringan ke atas individu (warganegara dan bukan warganegara) yang pulang dari Sabah ini dikecualikan daripada caj ujian COVID-19.
  • Sebelum ini, Kerajaan Sarawak turut memperketatkan kedatangan masuk dari Sabah
  • Baca lebih lanjut :

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Mengambil kira situasi semasa ini, terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan COVID-19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari Sabah bagi memantau risiko penularan jangkitan dalam kalangan individu-individu tersebut.

Justeru itu, bermula 27 September 2020 sehingga 10 Oktober 2020, aktiviti saringan akan dijalankan kepada semua individu yang baru tiba dari Sabah di semua Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa). Mereka diwajibkan :

1. Memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan daftar masuk (check-in) menggunakan aplikasi ini setibanya di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa)
2. Menjalani saringan gejala jangkitan saluran pernafasan dan ujian saringan pengesanan COVID-19 sejurus tiba di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa)

3. Menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO). Kesemua individu di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa) akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang kuarantin. Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa) sehingga keputusan makmal diperolehi. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif COVID-19;

4. Sekiranya terdapati individu yang perlu meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi dan kereta Grab, surat kebenaran untuk ke alamat yang ditetapkan akan diberikan pada hari tersebut; dan
5. Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu tersebut perlu menjalani saringan ulangan bagi COVID-19.   

Saringan ke atas individu (warganegara dan bukan warganegara) yang pulang dari Sabah ini dikecualikan daripada caj ujian COVID-19.

Tempoh pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan COVID-19 ke atas individu yang baru pulang dari Sabah akan disemak dari semasa ke semasa, berdasarkan penilaian risiko penularan jangkitan pada masa tersebut dan maklumat mengenai sebarang perubahan berkaitannya akan dimaklumkan kepada umum.

Sebelum ini, Kerajaan Sarawak turut memperketatkan kedatangan masuk dari Sabah

Rakyat Sarawak serta pemegang Pas Pemastautin Tetap (PR) atau pemegang Pas Visa Sarawak yang datang ke negeri melalui Sabah atau Labuan perlu memohon kebenaran masuk dengan mengisi secara dalam talian aplikasi EnterSarawak sebelum masuk ke negeri.

Mereka juga dikenakan kuarantin di rumah selama 14 hari dan akan diberi gelang tang serta dikehendaki menjalani ujian calitan rT-PCR pada hari kedua dan hari kesepuluh. Ujian ini akan ditanggung oleh kerajaan Sarawak.

Baca lebih lanjut :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Video Perempuan Dipukul Oleh Seorang Lelaki, Gelar Diri Gangster Sibu Tular Video Perempuan Dipukul Oleh Seorang Lelaki, Gelar Diri Gangster Sibu
Next Article TIDAK RASMI : Gabungan Rakyat Sabah Tumpaskan Warisan Plus Untuk Bentuk Kerajaan Baru TIDAK RASMI : Gabungan Rakyat Sabah Tumpaskan Warisan Plus Untuk Bentuk Kerajaan Baru

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?