• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Nelayan Dari Limbang Peroleh Dua Pari Gergasi Berat Lebih 100 Kilogram

Oleh
Husna Hazmi
7 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Semoga sering lagi mendapat rezeki yang lumayan🤲

Nelayan Dari Limbang Peroleh Dua Pari Gergasi Berat Lebih 100 Kilogram. Dilaporkan, seorang nelayan dari Kampung Baru Kuala Berawan, Limbang telah berjaya memperoleh hasil lumayan setelah mendapat dua ekor pari gergasi dalam tempoh seminggu ketika turun ke laut minggu lepas.

Mohd Fitri Afendi berusia 26 tahun berkata, pada 27 Jun lalu, dia berjaya menangkap pari gergasi seberat 50 kilogram (kg), diikuti tangkapan pari gergasi keduanya seberat 53kg diperoleh pada 1 Julai lalu.

Nelayan Dari Limbang Peroleh Dua Pari Gergasi Berat Lebih 100 Kilogram
Nelayan Dari Limbang Peroleh Dua Pari Gergasi Berat Lebih 100 Kilogram. Sumber foto: Utusan Borneo

Memperoleh kedua-dua pari gergasi tersebut dalam masa 30 minit

Apa yang mengagumkan adalah Mohd Fitri ini memperoleh kedua-dua pari gergasi tersebut dalam masa 30 minit sahaja di perairan Limbang menggunakan perahu!

Menurutnya, pari gergasi tersebut menyangkut pada rawai yang dipasang iaitu satu teknik menangkap ikan digunakan para nelayan menggunakan tali dan batu pemberat.

Alhamdulillah memang gembira kerana memperoleh rezeki berganda, penat lelah menangkap ikan berbaloi, katanya kepada sebuah akhbar tempatan hari ini.

Nelayan Dari Limbang Peroleh Dua Pari Gergasi Berat Lebih 100 Kilogram

Dia juga turut dibantu ayahnya

Tambahnya lagi, dia juga turut dibantu ayahnya Afendi Matusop, berusia 50 tahun, yang menemaninya turun ke laut jam 6 pagi setiap hari bergantung kepada cuaca dan keadaan laut.

Hasil daripada tangkapan besarnya itu, anak kedua daripada empat beradik memperoleh sekitar RM800 daripada ikan pari gergasi berkenaan di pasar Limbang. 

Bukan kali pertama mendapat hasil tangkapan sebesar ini, Mohd Fitri ini juga sebelum ini pernah memperoleh pari gergasi seberat 300kg beberapa tahun yang lalu!

Lagi di sini cerita menarik buat anda:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 4 Jalan Di Samarahan-Kuching Ini Ditutup Separuh Untuk Kerja Penurapan Semula 4 Jalan Di Samarahan-Kuching Ini Ditutup Separuh Untuk Kerja Penurapan Semula
Next Article Individu Rosakkan Patung Dan Salib Gereja Keningau Berjaya Ditahan, Negatif Saringan Dadah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?