• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Individu Tanpa SPM Kini Boleh Jadi Guru Memandu Bermula 1 Julai

Oleh
Farisha
26 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Anthony Loke umumkan perubahan syarat SPIM, pengecualian SPM untuk guru memandu

Individu Tanpa SPM Kini Boleh Jadi Guru Memandu Bermula 1 Julai. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu perubahan penting berkenaan syarat untuk menjadi guru memandu di Malaysia. Bermula 1 Julai, individu yang tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dibenarkan memohon untuk menjadi guru sekolah memandu.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memberi kelulusan sementara untuk tempoh enam bulan, sehingga 31 Disember 2024, bagi individu tanpa SPM untuk mendapatkan Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM).

Individu Tanpa SPM Kini Boleh Jadi Guru Memandu Bermula 1 Julai
Individu Tanpa SPM Kini Boleh Jadi Guru Memandu Bermula 1 Julai

JPJ beri kelulusan sementara, peluang baharu untuk guru sekolah memandu

Keputusan ini dibuat selepas mendapat maklum balas daripada pengusaha sekolah memandu yang menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar.

“Ramai pemandu yang berpengalaman dan berhemah berpotensi menjadi pelatih yang baik, tetapi tidak berpeluang kerana tidak memiliki SPM,” ujarnya menurut laporan.

Usaha mengatasi kekurangan tenaga pengajar memandu

Anthony menjelaskan bahawa satu program khas akan diadakan untuk memberi pengecualian kepada pemohon tanpa SPM supaya mereka boleh mengikuti kursus SPIM dan menjadi pengajar bertauliah.

Sebelum ini, memiliki SPM adalah syarat wajib untuk mendapatkan SPIM. Kerajaan telah menetapkan tempoh kelonggaran selama enam bulan, tetapi tempoh ini mungkin dilanjutkan jika perlu.

Mereka yang tidak mempunyai SPM kini boleh mendaftar untuk SPIM dan perlu mengikuti kursus selama dua minggu untuk mendapatkan sijil pengajar tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Rebat RM5 Untuk Pembaharuan Lesen Memandu Menerusi Aplikasi MyJPJ
JPJ Kini Lanjutkan Tempoh Sah Maksimum Lesen Memandu Kepada 10 Tahun
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penilaian Akhir Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo Sabah Dalam Proses Tender Terbuka Penilaian Akhir Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo Sabah Dalam Proses Tender Terbuka
Next Article Ini Sebab Mengapa Sarawak Mendahului Sabah Dalam Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Ini Sebab Mengapa Sarawak Mendahului Sabah Dalam Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?