• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rebat RM5 Untuk Pembaharuan Lesen Memandu Menerusi Aplikasi MyJPJ

Oleh
Farisha
3 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Kerajaan galakkan penggunaan lesen memandu elektronik

Rebat RM5 Untuk Pembaharuan Lesen Memandu Menerusi Aplikasi MyJPJ. Pemandu Malaysia boleh memperbaharui lesen memandu secara dalam talian bermula bulan hadapan menerusi aplikasi mudah alih MyJPJ.

Menurut laporan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan menerusi aplikasi MyJPJ akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan fasa awal dibuka hanya kepada warganegara Malaysia.

Rebat RM5 Untuk Pembaharuan Lesen Memandu Menerusi Aplikasi MyJPJ
Rebat RM5 Untuk Pembaharuan Lesen Memandu Menerusi Aplikasi MyJPJ. Sumber: soyacincau

Singkatan e-LMM merujuk kepada lesen memandu elektronik

“Bagi menggalakkan penggunaan e-LMM, mereka yang memilih e-LMM untuk melanjutkan lesen mereka akan menikmati rebat RM5,” katanya menerusi sumber.

Rebat RM5 bermula 1 Februari 2024 – 31 Disember 2024

“Rebat ini akan dinikmati sepanjang tahun ini bermula dari 1 Februari 2024 sehingga 31 Disember 2024. Bermula hari ini, orang ramai boleh berkongsi e-LMM atau cukai jalan digital mereka melalui fungsi baharu yang tersedia dalam aplikasi MyJPJ.

“Melalui fungsi baharu dalam aplikasi ini, ia akan membolehkan pengguna berkongsi lesen-lesen mereka sama ada dengan keluarga atau kawan-kawan atau individu lain yang dibenarkan oleh pengguna,” tambah Loke.

Tidak perlu lekat pada kenderaan, hanya tunjuk cukai digital sahaja

Pemilik dan pemandu kenderaan persendirian Malaysia kini tidak lagi perlu melekatkan salinan fizikal cukai jalan mereka pada cermin hadapan, sebaliknya mereka hanya perlu menunjukkan atau mengambil tangkapa skrin data cukai jalan apabila diminta oleh penguat kuasa.

Aplikasi MyJPJ yang sama juga boleh mengakses lesen memandu pemandu

Antara fungsi aplikasi MyJPJ adalah membolehkan pengguna berkongsi data dalam talian mereka dengan pihak yang berkaitan. Pengguna juga boleh menetapkan tempoh masa akses maklumat oleh orang lain.

Merujuk kaji selidik oleh JPJ, Loke berkata hanya 7.5 juta orang memanfaatkan platform digital setakat ini. Oleh itu, JPJ telah mengeluarkan slip keselamatan sebagai ganti pelekat cukai jalan fizikal dan juga untuk lesen memandu.

“Walau bagaimanapun, slip keselamatan ini bukanlah wajib kerana ia hanya pilihan untuk mereka yang masih memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan sistem digital.

“Kerajaan berharap melalui usaha Kementerian Pengangkutan dan JPJ, kita dapat bekerja ke arah sokongan penuh sistem digitalisasi untuk orang ramai,” kata Loke.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Aplikasi MyJPJ Bakal Tambah Ciri Pembayaran Untuk Mudahkan Pembaharuan Lesen
JPJ Kini Lanjutkan Tempoh Sah Maksimum Lesen Memandu Kepada 10 Tahun
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Panduan Lengkap Mendaftar Dan Kemaskini PADU
Next Article Kerispatih Dan Siti Badriah Bakal Gegarkan Kuching Dengan Muzik Koplo Kerispatih Dan Siti Badriah Bakal Gegarkan Kuching Dengan Muzik Koplo

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?