• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lebih Dari 97,000 ‘Frontliners’ Di Sarawak Daftar Untuk Terima Fasa Pertama Vaksin

Oleh
Husna Hazmi
23 Februari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Sarawak dijangka akan menerima penghantaran vaksin pertama pada 24 Februari ini sebelum ianya diedarkan.

Lebih Dari 97,000 ‘Frontliners’ Di Sarawak Daftar Untuk Terima Fasa Pertama Vaksin. Lebih daripada 97, 000 petugas barisan hadapan di seluruh Sarawak telah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 fasa pertama yang dijangka akan bermula 27 Februari hadapan.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Dr Chin Zin Hing, pendaftaran tersebut telah pun dilaksanakan lebih awal.

Lebih Dari 97,000 'Frontliners' Di Sarawak Daftar Untuk Terima Fasa Pertama Vaksin
Lebih Dari 97,000 ‘Frontliners’ Di Sarawak Daftar Untuk Terima Fasa Pertama Vaksin

JKNS telah mengumpulkan lebih daripada 97,000

Sebenarnya pihak JKNS telah mengumpulkan lebih daripada 97,000 nama petugas barisan hadapan sebelum program vaksinasi ini bermula.

“Ini akan melancarkan proses vaksinasi dan seterusnya kita bleh fokus kepada orang awam yang berusia 60 tahun ke atas dan mempunyai penyakit berisiko pada fasa kedua dan fasa ketiga,” jelas beliau dalam sidang media COVID-19 semalam.

Sarawak dijangka akan menerima penghantaran vaksin pertama pada 24 Februari ini sebelum diedarkan serentak di Stadium Perpaduan Kuching dan Sibu pada Sabtu hadapan serta pada 6 Mac di Miri.

Lebih Dari 97,000 'Frontliners' Di Sarawak Daftar Untuk Terima Fasa Pertama Vaksin

Seramai 70 peratus daripada 2.8 juta penduduk di negeri ini akan menerima suntikan vaksin

Selain itu, kerajaan negeri Sarawak juga telah menjangkakan seramai 70 peratus daripada 2.8 juta penduduk di negeri ini akan menerima suntikan vaksin secara berkala sehingga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ditamatkan.

Sebanyak 56 pusat vaksin telah pun dikenal pasti bagi tujuan melakukan suntikan vaksin di seluruh Sarawak antaranya adalah Hospital Bau, Hospital Lundu, Klinik Kesihatan Singai, Klinik Kesihatan Batu Kawa, Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Klinik Kesihatan Petra Jaya, Klinik Kesihatan Tanah Putih dan Hospital Umum Sarawak.

Kredit: Astro Awani

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : Yusuf Syukri Letak Jawatan Sebagai Penyampai Radio HITZ Sarawak
Next Article Ingin Menjadi Pengasas Muda? Sertai Program Terbaru TEGAS Youth Founder Mentoring Sekarang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?