• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ingkari SOP, Sambutan Hari Jadi Di Miri Penyebab Kluster Terbaru Di Sarawak

Oleh
ILB - AI
13 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Tahukah anda majlis keraian seperti sambutan hari jadi tidak dibenarkan semasa PKPB di Sarawak?

Ingkari SOP, Sambutan Hari Jadi Di Miri Penyebab Kluster Terbaru Di Sarawak. Satu kluster baru muncul di Sarawak hari ini hasil dari sambutan hari jadi yang diadakan di Jalan Linin, Taman Tunku yang terletak di daerah Miri.

Dari kluster ini sahaja, 262 individu telah disaring di mana:

• 22 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
• 192 kes didapati negatif; dan
• 48 kes masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Miri dan Hospital Limbang serta telah dimasukkan ke PKRC di Daerah Miri dan Limbang bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. Kesemua kontak rapat telah dikenalpasti dan telah diberi arahan kuarantin.

Sementara itu, Sarawak mencatatkan 395 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 254 atau 64.30 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Miri, Sri Aman, Kuching dan Bintulu. Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Miri (88), Sri Aman (64), Kuching (57), Bintulu (45), Sibu (27), Tebedu (25), Mukah (17), Samarahan (16), Bau (9), Belaga (6), Serian (5), Pusa (5), Meradong (4), Sebauh (4), Sarikei (4), Kanowit (3), Lawas (3), Subis (2), Lundu (2), Bukit Mabong (2), Tatau (2), Saratok (2), Selangau (1), Kapit (1) dan Pakan (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 37,121 kes

Daripada 395 kes baharu yang dilaporkan, seramai 21 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan. Manakala, seramai 308 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin.

Hari ini juga, 2 kes kematian baharu dicatatkan di Sarawak akibat COVID19. Kedua dua kes tersebut meninggal di Hospital Sibu. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID19 telah meningkat kepada seramai 214 orang.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terburuk Sejak 2017, Ini Kronologi Konflik Palestin-Israel Di Penghujung Ramadhan 2021
Next Article Terpaksa Jadi Kanibal Untuk Terus Hidup, Ini Kisah Mangsa Terselamat Nahas Pesawat Andes 1972

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?