Ketegangan yang kian memburuk
Terburuk Sejak 2017, Ini Kronologi Konflik Palestin-Israel Di Penghujung Ramadhan 2021. Tatkala seluruh dunia kini sedang menikmati penghujung Ramadhan dengan aman, penduduk Islam di Palestin pula diuji dengan dugaan yang maha hebat. Beberapa hari ini, media sosial dikejutkan dengan pertempuran dahsyat antara Palestin dan Israel sehingga tanda pagar #PrayForPalestine dan #SaveSheikhJarrah sohor kini.
Apakah sebenarnya yang berlaku? Ini merupakan kronologi ketegangan Palestin-Israel di penghujung Ramadhan 2021.
6 Mei 2021, Khamis (24 Ramadhan) : Pengusiran 6 keluarga Palestin dari penempatan Sheikh Jarrah oleh Mahkamah Tinggi Israel
Pada tarikh ini, Mahkamah Tinggi Israel telah mengadili pengusiran 6 buah keluarga warga Palestin dari kawasan penempatan rumah mereka di Sheikh Jarrah, Timur Baitulmaqdis. Keputusan mahkamah pada awalnya akan diumumkan pada 10 Mei 2021. Namun demikian, pengadilan ini telah mencetuskan kemarahan dan ketegangan dalam kalangan rakyat Palestin.
Apatah lagi seminggu sebelumnya, sememangnya sudah ada protes harian, tunjuk perasaan dan demonstrasi di antara rakyat Palestin, pihak berkuasa Isreal dan ektremis Yahudi kerana tentera Zionis melakukan sekatan terhadap umat Muslim untuk berkumpul sempena Ramadhan dan mengunjungi Masjid Al-Aqsa dan sekitar Pintu Gerbang Damaskus.

Oleh yang demikian, peguam negara, Avichai Mandelbilt telah memohon untuk menunda keputusan pengusiran ini kepada suatu tarikh lain memandangkan ia telah mencetuskan ketegangan serta mengelakkan situasi menjadi lebih buruk. Kes ditangguhkan sehingga 30 hari bagi membolehkan peguam ini melakukan semakan semula.
7 Mei 2021, Jumaat (25 Ramadhan) : Pihak berkuasa Israel melakukan serangan terhadap jemaah Palestin yang sedang terawih di Masjid Al-Aqsa
Konflik ini bertambah tegang dan parah apabila pihak rejim Zionis Israel mula bertindak biadap dengan melemparkan bom tangan pegun dan melepaskan tembakan peluru getah kepada rakyat Palestin yang sedang menunaikan ibadah dan beriktikaf di dalam Masjid Al-Aqsa, masjid ketiga tersuci buat umat Muslim. Tentera rejim Zionis Israel juga turut menahan ramai jemaah Masjid Al-Aqsa dan penduduk Palestin yang berlindung di dalam mahupun di pekarangan Masjid Al-Aqsa.
Menambah luka bagi umat Islam, kejadian terkutuk ini berlaku pada malam-malam terakhir bulan Ramadhan yang mana kebanyakan umat Muslim ingin mengerjakan ibadah dengan bersungguh-sungguh. Akibat serangan tersebut, dilaporkan sekurang-kurangnya 205 rakyat Palestin tercedera.

Dianggarkan kira-kira 20,000 rumah rakyat Palestin di Timur Baitulmaqdis berisiko tinggi untuk diusir daripada kota tersebut dan memaksa mereka untuk membina penempatan yang juga berisiko untuk dirobohkan atas arahan pihak berkuasa.
9 Mei 2021, Ahad (27 Ramadhan) : Kemuncak konflik di Masjid Al-Aqsa
10 Mei 2021, Isnin (28 Ramadhan) : Pejuang HAMAS beri amaran agar tentera rejim Zionis berundur dari Masjid Al-Aqsa dan kawasan Sheikh Jarrah
Pertempuran masih lagi berlangsung di Masjid Al-Aqsa. Pada haru tersebut, seramai 7 orang rakyat Palestin berada dalam keadaan kritikal.

Gerakan Pejuang Islamiyyah (HAMAS) yang merupakan parti berkuasa Pihak Berkuasa Palestin telah mengeluarkan amaran agar tentera Zionis Israel untuk berundur dari Masjid Al-Aqsa dan kawasan petempatan Sheikh Jarrah, Timur Baitulmaqdis. Amaran dikeluarkan pada jam 5.20 petang dan pihak tentera Zionis diberi masa sehingga jam 6 petang untuk berbuat demikian sekiranya tidak mahu kota Israel menerima balasan yang dahsyat daripada Briged Izzuddin Al-Qassam di bawah pimpinan Hamas.
Namun demikian, amaran tersebut tidak diendahkan oleh rejim Zionis mengakibatkan Briged Al-Qassam terpaksa melepaskan serangan roket ke atas Bandar Ashkelon dan Bandar Jerusalem pada jam 6 petang. Bukan itu sahaja, kumpulan Jihad Islam Palestin juga menyerang beberapa kenderaan Israel dengan misil Anti Tank Guided Missile (ATGM) berhampiran sempadan Israel-Semenanjung Gaza.
Menghampiri jam 7 petang, pihak rejim Zionis membuat serangan balas di Utara Semenanjung Gaza.
11 Mei 2021, Selasa (29 Ramadhan) :
1. Tentera Zionis Israel berundur dari Masjid Al-Aqsa tetapi masih meneruskan serangan ke atas Palestin
Tentera dan polis Zionis Israel dilaporkan telah berundur dari Masjid Al-Aqsa pada jam 3.38 pagi. Briged Al-Qassam mengeluarkan amaran agar tentera rejim Zionis berundur sepenuhnya dan menghentikan pengeboman terhadap orang awam di Palestin sebelum jam 9 malam.


Namun begitu, serangan roket dan pengeboman tetap dilakukan oleh rejim Zionis Israel. Akibat serangan dron di Beit Hanoun, Utara Semenanjung Gaza, 3 kanak-kanak Palestin terbunuh selain 10 orang telah kehilangan nyawa. Akibat daripada pertempuran yang berlangsung pada sebelah petang, seramai 300 orang rakyat Palestin cedera, 228 orang dimasukkan ke hospital dan 7 dalam keadaan kritikal.

Konflik ini menyebabkan siren roket dibunyikan di Pintu Sempadan Negev, Israel. Roket meletup di Pantai Ashkelon, Israel.
Manakala di Semenanjung Gaza, pesawat pejuang Israel menyasarkan seorang penunggang motorsikal dan kanak-kanak bermain bola sepak menyebabkan 10 kanak-kanak terbunuh.
2. Mesir, Qatar, Turki, UAE, dan Iran umum sokongan penuh ke atas Palestin
Di peringkat antarabangsa, Mesir dan Qatar menghubungi Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh. Turki pula mengumumkan sokongan penuh ke atas Hamas dan Palestin. Emiriah Arab Bersatu, Qatar, dan Presiden Turki mengecam tindakan Israel dan mendesak agar menghentikan serangan ke atas orang awam dan kanak-kanak kerana ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa. Menteri Luar Negeri Iran pula, Javar Zarif memaklumkan kepada Ketua Biro Politik Hamas bahawa Iran tidak akan meninggalkan Al Aqsa dan Palestin.
3. Pemimpin Briged Al-Qassam terbunuh
Komander Briged Izzuddin Al-Qassam, Muhammad Abdullah Fayyad dilaporkan terbunuh dalam serangan ke atas motorsikal di Beit Hanoun, Semenanjung Gaza. Sementara itu, 11 lagi tentera Briged disahkan terkorban dalam serangan.
4. Waktu amaran kedua tamat, Briged Izzuddin Al-Qassam lancar Operasi Pedang Al-Quds
Melewati jam 9 malam, masih tiada respon positif daripada Israel. Sebaliknya, Parlimen Israel meluluskan untuk melakukan serangan udara dan serbuan ke atas Gaza. Gelombang serangan roket besar-besaran dari Semenanjung Gaza menuju ke Israel bermula tepat jam 9 malam. 8 roket pula disasarkan ke tengah ibu kota Israel, Tel Aviv. Bunyi siren amaran roket dibunyikan di Natif Ha’sarah, Ashkelon, dan Tel Aviv, Israel.
Serangan roket besar-besaran secara serentak dilakukan dari Semenanjung Gaza menuju ke hampir keseluruhan kawasan Israel seperti Sderot, Ibim, Mefalsim, Nir Am Shooting Range, Netiv HaAssara, Gavim, Sapir College, Nir Am dan Erez. Serangan balas roket berlangsung tanpa henti sepanjang hari di kedua-dua wilayah Gaza dan Israel. Briged Al-Qassam mengumumkan pelancaran serangan misil A-120 ke Jerusalem buat pertama kali dalam sejarah ketenteraan mereka.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula menyatakan bahawa mereka akan membuat serangan balas dengan lebih kuat di mana Palestin akan menjadi medan tempat mereka menguji kekuatan mereka.
Pesawat tentera udara Israel melancarkan serangan ke atas sebuah pangsapuri 8 tingkat di Kem Pelarian Al-Shati, Barat Semenanjung Gaza. Israel terus membuat serangan ke atas rumah orang awam, kilang dan kawasan pertanian
This is Gaza today!
— Md Asif Khan (@imMAK02) May 12, 2021
Israel continuously dropping bombs on buildings in Palestine.#GazaUnderAttack #Palestine#PalestinianLivesMatter #FreePalestinepic.twitter.com/zpM959lV6r
5. British dan Amerika mengecam tindakan Palestin
Sementara itu, Setiausaha Luar British mengecam tindakan Palestin melancarkan serangan ke atas Israel. Jabatan Negara Amerika Syarikat pula mengutuk serangan yang dibuat oleh Palestin dan mengatakan bahawa Israel berhak mempertahankan diri.
6. Pihak pejuang Palestin setuju terima gencatan senjata dengan syarat Israel berundur sepenuhnya dari Masjid Al-Aqsa dan menghentikan kekejaman ke atas penduduk Palestin di Sheikh Jarrah dan Jerusalem
Untuk urusan ini, Mesir, Jordan, Qatar, dan Turki menawarkan diri menjadi orang tengah dan berusaha merangka satu perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Palestin bagi mengelakkan ketegangan lebih buruk.
7. Facebook, Twitter, dan Instagram dikatakan sedang melakukan sekatan ke atas muat naik berkaitan keadaan di Palestin
Ketiga-tiga media sosial ini telah mengehadkan paparan berkaitan keadaan Palestin kerana dikatakan melanggar Standard Komuniti yang termaktub. Malah, akaun pengguna yang sentiasa memuat naik perkembangan Palestin dikatakan disekat.
8. Rakyat di Los Angeles, London, Berlin, Afrika Selatan membuat demonstrasi aman menunjukkan solidariti terhadap Palestin
The Peoples of London express solidarity with Palestinians against Israeli terrorism#IsraeliTerrorism #FreePalestine#IsraeliTerrorism pic.twitter.com/SWvrMvGW0y
— Abdul basit Rehmani (@Abdulbasit11222) May 12, 2021
Los Angeles, London, Berlin, South Africa, it's great to still see humanity in the world👏👏❤️❤️#SaveSheikhJarrah #FreePalestine #PrayForPalestine pic.twitter.com/s9EUXHmV8B
— SaraM (@SaraM01101243) May 11, 2021
12 Mei 2021, Rabu (30 Ramadhan) :
1. Hamas dan Israel menolak tawaran gencatan senjata yang dibuat oleh Mesir
Mesir menyatakan bahawa Israel telah menyukarkan proses gencatan senjata. Menerusi kenyataan Menteri Luarnya, tindakan Israel menggunakan kuasa secara berlebihan ketika ini tidak membantu keadaan yang kian buruk.
Keadaan di Gaza sekarang setelah dibom tanpa henti sejak Subuh. Waktu sekarang ialah 7.40 pagi di sana. Kelihatan banyak tempat sedang terbakar/berasap. pic.twitter.com/WqcZKsl5Wb
— Ikhwan (@JatIkhwan) May 12, 2021
2. Siren amaran roket tidak putus-putus dibunyikan di Israel

3. Malaysia dan Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel ke atas Palestin
4. Presiden Turki menghubungi DYMM Yang Dipertuan Agong Malaysia untuk mengadakan sidang mesyuarat tergempar Organisasi Islam Sedunia (OIC) berkaitan isu Palestin
5. Israel lancar Operasi Guardians Of The Wall
6. 20 anggota Unit Pasukan Komando Briged Izzuddin Al-Qassam syahid dalam cubaan menyusup terowong ke Israel akibat dimusnahkan oleh Tentera Udara Israel
7. Serangan ke atas Tel Aviv akan dilancarkan pada jam 2 pagi waktu Malaysia. 130 buah roket telah disiapkan oleh Briged Izzuddin Al-Qassam. Siren amaran roket bergema di Tel Aviv, Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion dan kawasan sekitarnya.
8. Tel Aviv menerima serangan roket dan mengakibatkan beberapa bangunan awam terpaksa ditutup. Lapangan terbang ditutup menyebabkan penerbangan ke Israel terpaksa dihalakan ke Cyprus. Semua sekolah ditutup.



Dikhabarkan, pertempuran dan serangan balas roket masih lagi berlangsung dengan rancak di Semenanjung Gaza dan seluruh kota di Israel. Marilah kita sama-sama mendoakan penduduk di Palestin agar diberikan kekuatan dan kemenangan untuk menghadapi dugaan di bulan Ramadhan ini. #PrayForPalestine #SaveSheikhJarrah