• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Dari Jawa Barat Ke Jakarta, Ini 14 Kedai Makan Wajib Cuba Di Indonesia

Artikel Ini Dibawakan Oleh
Kongsi
8 Min Bacaan
Artikel Ini Dibawakan Oleh

Tradisional atau moden, dua-duanya ada dalam senarai ni!

Dari Jawa Barat Ke Jakarta, Ini 14 Kedai Makan Wajib Cuba Di Indonesia. Indonesia sememangnya terkenal dengan kekayaan budaya dan kepelbagaian rasa makanannya. Dari Jawa Barat hingga hingga ke Jakarta, ini pengalaman kami menikmati makanan unik dan lazat selama 7 hari di sini.

Berikut adalah beberapa pilihan kedai makan menarik yang perlu korang cuba jika berada di Indonesia:

Ini senarai kedai makan di Jawa Barat

Dari Jawa Barat Ke Jakarta, Ini 14  Kedai Makan Wajib Cuba Di Indonesia
Dari Jawa Barat Ke Jakarta, Ini 14 Kedai Makan Wajib Cuba Di Indonesia. Sumber foto: I Love Borneo

1. Ciboer Pass

Terletak di kawasan pergunungan di Jawa Barat, Ciboer Pass menawarkan suasana yang tenang dengan pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan. Restoran ini terkenal dengan hidangan tradisional Sunda, seperti nasi liwet, ayam goreng kampung, gado-gado, sate dan banyak lagi. Di sini pengunjung boleh menikmati sajian enak sambil melihat sawah padi yang luas terbentang dan paling penting, tempat ini memang sesuai untuk korang ambil OOTD!

Dari Jawa Barat Ke Jakarta, Ini 14  Kedai Makan Wajib Cuba Di Indonesia
Sumber foto: I Love Borneo

2. Empal Gentong H. Apud

Bagi pencinta sate terutamanya sate kambing, Empal Gentong H. Apud di Cirebon adalah destinasi wajib buat korang kunjungi. Restoran ini terkenal dengan hidangan empal gentong, sejenis sup daging lembu empuk yang kaya dengan pelbagai jenis rempah.

Kami juga sempat menikmati sate kambing di sini. Rasa kambing yang fresh, tiada rasa hamis membuatkan kami bertambah beberapa pinggan! Selain dua menu ini, kami turut menikmati satu menu unik dibuat khas di sini iaitu Tahu Gejrot. Sajian ini menggunakan tauhu goreng yang dipotong kecil dan dimakan dengan kuah sos istimewa.

Dari Jawa Barat Ke Jakarta, Ini 14  Kedai Makan Wajib Cuba Di Indonesia
Sumber foto: I Love Borneo

3. Leuwi Asri Kopi and Resto Indonesia

Terletak di Garut, Leuwi Asri Kopi and Resto Indonesia menawarkan gabungan makanan tradisional dengan suasana restoran astetik bersama pemandangan indah di luar yang melihatkan suasana alam semulajadi yang indah. Restoran ini sesuai untuk pengunjung yang ingin melarikan diri dari kesibukan bandar sambil menikmati makanan dalam suasana tenang.

Dari Jawa Barat Ke Jakarta, Ini 14  Kedai Makan Wajib Cuba Di Indonesia
Sumber foto: I Love Borneo

4. Baso Aci Acay

Bagi yang gemar makanan jalanan, Baso Aci Acay adalah tempat yang harus korang cuba. Terkenal dengan baso aci yang disajikan dengan kuah savoury, kedai makan ini memang kami letakkan dalam top 3 makanan kegemaran kami di Jawa Barat ini. Suasana kedai yang tenang,memang sesuai untuk dijadikan tempat lepak bersama rakan-rakan atau orang tersayang.

Dari Jawa Barat Ke Jakarta, Ini 14  Kedai Makan Wajib Cuba Di Indonesia
Sumber foto: I Love Borneo

5. Seblak

Merupakan hidangan jalanan yang popular di Bandung, Seblak ini terdiri daripada bahan-bahan seperti mi, sayur-sayuran, telur, keropopk serta kuah pedas. Untuk Seblak ini, kami cadangkan agar korang cuba gerai tepi jalan dan kedai makan kecil di Jawa Barat. Setiap kedai menawarkan rasa dan tahap kepedasan yang berbeza, menjadikan pencarian seblak terbaik sebagai satu pengembaraan tersendiri.

Dari Jawa Barat Ke Jakarta, Ini 14  Kedai Makan Wajib Cuba Di Indonesia
Sumber foto: I Love Borneo

6. Jemma Coffee

Kafe astetik di Kota Bandung, korang perlu cuba kopi kaw Indonesia di Jemma Coffee ini. Selain daripada menu kopi, mereka juga ada banyak minuman lain dan dessert menarik menanti para pengunjung di sini.

Dari Jawa Barat Ke Jakarta, Ini 14  Kedai Makan Wajib Cuba Di Indonesia
Sumber foto: I Love Borneo

7. Braga Art Cafe

Terletak di jalan bersejarah Braga di Bandung, Braga Art Cafe menawarkan pengalaman makan yang santai diiringi muzik menarik. Kafe ini dihiasi dengan karya seni lokal dan mempunyai menu yang menawarkan hidangan Indonesia dan barat.

Sumber foto: I Love Borneo

BONUS (Makanan di Hotel)

Di Jawa Barat, kami bermalam di tiga tempat penginapan yang berbeza iaitu di Aston Cirebon Hotel & Convention Center, Villa Sumber Alam Garden of Water dan Hotel Savoy Homann. Apa yang kami boleh simpulkan selama 3 hari menetap di hotel serta villa berbeza ini adalah mereka menyajikan pelbagai jenis menu sarapan pagi yang menyelerakan!

Ini senarai kedai makan di Jakarta

Dari Jawa Barat Ke Jakarta, Ini 14  Kedai Makan Wajib Cuba Di Indonesia
Sumber foto: I Love Borneo

8. Pagi Sore

Kalau ke Jakarta tapi tak makan lagi di sini memang tak sah trip korang! Pagi Sore adalah restoran Padang terkenal di Jakarta yang menyajikan pelbagai hidangan seperti Soto Padang, Gulai Tunjang, Ayam Pop, Perkedel, Udang Sambal, Daun Singkong Rebus dan banyak lagi. Suasana restoran ini nyaman dan selesa, sesuai untuk makan bersama keluarga atau rakan-rakan.

Dari Jawa Barat Ke Jakarta, Ini 14  Kedai Makan Wajib Cuba Di Indonesia
Sumber foto: I Love Borneo

9. Nasi Goreng Kebon Sirih

Nasi Goreng Kebon Sirih adalah salah satu gerai nasi goreng terkenal di Jakarta. Terletak di kawasan pusat bandar, gerai ini sering dipenuhi pelanggan yang ingin menikmati Nasi Goreng Kambing mereka yang dihidangkan dengan sate kambing serta ayam yang lazat. Selain Nasi Goreng Kambing mereka, di sini juga ada menu nasi goreng lain seperti Nasi Goreng Ayam, Nasi Goreng Bakso, Nasi Goreng Telur dan banyak lagi untuk korang cuba.

Dari Jawa Barat Ke Jakarta, Ini 14  Kedai Makan Wajib Cuba Di Indonesia
Sumber foto: I Love Borneo

10. New Betavia Cafe

Terletak di Kota Tua, Jakarta, New Betavia Cafe menawarkan pengalaman makan dalam suasana yang selesa dan astetik. Kafe ini menghidangkan pelbagai menu masakan Indonesia dan barat.

Dari Jawa Barat Ke Jakarta, Ini 14  Kedai Makan Wajib Cuba Di Indonesia
Sumber foto: I Love Borneo

11. Acaraki

Acaraki adalah tempat yang menarik bagi penggemar jamu, minuman tradisional Indonesia yang diperbuat daripada herba dan rempah ratus. Terletak di kawasan Kota Tua, Acaraki menggabungkan tradisi dan moden dengan menyajikan jamu dalam gaya yang lebih kontemporari. Vibe di sini sangat moden dengan suasana kafe yang selesa, menjadikan ia tempat yang sesuai untuk mencuba sesuatu yang baru sambil korang belajar tentang budaya jamu di Indonesia.

Dari Jawa Barat Ke Jakarta, Ini 14  Kedai Makan Wajib Cuba Di Indonesia
Sumber foto: I Love Borneo

12. Beach Road Scissor Cut Curry Rice

Kalau korang nak menikmati menu hidangan fusion yang terletak di PIK Jakarta, kami sarankan anda untuk cuba restoran Beach Road Scissor Cut Curry Rice ini. Restoran ini menyajikan menu utama mereka iaitu Scissor Cut Curry Rice! Kami cuba menu istimewa di sini iaitu nasi putih dihidangkan dengan Ayam Goreng Scissor Cut bersama Daging Empuk, Telur Mata, Sayur dan dikuahkan dengan kuah kari istimewa mereka.

Dari Jawa Barat Ke Jakarta, Ini 14  Kedai Makan Wajib Cuba Di Indonesia
Sumber foto: I Love Borneo

13. Warkop Agam Banglades Cabang Medan

Beroperasi 24 jam Warkop Agam Banglades adalah tempat makan yang menyajikan Indomie istimewa mereka. Ada banyak variasi indomie yang anda boleh nikmati di sini.

Dari Jawa Barat Ke Jakarta, Ini 14  Kedai Makan Wajib Cuba Di Indonesia
Sumber foto: I Love Borneo

14. Bandar Djakarta

Bandar Djakarta adalah restoran yang menyajikan makanan laut segar. Terletak di tepi laut, restoran ini menawarkan pemandangan laut yang menakjubkan sambil korang menikmati hidangan seperti Ketam, Ikan, Udang, Sotong yang dimasak dengan pelbagai jenis masakan.

Setiap kedai makan ini menawarkan pengalaman yang unik untuk para pengunjung yang datang. Dari masakan tradisional hingga hidangan moden yang inovatif, Indonesia memang kaya dengan mekanan menarik yang enak untuk para pengunjung yang datang cuba. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba kedai-kedai makan ini kalau korang berada di Jawa Barat atau Jakarta!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penyanyi Datanglah Sang Puteri, Kenali Naki Artis Berasal Dari Miri
Next Article Island Hopping Tengah Kota, Terokai 4 Pulau Menakjubkan Dalam Masa 1 Hari Di Jakarta

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?