• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penyanyi Datanglah Sang Puteri, Kenali Naki Artis Berasal Dari Miri

Oleh
Farisha
17 Ogos 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Perjalanan seni seorang penyanyi dari Miri, dari karaoke ke EP pertama

Penyanyi Datanglah Sang Puteri, Kenali Naki Artis Berasal Dari Miri. Dalam dunia seni yang sentiasa berubah-ubah, kita sering menemui bakat-bakat baharu yang mengejutkan industri. Salah seorang daripadanya ialah Naki, penyanyi muda yang kacak kini sedang meningkat naik dalam industri muzik tempatan.

Dilahirkan dan dibesarkan di Miri, Sarawak, Naki membesar dalam suasana kuarters polis di mana arwah bapanya bertugas sebagai anggota polis. Difahamkan, ibunya berasal dari Sarikei dan bapanya dari Pahang. Sejak kecil lagi, Naki telah menunjukkan minat dalam bidang nyanyian, dipengaruhi oleh ibu dan kakak sulungnya yang sering berkaraoke di rumah.

Penyanyi Datanglah Sang Puteri, Kenali Naki Artis Berasal Dari Miri
Penyanyi Datanglah Sang Puteri, Kenali Naki Artis Berasal Dari Miri

Langkah pertama dalam industri muzik

Walaupun mempunyai bakat yang tersembunyi, Naki hanya mula menceburi dunia muzik secara serius pada tahun 2023. Tanpa pengetahuan formal dalam bidang muzik, beliau sering menulis di dalam telefon bimbitnya tanpa menyedari bahawa tulisan tersebut boleh dijadikan lirik lagu. Pertemuan dengan Darien Sebastian, seorang penerbit muzik, telah membuka pintu peluang bagi Naki.

Pada 23 Januari 2023, single pertama Naki yang bertajuk “Lelah” telah dilancarkan. Mulanya, Naki hanya mahu mengeluarkan satu lagu, namun ia telah berkembang menjadi EP pertamanya, “Melankolis”, yang mengandungi enam buah lagu. Kejayaan ini membuktikan bahawa bakat Naki telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Naki mengakui bahawa inspirasi muziknya datang daripada persekitaran, keluarga dan rakan-rakannya. Mereka memainkan peranan penting dalam perjalanan muziknya setakat ini.

Matlamat masa depan, nasihat dan projek akan datang

Walaupun masih baru dalam industri, Naki mempunyai impian yang besar. Beliau berharap suatu hari nanti dapat mengadakan konsert solonya sendiri dan tampil di festival-festival besar di Malaysia seperti Tapau Fest dan Rainforest Music Festival. Malah, Naki juga bercita-cita untuk membawa bakatnya ke pentas antarabangsa seperti Java Fest dan Pesta Pora di Indonesia.

Perjalanan seni seorang penyanyi dari Miri, dari karaoke ke EP pertama
Perjalanan seni seorang penyanyi dari Miri, dari karaoke ke EP pertama

“Jangan berhenti melakukan perkara yang anda suka. Nikmati dan percayalah pada proses, dan sentiasa ambil risiko! Kita tidak tahu apa yang kita mampu lakukan. Kadang-kadang kita akan jatuh, tetapi insyaAllah kita akan bangun semula dan menjadi lebih kuat,” pesannya kepada peminat dan mereka yang sedang mengejar impian di luar sana.

Akan lancarkan full album pada Oktober nanti

Kini, bintang muda dari Bumi Kenyalang ini sedang giat bekerja untuk menghasilkan album penuh pertamanya yang akan dilancarkan pada bulan Oktober nanti. Beliau berharap peminatnya akan jatuh cinta dengan album ini sebagaimana beliau sendiri mencintainya.

“Anda mungkin ingin duduk, fokus dan pakai fon telinga untuk menikmatinya sepenuhnya,” tambah Naki lagi.

Dengan semangat dan dedikasi yang ditunjukkan, tidak mustahil kita akan melihat nama Naki terus bersinar dalam industri muzik tempatan pada masa akan datang.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Rahsia Bagaimana Usahawan Sarawak Boleh Jimatkan Kos Dengan Memohon Servis Digital Percuma
Next Article Dari Jawa Barat Ke Jakarta, Ini 14 Kedai Makan Wajib Cuba Di Indonesia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?