• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 3 Langkah Mudah Usahawan Sarawak Boleh Dapatkan Perkakas Digital Percuma Melalui Program GO DIGITAL

Oleh
Ismail NA
13 November 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Kalau betul anda orangnya, rezeki takkan salah alamat.

Ini 3 Langkah Mudah Usahawan Sarawak Boleh Dapatkan Perkakas Digital Percuma Melalui Program GO DIGITAL. Digitalisasi adalah sesuatu yang amat penting pada zaman ini. Tanpa perubahan digital, anda mungkin akan jauh ketinggalan dan bergerak sangat perlahan. Apatah lagi dari segi ekonomi, pelanggan alaf pandemik ini lebih gemar membuat pembelian dan meninjau produk secara dalam talian kerana ia lebih selamat dan mudah. Nak atau tidak, usahawan ini perlu bergerak ke depan dan melengkapkan diri dengan kemahiran digital.

Isi Isi Penting
  • Kalau betul anda orangnya, rezeki takkan salah alamat.
  • Apakah yang ditawarkan dalam geran ‘GODIGITAL SARAWAK’ ini?
  • Jenis perniagaan MSME yang layak memohon geran ini?
  • Bagaimana untuk memohon?
  • Baca juga :

Jika anda merupakan usahawan mikro kecil dan sederhana (MSME) di Sarawak, tahukah anda bahawa anda boleh memohon geran bernilai sehingga RM 10,000 untuk menaiktaraf aktiviti perniagaan di era digital ini?

Gambar hiasan via Freepik

Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) telah memperkenalkan sebuah geran teknologi yang digelar ‘GODIGITAL SARAWAK’. Melalui geran ini, para usahawan MSME yang terjejas akibat pandemik untuk beralih ke platform digital bagi memasarkan jualan mereka. Inisiatif ini juga selaras dengan agenda Kerajaan Sarawak untuk membina rakyat yang celik digital serta bersedia mengaplikasikan kaedah ekonomi digital dalam kehidupan seharian.

Ini 3 Langkah Mudah Usahawan Sarawak Boleh Dapatkan Perkakas Digital Percuma Melalui Program GO DIGITAL
Ini 3 Langkah Mudah Usahawan Sarawak Boleh Dapatkan Perkakas Digital Percuma Melalui Program GO DIGITAL

Apakah yang ditawarkan dalam geran ‘GODIGITAL SARAWAK’ ini?

Untuk pengetahuan anda, usahawan MSME yang terpilih bakal menerima geran berjumlah sehingga RM 10,000 bagi membeli peralatan digital seperti barangan elektronik dan perisian untuk menaiktaraf mutu perniagaan digital mereka. Usahawan yang berminat boleh mendaftar dan terus memilih seberapa banyak produk yang mereka perlukan dalam jumlah tidak melebihi RM 10,000.

Produk yang tersedia untuk para usahawan adalah perkakas digital seperti Macbook Air/Pro, iPad Air/Pro, iMac, desktop, komputer riba berspesifikasi tinggi dan sederhana, tablet, monitor, kamera, sistem ePOS dan banyak lagi! Peralatan digital ini bakal diberikan secara percuma untuk usahawan yang terpilih oleh MINTRED.

Ini 3 Langkah Mudah Usahawan Sarawak Boleh Dapatkan Perkakas Digital Percuma Melalui Program GO DIGITAL
Ini 3 Langkah Mudah Usahawan Sarawak Boleh Dapatkan Perkakas Digital Percuma Melalui Program GO DIGITAL
Ini 3 Langkah Mudah Usahawan Sarawak Boleh Dapatkan Perkakas Digital Percuma Melalui Program GO DIGITAL
Ini 3 Langkah Mudah Usahawan Sarawak Boleh Dapatkan Perkakas Digital Percuma Melalui Program GO DIGITAL
Ini 3 Langkah Mudah Usahawan Sarawak Boleh Dapatkan Perkakas Digital Percuma Melalui Program GO DIGITAL

Jenis perniagaan MSME yang layak memohon geran ini?

Usahawan yang ingin memohon geran ini mestilah mempunyai lesen perniagaan sah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mempunyai permit perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Secara ringkasnya, perniagaan yang boleh memohon geran ini adalah seperti berikut;

  • Kedai runcit
  • Kedai perisian
  • Usahawan fotografi dan videografi
  • Restoran, kafe dan perniagaan berasaskan makanan dan minuman
  • Pencipta kandungan (Content Creator)
  • Usahawan bidang pendidikan (inovasi dan STEM)
  • Pereka grafik
  • Kedai bakeri
  • Perniagaan dari rumah/jualan online/e-dagang
  • Sektor pertanian
  • Pengurusan majlis/perancang perkahwinan
Ini 3 Langkah Mudah Usahawan Sarawak Boleh Dapatkan Perkakas Digital Percuma Melalui Program GO DIGITAL

Bagaimana untuk memohon?

Langkah 1 – Anda cuma perlu mendaftar sebagai pemohon di laman sesawang https://godigital.sarawak.digital/.

Langkah 2 – Setelah anda berjaya mendaftar dan log masuk, klik butang “Catalogue” dan pilih peralatan yang anda perlukan untuk perniagaan anda. Pastikan peralatan pilihan anda tidak melebihi jumlah keseluruhan RM 10,000. Anda tidak akan dapat memasukkan peralatan pilihan anda ke dalam “Cart” sekiranya jumlah keseluruhan melebihi RM 10,000. Setelah selesai, tekan butang “Apply Now”.

Langkah 3 – Isi maklumat peribadi dan perniagaan anda. Muat naik lesen perniagaan anda. Tekan “Submit” dan selesai!

Anda akan dimaklumkan menerusi emel sekiranya anda terpilih untuk menerima geran ini. Mudah saja kan? Untuk permohonan batch pertama ini, tarikh tutup permohonan adalah pada 20 November 2021 (Sabtu).

MOHON GERAN GODIGITAL SARAWAK DI SINI

Jom sama-sama kita beralih kepada perniagaan berasaskan digital! Jangan lupa untuk kongsikan juga kepada rakan-rakan usahawan anda.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Alasan Ingin Jumpa TYT, Penganggur Ceroboh Astana Negeri Sarawak Didenda RM3K
Next Article Tunggang Motosikal Secara Berbahaya, Anggota Sukarelawan Buat Aksi Superman Ditahan Polis Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?