I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini 4 Alat Kesihatan Yang Wajib Ada Di Rumah Untuk Anda Pantau Gejala Awal COVID-19
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 4 Alat Kesihatan Yang Wajib Ada Di Rumah Untuk Anda Pantau Gejala Awal COVID-19

Oleh Nur Afifah 11 Ogos 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

Cegah sebelum parah.

Ini 4 Alat Kesihatan Yang Wajib Ada Di Rumah Untuk Anda Pantau Gejala Awal COVID-19. Dengan kehadiran varian Delta yang lebih cepat merebak dan berjangkit dengan orang lain, pastinya ancaman COVID-19 ini bukan lagi sesuatu yang tidak dijangka dalam hidup manusia. Malah, ada individu yang kelihatan sihat sebenarnya telah dijangkiti oleh virus merbahaya ini.

Jadi, dalam artikel kali ini, kami ingin mengajak anda semua untuk mengenal pasti 4 alat kesihatan yang mesti ada dalam rumah anda untuk mengesan gejala awal COVID-19.

1. Pulse oxymeter

Ini 4 Alat Kesihatan Yang Wajib Ada Di Rumah Untuk Anda Pantau Gejala Awal COVID-19
Ini 4 Alat Kesihatan Yang Wajib Ada Di Rumah Untuk Anda Pantau Gejala Awal COVID-19. Kredit : AZMAN GHANI via The Star

Pulse oxymeter adalah sebuah alat untuk memantau tahap oksigen dalam darah (SpO2) berserta kadar denyutan nadi jantung anda. Setiap rumah sangat digalakkan untuk memiliki alat ini bagi mengetahui sama ada anda menghidapi hipoksia buni (happy hypoxia) yang merupakan salah satu gejala awal pesakit tanpa simptom COVID-19.

Untuk pengetahuan anda, paras oksigen normal bagi manusia yang sihat adalah sekitar 100% sehingga 95%. Untuk kadar denyutan nadi pula, denyutan sekitar 50 sehingga 90 denyutan per minit (bpm) atau di bawah 100 bpm adalah normal untuk orang dewasa.

Walaupun terdapat banyak pulse oxymeter yang dijual di pasaran, anda perlu memastikan bahawa pulse oxymeter yang anda beli mendapat kelulusan daripada Malaysian Device Authority (MDA). MDA merupakan badan berwajib di Malaysia yang memeriksa setiap peralatan perubatan yang dibawa masuk ke negara ini. Berikut kami senaraikan pulse oxymeter pada harga bajet dan paling penting, lulus MDA :

  1. YONKER Pulse Oximeter YK-81C – https://invol.co/cl5ihvm
  2. Medical Finger Pulse Oxymeter Blood Oxigen Meter SPO2 – https://invol.co/cl5ihz4
  3. Fingertip Pulse Oximeter – https://invol.co/cl5ii0o
  4. Oxitech Finger Pulse Oximeter / Blood Oxygen MonitorĀ – https://invol.co/cl5iil4

Gejala hipoksia buni ini adalah seperti pesakit memiliki tahap oksigen yang kurang daripada 95% sedangkan mereka tidak mempunyai gejala dan masalah pernafasan langsung. Oleh sebab itulah, pulse oxymeter ini adalah alat yang sangat perlu di setiap rumah untuk memantau tahap oksigen setiap masa. Jika kurang daripada itu, anda boleh segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

InsyaAllah, jika disedari dan dirawat dengan awal, anda boleh mengelakkan risiko yang lebih serius seperti dimasukkan ke ICU mahupun meninggal dunia.

2. Pengukur tekanan darah (blood pressure monitor)

Ini 4 Alat Kesihatan Yang Wajib Ada Di Rumah Untuk Anda Pantau Gejala Awal COVID-19

Pesakit darah tinggi merupakan golongan yang paling banyak mengalami keadaan kritikal sekiranya diserang COVID-19. Namun demikian, walaupun anda bukan individu yang memiliki penyakit darah tinggi, anda juga harus sentiasa berwaspada.

Oleh itu, bagi memantau tekanan darah anda, anda juga haruslah mempunyai alat pengukur tekanan darah seperti yang selalu anda jumpa apabila berada di klinik atau hospital. Dengan itu, anda boleh melakukan langkah pencegahan dengan lebih awal seperti mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Klik pautan berikut untuk dapatkan pengukur tekanan darah di Shopee :

  1. NovoPlus BP Meter Blood Pressure Monitor U80EH – https://invol.co/cl5iimr
  2. OMRON HEM-7120 BLOOD PRESSURE MONITOR – https://invol.co/cl5iim6
  3. Microlife Blood Pressure Monitor – https://invol.co/cl5iind

Anda boleh rujuk bacaan tekanan darah yang normal seperti yang dikeluarkan oleh Persatuan Jantung Amerika berikut :

Ini 4 Alat Kesihatan Yang Wajib Ada Di Rumah Untuk Anda Pantau Gejala Awal COVID-19

3. Termometer badan

Ini 4 Alat Kesihatan Yang Wajib Ada Di Rumah Untuk Anda Pantau Gejala Awal COVID-19
Kredit : BERNAMA

Termometer badan juga amat penting untuk mengetahui suhu badan anda. Seperti yang anda sedia maklum, demam merupakan gejala awal jangkitan COVID-19. Jadi, dengan memantau suhu badan anda, anda dapat mengambil langkah segera seperti menjalankan pemeriksaan lanjut menggunakan alat-alat yang lain.

Dalam memilih pengimbas suhu yang sesuai, anda haruslah memastikan bahawa pengimbas suhu tersebut tidak menunjukkan angka suhu yang sama setiap kali imbasan. Tidak ada kerugian untuk anda melaburkan sedikit wang untuk sebuah termometer yang bagus. Ia jugalah kelak yang akhirnya akan menyelamatkan nyawa anda, walaupun peranannya remeh dan kecil.

Ini senarai termometer yang kami cadangkan untuk anda :

  1. Digital Infrared Thermometer – https://invol.co/cl5iip8
  2. Infrared Thermometer Temperature – https://invol.co/cl5iipr

4. Kit ujian kendiri COVID-19

Ini 4 Alat Kesihatan Yang Wajib Ada Di Rumah Untuk Anda Pantau Gejala Awal COVID-19

Dengan kit ujian kendiri COVID-19 ini, anda boleh mengetahui sama ada anda dijangkiti COVID-19 di peringkat awal dan ianya boleh dilakukan di rumah sahaja. Antara kit ujian kendiri yang telah diluluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia adalah jenama Salixium Covid-19 (RM39.90), Gmate Covid-19 Ag Saliva Untuk Kegunaan Rumah (RM39.90) dan Ujian Cepat Antigen JusChek Covid-19 (RM29). Sehingga 23 Julai 2021, terdapat 5 kit ujian kendiri yang telah diluluskan oleh MDA untuk kegunaan orang awam dan dijual di farmasi.

Untuk melihat senarai kit ujian kendiri terkini yang diluluskan oleh KKM, anda boleh menekan pautan ini : Senarai Kit Ujian Kendiri COVID-19 Yang telah Mendapat Kelulusan Bersyarat

Kit ujian kendiri terutamanya jenama Salixium menunjukkan sensitiviti yang tinggi iaitu 91.23 peratus, manakala ketepatannya ialah 100 peratus. Ujian sampel menggunakan Salixium juga mendapati keputusannya adalah sama dengan keputusan oleh makmal IMR KKM.

Kit ujian kendiri ini boleh didapati di farmasi ataupun boleh dibeli di aplikasi MySejahtera.

COVID-19 kini sudah ada di mana-mana. Sebagai langkah berwaspada, lengkapilah rumah anda dengan peralatan ini agar anda sentiasa dapat memantau tahap kesihatan anda.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Fakta Menarik Tentang John Beasley, Jurulatih Berbasikal Trek Yang Sangat ‘Sayang’ Pada Atlet Malaysia
Next Article Whatsapp Lancar Tetapan Yang Bolehkan Anda Hantar Gambar Tanpa Bimbang Piksel Pecah

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?