• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Whatsapp Lancar Tetapan Yang Bolehkan Anda Hantar Gambar Tanpa Bimbang Piksel Pecah

Oleh
Ismail NA
12 Ogos 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

WhatsApp baru sahaja lancarkan pilihan tetapan baharu.

Whatsapp Lancar Tetapan Yang Bolehkan Anda Hantar Gambar Tanpa Bimbang Piksel Pecah. Walau pun ramai yang menggunakan WhatsApp untuk tujuan komunikasi harian dan sebagainya, namun ia bukanlah platform terbaik untuk berkongsi gambar yang mengekalkan kualiti tinggi gambar tersebut.

Isi Isi Penting
  • WhatsApp baru sahaja lancarkan pilihan tetapan baharu.
  • Fungsi tetapan baru ‘Media Upload Quality’
  • Muat naik gambar sebagai dokumen tetap opsyen terbaik
  • Ketahui juga jenis-jenis penipuan dalam talian dan cara untuk menghindarinya :

Apatah lagi untuk tujuan pembikinan kerja-kerja grafik dan kreatif yang memerlukan sesebuah gambar mempunyai resolusi yang tinggi. Kalau ada yang hantar gambar melalui Whatsapp, mesti rasa nak menyirap jer.

Whatsapp Lancar Tetapan Yang Bolehkan Anda Hantar Gambar Tanpa Bimbang Piksel Pecah

Setiap gambar yang dihantar melalui pilihan muat naik gambar di Whatsapp sebenarnya akan dikurangkan resolusinya 30% daripada yang asal. Hal ini adalah bagi menjimatkan ruang dan membolehkan transmisi yang lebih cepat. Oleh sebab itu, jika anda perasan, gambar yang dihantar melalui Whatsapp akan nampak sedikit kabur dan ‘pecah’ dan ini semestinya tidak ideal untuk kerja-kerja yang mementingkan kualiti gambar.

Kalau gambar selfie, tak mengapalah juga kan?

Fungsi tetapan baru ‘Media Upload Quality’

Tetapi nampaknya Whatsapp telah mengumumkan solusi baharu untuk masalah ini (yang sepatutnya telah diselesaikan lama -_-‘). Yeay!

Tetapan ini dinamakan sebagai ‘Media Upload Quality’. Untuk mengaktifkan tetapan ini, anda perlu pergi ke bahagian tetapan ‘Setting’ > wp-content/uploads and Data > Media Upload Quality.

Whatsapp Lancar Tetapan Yang Bolehkan Anda Hantar Gambar Tanpa Bimbang Piksel Pecah
Whatsapp Lancar Tetapan Yang Bolehkan Anda Hantar Gambar Tanpa Bimbang Piksel Pecah

Di sini anda akan mendapati bahawa anda diberi pilihan tahap kualiti yang anda mahukan untuk setiap muat naik gambar anda. Anda tak nak gambar anda pecah-pecah? Sila pilih ‘Best quality’. Perlu diingat bahawa jika anda memilih untuk mengaktifkan tetapan ini, gambar yang anda hantar mungkin akan mengambil sedikit masa kerana saiz gambar yang dihantar adalah mengikut saiz sebenar.

Whatsapp Lancar Tetapan Yang Bolehkan Anda Hantar Gambar Tanpa Bimbang Piksel Pecah

Setakat ini, hanya medium gambar sahaja mempunyai tetapan untuk kualiti tinggi ini. Medium untuk video pula belum ada fungsi pilihan tetapan ini.

Muat naik gambar sebagai dokumen tetap opsyen terbaik

Anda tak ada pilihan tetapan ini? Bagi sesetengah pengguna yang belum menerima tetapan ini, anda mungkin akan ditawarkan fungsi ini dalam masa terdekat. Anda juga perlu pela dengan kemas kini terbaharu di aplikasi Play Store atau App Store.

Walau bagaimanapun, jika anda mahu gambar anda berada dalam kualiti terbaik dan tidak terjejas, anda boleh menggunakan pilihan muat naik dokumen di Whatsapp dan pilih sahaja gambar anda. Tak perlu susah-susah pun sebenarnya.

Ketahui juga jenis-jenis penipuan dalam talian dan cara untuk menghindarinya :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 4 Alat Kesihatan Yang Wajib Ada Di Rumah Untuk Anda Pantau Gejala Awal COVID-19
Next Article Filem Janet Sumpah Terlarang Akan Ditayangkan Di Astro First 19 Ogos Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?