I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 5 Hidangan Yang Wajib Ada Ketika Anda Berbuka Puasa

Oleh Farisha
23 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kelazatan Berbuka Puasa Tidak Lengkap Tanpa 5 Hidangan Ini

Ini 5 Hidangan Yang Wajib Ada Ketika Anda Berbuka Puasa. Apabila kita menyebut tentang bulan Ramadan, tentunya anda dapat membayangkan kemeriahan yang terpancar pada bulan itu, betul?

Apatah lagi apabila teringat kepada Bazaar Ramadan dan pelbagai pilihan hidangan yang ditawarkan, boleh rambang mata dan tidak dapat membuat pilihan. Namun, antara banyak-banyak hidangan di Bazaar, terdapat 5 makanan yang dianggap wajib ada ketika waktu berbuka puasa.

1. Kuih-muih

Ini 5 Hidangan Yang Wajib Ada Ketika Anda Berbuka Puasa
Ini 5 Hidangan Yang Wajib Ada Ketika Anda Berbuka Puasa. Sumber: jomexplore

Untuk sesetengah orang, tidak lengkap hidangan berbuka puasa kalau tidak ada kuih-muih. Antara kuih yang mendapat sambutan di kala bulan Ramadan biasanya ialah pulut panggang, samosa, kuih cara berlauk, kuih seri muka dan banyak lagi!

2. Murtabak & roti john

Ini 5 Hidangan Yang Wajib Ada Ketika Anda Berbuka Puasa
Ini 5 Hidangan Yang Wajib Ada Ketika Anda Berbuka Puasa. Sumber: majalahpama

Kalau anda perasan, gerai murtabak dan roti john adalah antara gerai yang paling mendapat sambutan di Bazaar Ramadan dan biasanya memang kena beratur panjang sikit kalau nak beli dua makanan ini.

Tapi, apalah sangat setakat beratur tu yang penting ada murtabak dan roti john dekat atas meja untuk berbuka nanti kan?

3. Nasi wajib ada

Nasi dengan orang Malaysia memang tidak boleh dipisahkan, tengok sahajalah variasi pilihan nasi yang ditawarkan dekat Bazaar Ramadan. Dari nasi lemak, nasi berlauk sampailah ke nasi minyak dan nasi kerabu semuanya sedap-sedap belaka! Buat kita jadi tidak tentu arah nak memilih.

4. Air buah

Air buah adalah pilihan paling ideal untuk berbuka puasa! Rasa manis buahan-buahan yang segar bersama ais batu yang menyamankan. Fuhh.. Tak cukup segelas rasanya. Lagi-lagi kalau dapat air tembikai, memang layan geng.

5. Pencuci mulut

Tak lengkap rasanya berbuka tanpa pencuci mulut ataupun manisan. Pilihan manisan yang sering menjadi tumpuan pada bulan puasa ini mestila tepung pelita dan cendol!

Cendol itu nak pula makan sebaik sahaja berbuka, memang lega rasanya tekak yang sudah seharian menahan haus.

Baca juga artikel yang berkaitan:

4 Makanan Sihat Terbaik Untuk Berbuka Puasa Di Bulan Ramadan
Resipi Tular Di TikTok, Popia ‘Big Mac’ Sempurnakan Moreh Anda
SUMBER :The Vocket
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Mungkin Kuih Minggu Lepas Dijual’, Wanita Kecewa Kuih Berkulat Di Bazar Ramadan
Next Article Sukar Kawal Kesedihan, Keluarga Muhd Nazmie Aizat Masih Dalam Keadaan Terkejut

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?