• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sukar Kawal Kesedihan, Keluarga Muhd Nazmie Aizat Masih Dalam Keadaan Terkejut

Oleh
Husna Hazmi
23 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Keluarga Allahyarham enggan mengeluarkan apa-apa kenyataan

Sukar Kawal Kesedihan, Keluarga Muhd Nazmie Aizat Masih Dalam Keadaan Terkejut. Dipetik dari laporan Harian Metro, keluarga pelajar yang meninggal dunia dipercayai akibat dibelasah rakan asrama di Kolej Vokasional Lahad Datu semalam enggan mengeluarkan apa-apa komen berhubung tragedi yang menimpa mangsa.

Ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu pada hari ini, salah seorang ahli keluarga mangsa meminta diberikan ruang dan enggan diganggu.

Sukar Kawal Kesedihan, Keluarga Muhd Nazmie Aizat Masih Dalam Keadaan Terkejut
Sukar Kawal Kesedihan, Keluarga Muhd Nazmie Aizat Masih Dalam Keadaan Terkejut. Sumber foto: Facebook KV d’Media

Buat masa ini kami tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan.

“Harap maklum,” katanya ringkas kepada media, hari ini.

Ahli keluarga mangsa dilihat masih terkejut dan sukar menahan kesedihan atas tragedi yang telah berlaku terhadap pelajar terbabit.

Semalam, Allahyarham Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan yang berusia 17 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas pada 6.50 pagi.

Sukar Kawal Kesedihan, Keluarga Muhd Nazmie Aizat Masih Dalam Keadaan Terkejut
Sumber foto: Facebook TawauSyurga

Pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu dengan program Bioteknologi

Mangsa pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu dengan program Bioteknologi berkenaan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad dilaporkan, punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham antara mangsa dengan pelajar lain yang menghuni asrama berkenaan.

Beliau berkata seramai 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Lagi lanjut mengenai kes ini di sini:

KPM Tidak Kompromi Buli, Sedia Beri Kerjasama Penuh Kes Pelajar Kolej Vokasional Meninggal Dunia
Maut Dibelasah Rakan Asrama, 13 Pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Ditahan
SUMBER :Harian Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Hidangan Yang Wajib Ada Ketika Anda Berbuka Puasa
Next Article Sarawak Minta Beberapa Perubahan Dibuat Dalam PADU - Abdul Karim Sarawak Minta Beberapa Perubahan Dibuat Dalam PADU – Abdul Karim

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?