• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Resipi Tular Di TikTok, Popia ‘Big Mac’ Sempurnakan Moreh Anda

Oleh
Farisha
20 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Meraih lebih 1 juta tontonan, popia Big Mac yang senang dan lazat, diilhamkan daripada burger Big Mac di McDonald’s

Resipi Tular Di TikTok, Popia ‘Big Mac’ Sempurnakan Moreh Anda. Tanpa kita sedari, hari ini merupakan hari kelapan dalam bulan Ramadan dan sudah pasti ada di antara kita yang merasa penat untuk memikirkan juadah untuk waktu berbuka puasa, moreh dan sahur.

Biasanya kita sering mendengar orang membuat resipi Popia Carbonara. Namun, apa kata kita mencuba resipi popia ‘Big Mac’ kali ini yang sedang tular di TikTok. Difahamkan, resipi yang dipanggil ‘Big Mac’ ini sebenarnya ia diilhamkan daripada burger Big Mac yang dijual di McDonald’s.

Jom kita ikut resipi popia Big Mac yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @akiejack ini. Video tersebut telah meraih lebih 1 juta tontonan di laman TikTok.

Resipi Tular Di TikTok, Popia 'Big Mac' Sempurnakan Moreh Anda
Resipi Tular Di TikTok, Popia ‘Big Mac’ Sempurnakan Moreh Anda

Bahan-bahan yang diperlukan:

Daging cincang, bawang putih, bawang holland, lada hitam, garam, jeruk, mayonis, mustard, sos cili, sos tomato, kulit popia dan kepingan keju.

Cara membuat inti daging:

1. Pertama sekali, tumiskan bawang putih dan bawang holland yang telah dipotong sehingga aromanya naik.
2. Kemudian, masukkan daging cincang, lada hitam dan sedikit garam.
3. Gaulkan sehingga rata dan siap.

Cara membuat sos ‘Big Mac’:

1. Potongkan jeruk terlebih dahulu.
2. Masukkan mayonis, mustard, sos cili dan sos tamoto.
3. Kemudian, masukkan jeruk yang telah dipotong dan masukkan juga bawang dipotong kecil.
4. Gaul rata kesemua bahan dan siap.

Cara membuat popia ‘Big Mac’:

1. Letakkan kulit popia di atas pinggan.
2. Letakkan kepingan keju diatas kulit popia.
3. Kemudian, inti daging yang sudah siap tadi diletakkan di atas keju.
4. Sos ‘Big Mac’ pula diletakkan sedikit diatas inti daging tadi.
5. Kemudian, gulungkan kulit popia tadi dan letakkan sedikit air tepung untuk gamkan popia agar tidak terbuka.
6. Goreng sehingga warna kuning keemasan.
7. Siap, sedia dimakan bersama sos ‘Big Mac’.

@akiejack

Layan ni makan time moreh 🤤 #bigmac #popia #springrolls #bigmacpopia #akiemasak #bolehtakkantakboleh #kongsibersama #kongsiselera #ramadan #puasa #raya2024 #resipi

♬ original sound – AkieJack – AkieJack

Resipi popia ini menggunakan inti isi yang menyerupai rasa burger Big Mac dengan lapisan kulit popia yang rangup dan berkremis. Ia memberikan pengalaman menikmati rasa burger Big Mac dalam bentuk popia yang istimewa untuk dinikmati ketika berbuka puasa atau moreh.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Ini Resipi Mudah Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak
Minum Petang Di Sarawak Bersama Kuih Klasik Tempatan
SUMBER :The Vocket
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mangsa Terakhir Selamat Tragedi Bot Karam Di Kapit Telah Hembuskan Nafas Terakhir Mangsa Terakhir Selamat Tragedi Bot Karam Di Kapit Telah Hembuskan Nafas Terakhir
Next Article Dua Rakan Dipenjara 6 Enam Bulan, Curi Motosikal Di Sama Jaya Dua Rakan Dipenjara 6 Enam Bulan, Curi Motosikal Di Sama Jaya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?