• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sentiasa Berwaspada, JBPM Gesa Sarawak Untuk Siap Siaga Lebih Awal Hadapi Banjir

Oleh
Nazihah AN
22 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Sentiasa Berwaspada, JBPM Gesa Sarawak Untuk Siap Siaga Lebih Awal Hadapi Banjir

Pihaknya turut berkongsi maklumat tentang persediaan mencegah banjir menerusi Facebook.

Sentiasa Berwaspada, JBPM Gesa Sarawak Untuk Siap Siaga Lebih Awal Hadapi Banjir. Telah dilaporkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak gesa orang ramai di Sarawak, khususnya yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai dan laut supaya berwaspada dengan banjir dan cuaca hujan yang kerap ketika ini.

Isi Isi Penting
  • Pihaknya turut berkongsi maklumat tentang persediaan mencegah banjir menerusi Facebook.
  • Tambah beliau, ianya termasuk mengenal pasti Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berdekatan dengan rumah berkenaan.
  • Hubungi pihak keselamatan yang terdekat sekiranya memerlukan bantuan untuk dipindahkan.
  • Lagi di sini:

Dipetik dari Utusan Malaysia, Pengarah JBPM Sarawak, Datuk Khirudin Drahman berkata pasukannya kini pada tahap 90 peratus sedia dari segi peralatan darat dan air.

Dengan mendapatkan maklumat berkaitan PPS dan langkah pencegahan banjir, pihaknya berkongsi maklumat tentang keadaan banjir dan persediaan mencegah banjir melalui garis panduan yang dikongsi menerusi laman Facebook JPBM Sarawak.

Sentiasa Berwaspada, JBPM Gesa Sarawak Untuk Siap Siaga Lebih Awal Hadapi Banjir
Sumber gambar: BERNAMA
Sentiasa Berwaspada, JBPM Gesa Sarawak Untuk Siap Siaga Lebih Awal Hadapi Banjir
Sumber gambar: Utusan

Tambah beliau, ianya termasuk mengenal pasti Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berdekatan dengan rumah berkenaan.

“Selain itu, orang ramai perlu mengenal pasti kawasan masing-masing khasnya kawasan yang mudah dinaiki air untuk lebih bersedia dan berwaspada.”

Turut dijelaskan oleh beliau bahawa orang ramai juga perlu bersiap sedia untuk berpindah apabila paras air tinggi selain menyediakan alat kelengkapan ikhtiar hidup dan bekalan tambahan seperti makanan, air bersih, ubat-ubatan dan keperluan harian.

Sentiasa Berwaspada, JBPM Gesa Sarawak Untuk Siap Siaga Lebih Awal Hadapi Banjir
Sumber gambar: FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Hubungi pihak keselamatan yang terdekat sekiranya memerlukan bantuan untuk dipindahkan.

Pada sidang media awal Oktober lalu, Khirudin menyatakan bahawa JBPM Sarawak telah mengenal pasti 349 lokasi berisiko banjir di seluruh negeri pada musim Monsun Timur Laut.

Menurut Pengarah JBPM Sarawak tersebut, pihaknya juga telah mengenalpasti 97 jalan yang mudah putus dan 77 lokasi tanah runtuh di seluruh Sarawak.

Sehubungan itu, beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa peka akan keadaan sekeliling mereka dan menghubungi pihak keselamatan yang terdekat sekiranya memerlukan bantuan untuk dipindahkan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MYDIN Cawangan Sri Muda Dipecah Masuk Oleh Mangsa Banjir, Pengerusi MyDin Menghalalkan Mereka MYDIN Cawangan Sri Muda Dipecah Masuk Oleh Mangsa Banjir, Pengerusi MyDin Menghalalkan Mereka
Next Article Ini 5 Kompilasi Kisah Rakyat Jaga Rakyat Semasa #DaruratBanjir Ini 5 Kompilasi Kisah Rakyat Jaga Rakyat Semasa #DaruratBanjir

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?