I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini 5 Lokasi ‘Street Coffee’ Yang Murah Dan Sedap Di Kuching
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Ini 5 Lokasi ‘Street Coffee’ Yang Murah Dan Sedap Di Kuching

Aina Syafiqah Musa 17 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

5 lokasi street coffee yang murah dan sedap di sekitar kuching

Ini 5 Lokasi ‘Street Coffee’ Yang Murah Dan Sedap Di Kuching. Mengidam kopi yang murah tapi sedap? Perlukan kopi untuk menambah tenaga untuk bekerja? Atau mencari kedai kopi yang sedap untuk dicuba?

Sekiranya anda peminat kopi, ini merupakan 5 kedai kopi yang berkonsepkan “street coffee” yang boleh anda dapati di sekitar jalan di kawasan Kuching.

Ini 5 Lokasi 'Street Coffee' Yang Murah Dan Sedap Di Kuching
Ini 5 Lokasi ‘Street Coffee’ Yang Murah Dan Sedap Di Kuching

Walaupun hanya di buka di tepi jalan, rasa setiap kopi yang dijual setanding dengan kopi-kopi yang dijual di kafe mahupun restoran tau.

Jom kita cuba 5 “street coffee” di sekitar Kuching ini.

1. Kopi Hainan

Sebut sahaja mengenai Kopi Hainan, pasti jenama kopi ini tidak asing lagi bagi penggemar “street coffee”. Kopi Hainan ala-ala Vietnam ini telah membuka banyak cawangan di sekitar Kuching. Antara menu best seller mereka ialah Kopi Hainan Signature Premium yang dilengkapi dengan Choclate Hersheys serta ditambah whipped cream dan caramel dalam satu cawan.

Terkenal dengan tagline “Premium Taste Street Price”, Kopi Hainan menyediakan harga yang berpatutan dengan cita rasa yang premium. Cawangan Kopi Hainan ini boleh didapati di Petra Jaya, Tabuan Jaya dan Jalan Tol.

Ini 5 Lokasi 'Street Coffee' Yang Murah Dan Sedap Di Kuching
Antara signature menu yang dijual. Kredit Foto: Facebook Kopi Hainan

2. Kopi Kartel

Walaupun kiosk kopi ini kelihatan “premium”, namun harga kopi yang dijual amat berpatutan. Hanya dengan berbekalkan serendah RM 6, anda boleh menikmati secawan kopi dengan rasa “mewah”.

Walaupun hanya beroperasi di tepi jalan, namun Kopi Kartel ini turut menyediakan kopi-kopi cita rasa premium seperti Hazelnut Latte, Butterscotch Latte dan sebagainya. Kiosk kopi ini terletak di Jalan Astana dan waktu operasi mereka adalah pada setiap hari daripada jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Ini 5 Lokasi 'Street Coffee' Yang Murah Dan Sedap Di Kuching
Kredit Foto: Facebook Faezah Jainudin

3. Sumoado Coffee

Berkonsepkan “unique classic van”, Sumoado Coffee ini memilih untuk tampil kreatif dan unik dengan mengubah van menjadi sebuah kedai kopi di tepi jalan. Terletak di BDC berhadapan dengan Saradise, kedai ini dibuka pada setiap hari kecuali pada hari jumaat. Waktu operasi mereka pula bermula pada pukul 11 pagi sehingga 6 petang.

Sumoado Coffee ini hanya menjual premium coffee tetapi dijual dengan harga berpatutan dengan harga serendah RM 5.

Ini 5 Lokasi 'Street Coffee' Yang Murah Dan Sedap Di Kuching
Kredit Foto: Facebook Sumoado Enterprise

4. Junkies KCH

Terletak di Supermarket LePapa Matang, kiosk kopi yang berkonsepkan food truck ini menawarkan homemade brew coffee. Keunikan pada kedai ini ialah mereka menggunakan biji-biji kopi lokal daripada Sarawak dan juga “breed coffee bean”.

Biji-biji kopi tersebut akan dibrew segar kepada pembeli dan menjadikan kopi mereka unik daripada kedai-kedai street coffee yang lain. Food Truck mereka ini beroperasi pada setiap hari kecuali pada hari sabtu dan dibuka pada jam 8:30 pagi sehingga 5:30 petang.

Ini 5 Lokasi 'Street Coffee' Yang Murah Dan Sedap Di Kuching
Kredit Foto: Facebook Afrida Amira

5. Juh Ngopi

Bagi penggemar kopi dan pencuci mulut pula, jangan lupa untuk singgah di Juh Ngopi ini kerana mereka menawarkan pelbagai jenis minuman kopi dan pencuci mulut. Juh Ngopi ini menggunakan kopi kampung yang diolah dengan cara moden untuk memberi kelainan kepada kopi mereka.

Terletak berhampiran Myvillagebarok, kedai ini dibuka pada setiap hari kecuali pada hari isnin dan dibuka pada jam 4 petang sehingga 11 malam. Antara menu unik di kedai ini adalah Kopi Yogurt iaitu gabungan antara kopi Aina dan yogurt yang memberi rasa masam-masam manja dengan rasa pahit manis daripada kopi.

Ini 5 Lokasi 'Street Coffee' Yang Murah Dan Sedap Di Kuching
Kredit: FB Umiee Aqillah

Sekiranya anda peminat kopi, jangan lupa untuk kunjungi kafe ini:

SUMBER : Facebook Faezah Jainudin, Facebook Junkies KCH, Facebook Kopi Hainan, Facebook Sumoado Enterprise, Facebook Juh Ngopi
Aina Syafiqah Musa 17 Julai 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali 4 Makanan Unik Dan Khas Hanya Ada Di Sarawak
Next Article Laluan ART Akan Terus Disambung Ke Gedong Laluan ART Akan Terus Disambung Ke Gedong Dalam Masa 3 Tahun Lagi

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Tempat Makan

‘Kopilih Aku Atau Dia’, Nama Menu Minuman Stall Di Tawau Ini Cuit Hati Netizen

10 Ogos 2022
Tempat Makan

Jom Ngopi! The Coffee Bean & Tea Leaf Kini Dibuka Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

9 Ogos 2022
Suasana Tenang Sambil Menikmati Nasi Lemak, Jom Sarapan Di Peanuts Anchovies Di Kuching
Tempat Makan

Suasana Tenang Sambil Menikmati Nasi Lemak, Jom Sarapan Di Peanuts Anchovies Di Kuching

8 Ogos 2022
Tempat Makan

6 Cafe Western Menarik Anda Perlu Kunjungi Di Samarahan

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?