• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Sarawak Luah Realiti Mengapa Anak Rantau Ragu-Ragu Pulang Bekerja Di Sarawak

Oleh
Farisha
6 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Anak Sarawak di Semenanjung tidak mahu pulang kerana perbezaan gaji dan peluang pekerjaan

Lelaki Sarawak Luah Realiti Mengapa Anak Rantau Ragu-Ragu Pulang Bekerja Di Sarawak. Melalui perkongsian seorang lelaki Sarawak di TikTok, beliau menyuarakan pendapat dan keluhannya berkaitan kenyataan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang menyeru anak-anak Sarawak di Semenanjung pulang ke Sarawak bagi menyumbang pembangunan Sarawak.

“Saya ingin bertanya kepada YB, ada tak YB membuat kajian kenapa kami (anak Sarawak) yang merantau di tanah Semenanjung Malaysia ni lebih memilih untuk kerja di sini,” ujarnya di laman TikTok miliknya.

Lelaki Sarawak Luah Realiti Mengapa Anak Rantau Ragu-Ragu Pulang Bekerja Di Sarawak
Lelaki Sarawak Luah Realiti Mengapa Anak Rantau Ragu-Ragu Pulang Bekerja Di Sarawak. Sumber: TikTok

Masalah perbezaan gaji antara di Semenanjung dan di Sarawak

Menurut lelaki itu, salah satu sebab mereka memilih bekerja di Semenanjung adalah kerana perbezaan gaji minimum yang besar antara bekerja di Sarawak dan di Semenanjung. Walaupun mereka mahu bekerja dan berkhidmat untuk negeri sendiri, jurang gaji yang besar ini memaksa mereka merantau ke negeri orang.

“Kami ni YB, kami taknak bekerja jauh-jauh, kami nak bekerja dekat tanah air kami sendiri, untuk berkhidmat di negeri sendiri tetapi disebabkan perbezaan jurang gaji yang terlampau tinggi, kami terpaksa memilih untuk merantau ke negeri orang,” ujarnya di laman TikTok miliknya.

Jika gaji dan lebih banyakpeluang pekerjaan diwujudkan, kebanyakan anak Sarawak akan balik tanah air sendiri

Dalam pada itu, dia menyatakan bahawa mereka akan balik bekerja di Sarawak sekiranya gaji yang ditawarkan mencukupi serta lebih banyak peluang pekerjaan yang diwujudkan.

“Bayangkan kalau kami kerja di Semenanjung lepas tu kami nak balik ke Sarawak pun dah mengeluarkan modal yang besar sebab nak beli tiket penerbangan untuk balik terutamanya pada hari perayaan, harga tiket mencecah ribuan ringgit.

“Dengan keadaan ekonomi sekarang, gaji di Semenanjung pun cukup-cukup makan, apatah lagi kami balik ke Sarawak, macam mana kami nak bagi keluarga makan, nak menyara hidup sendiri, nak bayar komitmen dan sebagainya.

@lelakisarawak_

Minima gaji rendah dan peluang pekerjaan terhad isu itu yang perlu diberi perhatian terlebih dahulu #anaksarawak #anakrantau #ybsimkuihian #pekerjaanterhad #gajirendah #lelakisarawakbebel

♬ original sound – 𝐿𝑒𝑙𝑎𝑘𝑖𝑆𝑎𝑟𝑎𝑤𝑎𝑘_® – 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤_®

Berharap agar pihak berkuasa akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan naikkan gaji minimum

Dia juga menghadapi kesukaran mendapat pekerjaan di sektor awam Sarawak walaupun telah memohon. Oleh itu, beliau menyeru pihak YB mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta meningkatkan gaji minimum untuk membolehkan anak Sarawak berkhidmat di negeri sendiri.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Gaji Hanya RM1,170 Sebulan, Isteri Tinggalkan Suami Selepas 3 Hari Berkahwin
Demi Kejar Gaji Besar, 8 Anak Sarawak Didera Dan Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Di Myanmar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Lokasi Street Coffee Yang Murah Dan Highly Recommended Di Kuching Ini 5 Lokasi Street Coffee Yang Murah Dan Highly Recommended Di Kuching
Next Article TYT Sarawak Dan Isteri Bakal Hadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Di BCCK TYT Sarawak Dan Isteri Bakal Hadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Di BCCK

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?