• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Belasah Isteri Hingga Maut, Lelaki Dari Siburan Berdepan Hukuman Penjara 10 Tahun

Oleh
Aina Musa
6 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Belasah Isteri Hingga Maut, Lelaki Dari Siburan Berdepan Hukuman Penjara 10 Tahun

Sanggup belasah isteri hingga maut

Belasah Isteri Hingga Maut, Lelaki Dari Siburan Berdepan Hukuman Penjara 10 Tahun. Seorang lelaki 42 tahun telah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuching atas pertuduhan membunuh isterinya tanpa niat di Siburan, bulan lepas.

Abang Ahmad Zaki Mohd Ladi membuat pengakuan sebelum hakim Musli Ab Hamid yang menetapkan 9 Mac untuk hukuman dan memerintahkan tertuduh ditahan selanjutnya di Penjara Puncak Borneo sehingga tarikh tersebut.

Belasah Isteri Hingga Maut, Lelaki Dari Siburan Berdepan Hukuman Penjara 10 Tahun. Sumber: The Borneo Post

Menurut laporan daripada The Borneo Post, Abang Ahmad Zaki didakwa di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian isterinya, 43, di sebuah rumah di Taman Duranda Emas, Jalan Kuching-Serian pada jam 8.30 pagi pada 22 Januari.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian, manakala tertuduh tidak diwakili.

Berdasarkan laporan berita sebelum ini, Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata tertuduh telah dihalau keluar dari rumah oleh isterinya pada 8 Januari, tetapi kembali pada 22 Januari untuk mengambil pakaiannya.

Beliau berkata semasa perbincangan tentang perkahwinan mereka, lelaki itu menolak isterinya ke atas sofa dan menyebabkan kecederaan serius kepada mangsa.

Wanita itu sempat menelefon ahli keluarganya untuk meminta pertolongan. Susulan itu, polis telah menangkap tertuduh untuk siasatan.

Pada malam berikutnya bagaimanapun, dia mengadu sakit di kawasan telinganya sebelum tidak sedarkan diri di rumahnya, dan disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan.

Baca lagi artikel menarik:

Berang Ditegur Tidak Bekerja, Wanita Maut Dibelasah Suami Di Siburan
Tular Surat Terbuka Kepada Rakyat Sarawak, Raghad Mohon Henti Spekulasi Jahat
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bagai Tidur Di Angkasa, Ini 9 Senarai Hotel Kapsul 'Mesti Tempah' di Sabah Bagai Tidur Di Angkasa, Ini 9 Senarai Hotel Kapsul ‘Mesti Tempah’ Di Sabah
Next Article Ini 5 Lokasi Street Coffee Yang Murah Dan Highly Recommended Di Kuching Ini 5 Lokasi Street Coffee Yang Murah Dan Highly Recommended Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?