• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 5 Pelan Internet Pra-Bayar Super Murah, Jimat Dan Rahmah Untuk 2023

Oleh
Ismail NA
25 Mac 2023
Kongsi
6 Min Bacaan

Cuba usha pelan internet data ini kalau anda nak jimatkan perbelanjaan tahun ini.

Ini 5 Pelan Internet Pra-Bayar Super Murah, Jimat Dan Rahmah Untuk 2023. Akses kepada internet boleh dikatakan sebagai sesuatu yang sangat-sangat diperlukan pada masa kini. Nak layan Youtube, cari maklumat di Google, mahu pun menonton filem kegemaran di platform penstriman, semuanya perlukan internet!

Isi Isi Penting
  • 5. Unifi Prepaid #BEBAS Unlimited (RM 35)
  • 4. Celcom Xpax Unlimited (RM 35)
  • 3. Digi Prepaid NEXT Unlimited (RM 40)
  • 2. U Mobile Unlimited Prepaid U40 (RM 40)
  • 1. Hotlink Unlimited (RM 40)

Tapi, internet saja tidak mencukupi. Kenalah ada kelajuan yang mantap. Namun, untuk mendapatkan internet berkelajuan tinggi, banyak juga pilihan pelan. Ada yang mahal, tapi kalau pandai memilih dan menilai, boleh dapat dengan harga rahmah tau! Maklumlah, sekarang ni ekonomi pun tidak menentu. Mestilah kita nak berjimat-cermat.

Gambar hiasan. Kredit foto: Jacob Owens via Unsplash.com

Dalam artikel kali ini, kami senaraikan pelan-pelan internet pra-bayar yang ditawarkan pada harga yang murah, berpatutan dan tentunya boleh mengurangkan perbelanjaan anda!

5. Unifi Prepaid #BEBAS Unlimited (RM 35)

Selain menyediakan liputan internet home fibre, Unifi juga menawarkan pelan internet pra-bayar untuk pengguna yang mahu setia dengan jenama ini untuk penggunaan internet di telefon. Antara kelebihannya adalah nombor anda tidak akan luput selagi anda aktif menggunakannya dan memiliki pelbagai opsyen data. Namun, capaian Unifi ini belum begitu meluas terutamanya di kawasan pinggir bandar Sabah dan Sarawak.

Ini 5 Pelan Internet Pra-Bayar Super Murah, Jimat Dan Rahmah Untuk 2023
Ini 5 Pelan Internet Prepaid Super Murah, Jimat Dan Berbaloi Di Tahun 2023

Kelebihan

  • Pilihan add-ons yang pelbagai
  • Kredit tidak luput selagi nombor anda aktif
  • Panggilan tanpa had ke semua nombor tanpa mengira jenis rangkaian
  • Hotspot 10 GB

Kekurangan

  • Polisi kesamarataan penggunaan (fair usage policy) yang kurang jelas, tidak menyatakan had GB terutamanya dalam penggunaan data 4G dan 5G tanpa had.
  • Kawasan liputan yang kurang menyeluruh terutamanya di Sabah dan Sarawak.

4. Celcom Xpax Unlimited (RM 35)

Jika anda lebih menitik beratkan tentang kelajuan data anda, anda boleh melanggan pakej Unlimited RM 38 dengan beza hanya RM 3 sahaja untuk menebus internet berkelajuan tinggi sebanyak 5GB. Walau bagaimanapun, pakej ini secara peribadinya kurang berbaloi kerana anda boleh memperbaiki kelajuan internet anda dengan melanggan add-on 6MBps kelajuan internet dengan harga RM 10 yang boleh dinikmati selama 30 hari.

Ini 5 Pelan Internet Pra-Bayar Super Murah, Jimat Dan Rahmah Untuk 2023

Kelebihan

  • Data internet tanpa had dengan kelajuan 3Mbps
  • Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
  • Polisi kesamarataan penggunaan (FUP) yang jelas iaitu sehingga 60GB
  • Capaian internet yang meluas meliputi kawasan pedalaman

Kekurangan

  • Hotspot sedikit (3GB sahaja)
  • Servis internet yang kurang memuaskan
  • Tawaran menarik seperti kelebihan cloud gaming, aplikasi penstriman diletakkan dalam pakej dengan harga yang lebih tinggi

3. Digi Prepaid NEXT Unlimited (RM 40)

DiGi juga merupakan penyedia rangkaian internet yang popular di Malaysia. Pernah terkenal dengan maskot kuning suatu ketika dahulu, tidak dinafikan rangkaian DiGi ini sebenarnya menambat hati penduduk di kawasan luar bandar kerana capaiannya yang turut meliputi kawasan ceruk. Dengan hanya RM 40, anda boleh mendapatkan internet tanpa had berserta 10GB hotspot.

Tapi kekurangannya? Sila skrol untuk mengetahui dengan lanjut.

Ini 5 Pelan Internet Pra-Bayar Super Murah, Jimat Dan Rahmah Untuk 2023

Kelebihan

  • Internet tanpa had dengan kelajuan 6Mbps
  • Hotspot 10GB
  • Panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian

Kekurangan

  • Penggunaan data internet lebih cepat habis berbanding rangkaian lain

2. U Mobile Unlimited Prepaid U40 (RM 40)

U Mobile juga tidak kurang hebatnya. Menduduki tangga kedua terbaik daripada senarai pelan pra-bayar, U Mobile turut menawarkan pelan yang agak kompetitif dengan internet tanpa had dan *tanpa sekatan! Selain itu, anda juga boleh membuat panggilan telefon ke semua rangkaian serta hotspot tanpa had dengan hanya RM 40 sahaja.

Pergh, boleh tahan ya.

Ini 5 Pelan Internet Pra-Bayar Super Murah, Jimat Dan Rahmah Untuk 2023

Kelebihan

  • Internet 4G dan 5G tanpa had pada hujung minggu (tiada sekatan FUP/uncapped)
  • Kelajuan automatik 6Mbps untuk data tanpa had 4G
  • Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
  • Hotspot tanpa had

Kekurangan

  • Kurang capaian di kawasan pinggir bandar dan pedalaman
  • Penggunaan data internet lebih cepat habis berbanding rangkaian lain

1. Hotlink Unlimited (RM 40)

Juara untuk pelan pra-bayar di Malaysia? Berdasarkan pengalaman peribadi dan perbandingan, Hotlink Unlimited ini serba-serbi memenuhi segala aspek. Dengan harga RM 40, anda boleh mendapatkan kesemua ciri-ciri internet, hotspot dan panggilan tanpa had. Lebih-lebih lagi, anda akan diberikan akses kepada internet pantas setiap hari dengan internet pantas tanpa sekatan untuk semua jenis penggunaan pada jam 2 pagi hingga 2 petang. Terbaik!

Ini 5 Pelan Internet Pra-Bayar Super Murah, Jimat Dan Rahmah Untuk 2023
Ini 5 Pelan Internet Pra-Bayar Super Murah, Jimat Dan Rahmah Untuk 2023

Kelebihan

  • Internet berkelajuan tinggi 3Mbps tanpa had
  • Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
  • Hotspot tanpa had
  • Penggunaan internet tanpa had FUP dari jam 2 pagi hingga 2 petang

Kekurangan

  • Capaian internet kurang memuaskan di luar bandar dan kawasan pedalaman.

Pendek kata, di tahun 2023 ini, kebanyakan syarikat penyedia perkhidmatan capaian internet di Malaysia menawarkan pelan data internet dengan harga yang kompetitif dan semestinya menguntungkan pelanggan.

Jadi, buatlah pilihan dengan bijak!

Baca juga tentang capaian 5G yang akan dilancarkan di Sarawak tak lama lagi:

Semua Kawasan Di Bintulu Bakal Menikmati Kelajuan Internet 5G Menjelang Tahun 2024
2 Kehilangan Misteri Yang Diselesaikan Melalui Internet Selepas Beberapa Dekad
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mesra Dompet, Ini 4 Gerai Jual Nasi Lemak Kurang Daripada RM3 Di Sekitar Kuching Mesra Dompet, Ini 4 Gerai Jual Nasi Lemak Kurang Daripada RM3 Di Sekitar Kuching
Next Article Gigih Masak Laksa Sarawak Buat Rakan 'Mat Salleh', Video Wanita Ini Buat Netizen Terliur Gigih Masak Laksa Sarawak Buat Rakan ‘Mat Salleh’, Video Wanita Ini Buat Netizen Terliur

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?