• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Ini Adalah 5 Bencana Buatan Manusia Yang Paling Buruk Pernah Dicatat Dalam Sejarah

Oleh
Husna Hazmi
21 September 2021
Kongsi
7 Min Bacaan

Diharapkan agar kisah ini boleh dijadikan pengajaran buat semua!

Ini Adalah 5 Bencana Buatan Manusia Yang Paling Buruk Pernah Dicatat Dalam Sejarah. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya bersyukur kerana kedudukan negara kita yang sentiasa dilindungi daripada bencana alam pada skala besar. Namun, bukan semua bencana berlaku semula jadi, ada bencana yang berlaku kerana kecuaian dan kerakusan manusia yang sentiasa tamak inginkan sesuatu. Oleh kerana kecuaian ini, ramai nyawa yang tidak berdosa terkorban. Dipetik daripada Iluminasi, mari kita ketahui lima bencana yang paling dashyat dan menggerunkan pernah berlaku di dalam sejarah dunia.

Isi Isi Penting
  • Diharapkan agar kisah ini boleh dijadikan pengajaran buat semua!
  • 1. Kebocoran Gas Bhopal, India
  • 2. Letusan Lumpur Sidoarjo, Indonesia
  • 3. Tumpahan Minyak Deepwater Horizon
  • 4. Lapangan Gaiyu-Tempat Pelupusan Sisa Elektronik
  • 5. Wabak Minamata, Jepun
Ini Adalah 5 Bencana Buatan Manusia Yang Paling Buruk Pernah Dicatat Dalam Sejarah
Ini Adalah 5 Bencana Buatan Manusia Yang Paling Buruk Pernah Dicatat Dalam Sejarah

1. Kebocoran Gas Bhopal, India

Pada malam 2 Disember 1984, sebuah kilang pembuat racun serangga di Bhopal, India mengalami masalah kebocoran sehingga membebaskan gas beracun ke udara. Oleh kerana kejadian itu terjadi di awal pagi ketika majoriti orang sedang tidur, maka ada dikalangan mangsa dipercayai meninggal dunia di dalam tidur. Bencana yang ngeri ini telah meragut sebanyak 3,787 nyawa namun banyak pihak khasnya badan NGO telah mengumumkan angka sebenar korban adalah sekitar 8,000 ke 10,000 orang.

Lebih daripada 40 tan bahan methyl isocyanate dibebaskan pada malam tersebut dan ianya disifatkan sangat toksik sehingga mampu menyebabkan kematian kepada sesiapa yang menghidunya dalam tempoh seminit. Mangsa yang menghidu gas ini akan mengalami rasa terbakar pada tekak dan mata sebelum meninggal dunia.

Sehingga kini, lokasi pekan kecil di mana gas itu tersebar masih belum berjaya dibersihkan sepenuhnya dan penduduk di pekan tersebut ramai dipercayai menghadapi masalah mendapat zuriat yang mempunyai kecacatan pada bahagian mental dan fizikal. Ini merupakan salah satu bencana industri yang amat dasyhat pernah berlaku dalam sejarah dunia.

Ini Adalah 5 Bencana Buatan Manusia Yang Paling Buruk Pernah Dicatat Dalam Sejarah

2. Letusan Lumpur Sidoarjo, Indonesia

Oleh kerana kegagalan syarikat cari gali minyak bernama PT Lpindo Brantas mengikuti garis panduan dan amaran yang telah dikeluarkan, sehingga hari ini sebuah kawasan di Indonesia yang dikenali dengan nama Lusi memuntahkan Lahar lumpur ke udara, setiap hari tanpa henti sehingga menyebabkan kawasan berhampiran ditengelami lumpur setinggi 40 meter, menutupi bumi yang ketika itu masih didiami manusia.

Walaupun tahap kerosakan adalah amat besar, namun jumlah mangsa yang terkorban dipercayai rendah iaitu 13 orang. Malangnya, sebanyak 60,000 buah rumah musnah dalam insiden berkenaan. Proses cari gali yang dilakukan telah menyebabkan berlakunya reaksi di dalam bumi justeru mengakibatkan berlakunya beberapa siri gempa bumi sebelum lubang cari gali itu mengeluarkan lumpur setinggi 200 meter ke udara beberapa hari kemudian. Situasi tersebut diramalkan akan berlanjutan selama 25 ke 30 tahun.

Ini Adalah 5 Bencana Buatan Manusia Yang Paling Buruk Pernah Dicatat Dalam Sejarah

3. Tumpahan Minyak Deepwater Horizon

Tumpahan minyak Deepwater Horizon di salah satu telaga minyak yang terletak di Teluk Mexico merupakan tragedi paling buruk pernah berlaku di pelantar minyak setakat ini. Sebuah letupan berlak akibat kegagalan sistem setelah petugas Deepwater Horizon mencipta sejarah berjaya melakukan penggalian minyak paling dalam di duni, pada kedalaman 10,683 meter jaraknya.

Dalam fasa terakhir penggalian pada 20 April tahun 2010, berlakunya letusan yang telah mengeluarkan air laut setinggi 73 meter, menyebabkan peralatan mereka mula hilang kapasiti untuk mengawal tekanan yang ada. Kemudian, lumpur yang dipenuhi dengan gas methanol mula menggantikan air laut dan mengakibatkan ruangan dalaman pelantar menjadi mudah terbakar.

Sistem peranti keselamatan berjaya diaktifkan namun gagal mengawal kebocoran, dan akhirnya letupan berlaku. Seramai 11 mangsa meninggal dunia akibat letupan dan 115 orang kru selebihnya berjaya diselamatkan. Pelantar minyak tersebut kemudiannya tenggelam ke dasar laut dua hari kemudian dan ianya mengambil masa hampir sebulan untuk menutup kekebocoran minyak tersebut dengan sempurna.

Ini Adalah 5 Bencana Buatan Manusia Yang Paling Buruk Pernah Dicatat Dalam Sejarah

4. Lapangan Gaiyu-Tempat Pelupusan Sisa Elektronik

Bagi mewujudkan peluang pekerjaan, kerajaan China memilih untuk membangunkan sebuah pusat pelupusan barangan elektronik di negara mereka dengan daerah Gaiyu yang terletak di Wilayah Chaoyang menjadi salah satu pusat pembuangan terbesar dunia. Oleh itu, sebanyak 6,000 syarikat ditubuhkan penduduk setempat khas bagi menguruskan proses pelupusan barangan seperti plumbum, gangsa dan emas yang mungkin ada pada barangan-barangan terpakai itu.

Oleh kerana pembukaan perlupusan yang amat besar ini (52 km persegi), aktiviti pertanian seperti menanam padi terbantut kerana keadaan sungai dan kualiti air yang tercemar akibat sisa buangan. Bukan setakat itu sahaja, malah berdasarkan kajian yang telah dibuat mendapati bahawa kesemua kawasan di pekan tersebut berdepan dengan masalah keracunan selepas bahan-bahan beracun dikesan di mana-mana saja yang mampu dimasuki manusia.

Ini Adalah 5 Bencana Buatan Manusia Yang Paling Buruk Pernah Dicatat Dalam Sejarah

5. Wabak Minamata, Jepun

Di sebuah perkampungan nelayan Minamata, Jepun, pada suatu hari terdapat satu peristiwa luar biasa yang berlaku di mana semakin hari, semakin banyak kucing dilihat sengaja terjun ke laut seolah-olah seperti membunuh diri. Selepas kucing, kejadian yang sama mula berlaku kepada penduduk di perkampungan tersebut pula. Ramai penduduk dipercayai mengalami masalah kejang otot dan menghadapi kesukaran bercakap, mendengar dan melihat seakan-akan deria mereka dihalang sesuatu.

Ada kes yang lebih teruk, tubuh mereka menggeletar tanpa sebab dan beberapa orang mula berkelakuan aneh dengan membunuh diri. Empat tahun kemudian pada tahun 1959, didapati bahawa penduduk di perkampungan nelayan tersebut mengalami keracunan merkuri pada tahap kronik. Sebuah kilang petrokimia yang terletak di kawasan tersebut dikatakan merupakan punca kepada peristiwa itu namun mereka menafikan penglibatan mereka.

Ini Adalah 5 Bencana Buatan Manusia Yang Paling Buruk Pernah Dicatat Dalam Sejarah

Oleh kerana perkampungan nelayan tersebut bergantung kepada hasil tangkapan laut, penduduk Minamata yang gemar memakan ikan dipercayai mengalami keracunan daripada ikan yang dimakan itu. Seranai 2,955 orang didapati menghidap keracunan dan 1,748 orang meninggal dunia.

Bantahan terhadap kilang tersebut berjaya membuatkan pihak pengurus kilang berkenaan mengakui telah membuang sebanyak 27 tan bahan merkuri ke dalam kawasan Teluk Minamata. Hanya pada tahun 1968 kilang tersebut berhenti untuk membuang sisa beracun ke dalam air dan sehingga kini, mana-mana waris atau pesakit yang menjadi tempias daripada peristiwa tersebut, perlu ditanggung kos perubatan mereka oleh Chisso Corporation.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Boleh Memudaratkan Mata Dan Mulut, KKM Tegah Penggunaan Kotak Disinfeksi Boleh Memudaratkan Mata Dan Mulut, KKM Tegah Penggunaan Kotak Disinfeksi
Next Article Kedutaan Korea Selatan Di Malaysia Kongsi Cara Untuk Kenalpasti Pelitup Separuh Muka KF Tulen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?