I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kedutaan Korea Selatan Di Malaysia Kongsi Cara Untuk Kenalpasti Pelitup Separuh Muka KF Tulen
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kedutaan Korea Selatan Di Malaysia Kongsi Cara Untuk Kenalpasti Pelitup Separuh Muka KF Tulen

Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 21/09/21 1:26 PM
Kongsi
6 Min Bacaan
Kongsi

Tahukah anda bahawa pelitup muka jenis KF yang diluluskan hanya buatan dari Korea Selatan?

Kedutaan Korea Selatan Di Malaysia Kongsi Cara Untuk Kenalpasti Pelitup Separuh Muka KF Tulen. Pelitup separuh muka adalah suatu keperluan yang mesti dimiliki oleh setiap individu pada masa kini. Selagi COVID-19 masih wujud dan menjangkiti manusia, pelitup separuh muka akan sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Salah satu jenis pelitup separuh muka yang sedang hangat di pasaran adalah pelitup separuh muka jenis KF. Menurut Facebook Kedutaan Korea Selatan di Malaysia, KF merupakan singkatan kepada ‘Korea Filter’ dan terbahagi kepada 3 jenis iaitu KF80, KF94, KF99 atau KF-AD. Nombor yang berada di belakang huruf KF tersebut menandakan tahap keberkesanan tapisannya (80%, 94%, 99% dan Anti-Droplet).

Kedutaan Korea Selatan Di Malaysia Kongsi Cara Untuk Kenalpasti Pelitup Separuh Muka KF Tulen
Kedutaan Korea Selatan Di Malaysia Kongsi Cara Untuk Kenalpasti Pelitup Separuh Muka KF Tulen
Kedutaan Korea Selatan Di Malaysia Kongsi Cara Untuk Kenalpasti Pelitup Separuh Muka KF Tulen
Sumber : Facebook Kedutaan Korea Selatan di Malaysia

Dr. Ravina Kullar, seorang ahli epidemiologi dan jurucakap Persatuan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat mengatakan bahawa pelitup separuh muka KF ini menyamai pelitup separuh muka jenis N95, tetapi versi Korea Selatan.

Kedutaan Korea Selatan Di Malaysia Kongsi Cara Untuk Kenalpasti Pelitup Separuh Muka KF Tulen
Kredit : 현경_윤 VIA GETTY IMAGES

Tak semua KF yang dijual di platform beli belah online dan farmasi di Malaysia adalah asli

Sejak kebelakangan ini, penjualan pelitup separuh muka ini meningkat dengan mendadak. Walau bagaimanapun, pihak kedutaan Korea Selatan di Malaysia mengingatkan kepada orang ramai bahawa tidak semua pelitup separuh muka jenis KF yang dijual di laman beli belah dalam talian (online) atau farmasi berasal dari Korea. Ada juga yang didapati dibuat di negara lain tanpa melalui ujian dan kelulusan Kementerian Makanan dan Keselamatan Ubatan (MFDS) Korea Selatan. Untuk pengetahuan anda, hanya pelitup separuh muka yang diluluskan oleh MFDS layak diberikan tanda KF.

Oleh itu, terdapat kemungkinan bahawa pelitup separuh muka KF palsu sedang beredar di pasaran dan tidak menyediakan tahap perlindungan yang sepatutnya serta rendah kualiti. Malah, penjualan pelitup separuh muka yang tidak asli ini juga boleh menggagalkan usaha kerajaan untuk membendung penularan virus COVID-19.

Ciri-ciri penjualan pelitup separuh muka KF palsu di pasaran (Shopee, Lazada, dan farmasi)

1. Kemasan dalaman tiada label ‘MFDS’, ‘KF’ dan ‘Quasi-drug’

2. Tiada maklumat produk, hanya menggunakan huraian tipikal seperti ‘reusable’, ‘washable’, ‘Korea style’, ‘Korea FDA certified’

3. Tiada spesifikasi produk yang tepat serta tidak menyertakan gambar sebenar

4. Dijual dengan harga yang ‘tidak masuk akal’ murah, lebih rendah daripada harga pasaran di Korea Selatan

Di Korea Selatan, MFDS mengeluarkan laporan pemantauan berkala setiap minggu terhadap harga pasaran pelitup separuh muka. Haa, setiap minggu ya mereka pantau harga pelitup separuh muka ini. Bukan sebulan sekali atau setahun sekali.

Harga sekeping pelitup separuh muka jenis KF94 di Korea Selatan setakat minggu pertama September 2021 adalah RM 1.92 (dalam talian) dan RM 4.38 (jualan fizikal di premis). Manakala bagi jenis KF-AD, harga sekeping adalah RM1.37 (dalam talian) dan RM 2.16 (jualan fizikal di premis).

Kedutaan Korea Selatan Di Malaysia Kongsi Cara Untuk Kenalpasti Pelitup Separuh Muka KF Tulen
Sumber : Facebook Kedutaan Korea Selatan di Malaysia

Jadi, macam mana cara nak kenal pasti mana satu pelitup separuh muka KF yang asli?

1. Belek kemasan pelitup separuh muka dan cari nama produk. Anda boleh menggunakan aplikasi Google Lens untuk menyalin semula ayat Korea dan mengesahkan kewujudan produk ini di internet.

Kedutaan Korea Selatan Di Malaysia Kongsi Cara Untuk Kenalpasti Pelitup Separuh Muka KF Tulen
Sumber : Facebook Kedutaan Korea Selatan di Malaysia

2. Buka laman sesawang Pharmaceutical Integrated Intelligence System di pautan berikut : https://nedrug.mfds.go.kr/pbp/CCBCC01/getList . Anda boleh mengubah paparan bahasa di laman ini dengan menekan butang Google Translate di hujung sebelah kanan kotak carian (bersebelahan tanda bintang untuk Bookmark).

Kedutaan Korea Selatan Di Malaysia Kongsi Cara Untuk Kenalpasti Pelitup Separuh Muka KF Tulen
Sumber : Facebook Kedutaan Korea Selatan di Malaysia
Kedutaan Korea Selatan Di Malaysia Kongsi Cara Untuk Kenalpasti Pelitup Separuh Muka KF Tulen

3. Cari menggunakan kata kunci ‘Product Name’ atau ‘Product Code’

Kedutaan Korea Selatan Di Malaysia Kongsi Cara Untuk Kenalpasti Pelitup Separuh Muka KF Tulen
Sumber : Facebook Kedutaan Korea Selatan di Malaysia

4. Senarai pelitup separuh muka KF yang diluluskan akan terpapar pada keputusan carian anda.

Kedutaan Korea Selatan Di Malaysia Kongsi Cara Untuk Kenalpasti Pelitup Separuh Muka KF Tulen
Sumber : Facebook Kedutaan Korea Selatan di Malaysia

Rajah berikut pula merupakan cara untuk anda mencari label penting yang menentukan ketulenan pada kemasan pelitup separuh muka KF buatan Korea.

Kedutaan Korea Selatan Di Malaysia Kongsi Cara Untuk Kenalpasti Pelitup Separuh Muka KF Tulen
Sumber : Facebook Kedutaan Korea Selatan di Malaysia

Sekiranya produk pelitup separuh muka anda tidak tersenarai dalam keputusan carian, anda berkemungkinan telah terbeli pelitup separuh muka palsu dan tidak diluluskan mahupun diuji oleh MFDS.

Perlu diingat bahawa tanda KF adalah label khas untuk pelitup separuh muka yang hanya diperbuat di Korea dan diluluskan oleh MFDS Korea. Penyalahgunaan label pada sesetengah pelitup separuh muka tidak tulen boleh menyebabkan kekeliruan orang ramai bahawa pelitup separuh muka tersebut diperbuat daripada Korea. Oleh yang demikian, pihak kedutaan Korea Selatan di Malaysia menggesa agar pengguna di negara ini menyemak terlebih dahulu produk yang ingin dibeli di laman MFDS seperti yang telah dinyatakan di atas sebelum membuat sebarang pembelian.

Cuba cek pelitup separuh muka KF anda sekarang. Kalau tak tulen, dah boleh gerak cari kedai lain, okay?

Anda tahu tak kalau orang Korea Selatan memang sangat suka pergi ke Sabah? Sebab tak boleh nak bercuti, mereka siap buat pakej pesawat olok-olok ke Sabah! Baca selanjutnya di sini :

Kat Korea juga ada nama jalan sempena dengan nama bandar di Sarawak. Macam mana tu? Ini cerita penuh :

Nur Afifah 21 September 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah 5 Bencana Buatan Manusia Yang Paling Buruk Pernah Dicatat Dalam Sejarah
Next Article Sabah Kini Dilanda Banjir Teruk Akibat Hujan Lebat Berterusan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Individu Rosakkan Patung Dan Salib Gereja Keningau Berjaya Ditahan, Negatif Saringan Dadah

7 Julai 2022
Cerita Borneo

Nelayan Dari Limbang Peroleh Dua Pari Gergasi Berat Lebih 100 Kilogram

7 Julai 2022
4 Jalan Di Samarahan-Kuching Ini Ditutup Separuh Untuk Kerja Penurapan Semula
Cerita Borneo

4 Jalan Di Samarahan-Kuching Ini Ditutup Separuh Untuk Kerja Penurapan Semula

7 Julai 2022
Cerita Borneo

Patung Dan Salib Di Gereja Keningau Dirosakkan Orang, Komen Netizen Kristian Pula Tarik Perhatian

7 Julai 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?