Covid-19 Bukan Wabak Pertama Mengancam Kesihatan Manusia
Mari Kita Imbas Kembali Wabak-Wabak Lepas Dan Bagaimana Kita Mengendalikannya. For many centuries, manusia telah menghadapi wabak yang membahayakan dan mengorbankan berjuta nyawa. Dengan kemunculan Covid-19 hujung bulan Disember lepas, banyak pegawai kesihatan awam berlumba-lumba untuk menghapuskan patogen ini, tetapi ini bukan kali pertama dunia memerangi penyebaran coronavirus novel. Berikut adalah perbandingan keadaan sekarang berbanding epidemik lalu.

Coronavirus baharu
Sebuah virus, dahulu dinamakan coronavirus Wuhan tetapi kini dikenali sebagai Covid-19, dilaporkan muncul pertama kali di Wuhan, China. Ia kini merebak ke lebih 60 negara di seluruh dunia, termasuk Korea Selatan, Jepun, Itali, Iran dan Amerika Syarikat. Sumber virus ini belum diketahui lagi tetapi analisis genetik awal mencadangkan patogen tersebut berasal dari kelawar dan turut merebak ke haiwan sehingga dijangkiti manusia. Penyebaran haiwan ke manusia ini dipanggil zoonosis.

Perbandingan situasi Covid-19 dengan wabak sebelum ini
Salah satu wabak yang berjangkit hampir satu pertiga populasi manusia adalah influenza 1918. Kemudian datang lagi virus yang mengancam yang muncul secara tiba-tiba seperti SARS pada tahun 2002, influenza H1N1 pada tahun 2009, MERS, dan Ebola. Walau bagaimanapun, manusia mampu mengatasi mereka.
Namun, kejatuhan setiap penyakit sebahagian besarnya bergantung kepada keadaan lain seperti bila kita kena jangkit, betapa senang ia merebak dan ancamannya terhadap kesihatan manusia, bagaimana orang membersihkan diri dan seberapa cepat vaksin atau penawar disediakan.

Influenza 1918
Setakat ini, Influenza 1918 atau juga dikenali sebagai Spanish Flu merupakan selesema paling dasyat yang kita ketahui, menjangkiti kira-kira satu pertiga penduduk dunia dah mengorbankan 25 juta manusia dalam masa 6 bulan. Bermula di Sepanyol pada tahun 1918, wabak ini ketika itu baru dan novel untuk kebanyakan orang di bawah umur 40 atau 50 tahun, tetapi di sinilah kadar kematian adalah tinggi dan berbeza dengan selesema biasa, kata Dr. Mark Schleiss, pakar penyakit berjangkit pediatrik di Universiti Minnesota, Amerika Syarikat.
Pada masa itu, saintis tidak tahu virus boleh menyebabkan penyakit dan tiada wujudnya vaksin atau penawar untuk mencegah atau merawat influenza ataupun antibiotik untuk merawat jangkitan bakteria sekunder.
Kehidupan pada masa itu jauh berbeza dengan dunia sekarang, salah satunya ialah pada masa itu adanya Perang Dunia Pertama dan askar-askar membawa virus tersebut dengan mereka ke seluruh dunia. Orang pun tinggal dalam kondisi sesak dan mengamalkan kebersihan diri yang lemah. Ini turut membantu wabak tersebut makin membesar, menurut Dr. Christine Kreduer Johnson, professor epidemiology dan kesihatan ekosistem di UC Davis.
Pendek kata, gejala utama yang dihidapi oleh seorang yang dijangkiti wabak ini adalah demam, mual, rasa sakit, dan diarrhea. Dikesan pada Mac 1918, ia telah dilaporkan 500 kes dan bertanggungjawab atas kematian selebih 50 juta penduduk global, kadar kematian dalam 2%. Cara merebak ialah melalui titisan pernafasan dan tiada wujudnya antibiotik atau vaksin untuk mengatasi wabak ini. Pandemik ini hanya bertamat pada pertengahan tahun 1919, kebanyakannya disebabkan oleh kematian dan paras imuniti yang lebih tinggi.

Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS)
SARS dikesan kali pertama pada tahun November 2002 di daerah Guangdong, selatan China. Penyakit ini juga merupakan sejenis coronavirus dan merebak melalui titisan pernafasan. Walaupun kadar kematian SARS lebih tinggi dari Covid-19, Covid-19 setakat ini ia sudah menyuntut lebih banyak nyawa. Virus ini telah merebak ke 26 negara di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan Asia sehingga ia berjaya di contained pada Julai 2003.
Dipercayai berasal dari kelawar atau civet cats (mamalia kecil yang menyerupai weasel) sebelum pesakit manusia pertama dijangkiti. Semasa pandemik ini, 8,098 kes dan 774 kematian dilaporkan dan jangkitan terutamanya adalah melalui person-to-person transmission. Setakat ini, tiada kes SARS diketahui semenjak 2004, menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC).

Menurut Johnson lagi, pengesanan kontak – atau memantau orang yang pernah berhubungan rapat dengan mereka yang dijangkit penyakit ini – cara paling efektif semasa wabak SARS berluasa, terutamanya kerana gejala-gejalanya lebih teruk dan dengan itu lebih senang untuk dikenal pasti dan dikandungkan.
Beliau berkata lagi, virus tersebut tidak mempunyai ‘kecergasan untuk berterusan dalam populasi manusia dan akhirnya menyebabkan kematiannya’. Keadaan in berbeza dengan situasi Covid-19, dimana virus tersebut mampu merebak dan berkembang dalam tubuh manusia. Secara keseluruhannya, kadar kematian SARS lebih tinggi berbanding dengan Covid-19 namun Covid-19 telah membawa kepada ‘lebih banyak kematian, lebih banyak kesan ekonomi, lebih banyak kesan sosial daripada kita [mempunyai] dengan SARS’.
Gejala utama penyakit ini adalah demam, gejala penafasan, batuk dan kurang keselesaan tubuh. Dikesan pada November 2002 di Guangdong, ia telah meragut sebanyak 774 nyawa daripada 8,098 kes dilaporkan (15% kadar kematian) dan disebar melalui titisan pernafasan dan permukaan tercemar. Pesakit berumur 60 tahun ke atas mempunyai 55% kadar kematian tinggi. Pada masa itu, tiada rawatan atau penawar untuk penyakit ini, tetapi ubat antiviral dan steroid mempunyai kesan untuk beberapa orang. Vaksin hanya disediakan ketika pandemik hampir tamat. Kes terakhir yang dilaporkan adalah Julai 2003.

2009 (H1N1) Pandemik
Sekitar tahun 2009, sebuah jenis selesema baharu iaitu strain H1N1, tiba-tiba muncul dan membawa panik ke seluruh dunia kerana pada masa itu, tiada wujudnya vaksin dan wabak itu merebak dengan laju. Seperti Covid-19, tiadanya imuniti ketika cetusnya wabak ini. Namun, adanya antiviral untuk memudahkan pemulihan dan pada hujung 2009, adanya vaksin – digabungkan dengan paras imuniti yang lebih tinggi – akan memberi perlindungan pada musim selesema masa depan.
Gejala utama selesema ini adalah demam, rasa sejuk, batuk, dan sakit badan. Ia dikesan pada kali pertama di Mexico pada Januari 2009 dan mengorbankan sebanyak 284,000 nyawa daripada 24% populasi global, dengan kadar kematian 0.2%. Penyelidikan vaksin H1N1 bermula pada April 2009 dan vaksin disediakan pada Disember 2009. Pandemik H1N1 tamat pada Ogos 2010.

MERS
Middle East Respiratory Syndrome atau juga dikenali sebagai MERS, dilaporkan kali pertama di Saudi Arabia pada tahun 2012. Penyakit ini berpunca dari sebuah coronavirus, sepupu virus jauh ke SARS. Ia merebak ke 27 negara di Eropah, Afrika, Asia dan Amerika Utara. Seperti coronavirus lain, ia menjangkit manusia dari haiwan, disyaki dari kelawar ke unta, sebelum dijangkiti manusia.
Sejak 2012, sebanyak 2,494 kes dilaporkan dan 858 kematian akibat wabak ini. Ia disebar melalui human-to-human contact. Gejala utama penyakit ini adalah demam, batuk dan/atau kesesakan nafas. Pneumonia adalah kebiasaan tetapi pesakit yang dilaporkan tidak mempunyai gejala langsung. Tiada wujudnya vaksin untuk penyakit ini buat sementara waktu.

2014 – 2016 Ebola
Wabak ini dikira wabak yang sangat membahayakan, meragut sebanyak 50% daripada mereka yang dijangkit. Tetapi kerana ia secara mendadak menyebar melalui cecair badan seperti peluh dan darah semasa peringkat terakhir penyakit, ia tidak semudah disebar seperti Covid-19.
Tambahan pula, kerana gejala-gejala yang sangat teruk, para pegawai kesihatan dapat mengesan mereka yang telah berhubung dengan orang yang mempunyai kontak dengan pesakit dan mengasingkan mereka. Berbanding dengan situasi Ebola dengan Covid-19, Johnson berkata
“Anda tidak akan melihat orang yang sihat dijangkiti virus (Ebola) berjalan merebakkan virus ini – pergi ke bas, pergi membeli-belah, turun bekerja – seperti yang kita lakukan dengan ini (Covid-19).”
Gejala utama Ebola adalah demam, sakit badan dan kesakitan lain, rasa lemah, diarrhea dan muntah. Pesakit pertama dilaporkan dari Guinea pada Disember 2013 dan outbreak pertama adalam pada Mac 2014. Sebanyak 28,652 kes dilaporkan dari 10 negara dan meragut sebanyak 11,325 nyawa, dengan kadar kematian 50%. Ia disebar melalui peluh, darah, najis dan perhubungan rapat. Ia paling mudah berjangkit ke arah akhir wabak. Tiada rawatan ada untuk mencegah wabak ini dan penjagaan perlu diberikan, termasuk cecair IV dan rehidrasi oral. Vaksin sehingga kini belum ada. Wabak ini tamat pada Mac 2016.

Situasi Covid-19 kini membimbangkan tapi ada harapan untuk membanteraskan
Menurut statistik, wabak ini tak sebahaya penyakit-penyakit sebelum ini dan kebanyakan kes dilaporkan adalah ringan, namun benda ini jangan dipandang remeh-temeh.
Dengan memberi kerjasama kepada pihak-pihak berkenaan, kita mampu membanteraskannya. Buat masa ini, anda dinasihatkan untuk elak pergi ke tempat sesak, jaga kebersihan dan ambil tindakan segera sekiranya anda mengesyak anda rasa datang demam. Awal bertindak dan sama-sama kita boleh mencegah satu lagi pandemik global. Yang penting, ikut nasihat/arahan dan jangan pentingkan diri, ya! Masing-masing ingat tanggungjawab dan semoga situasi akan reda secepat mungkin.
