I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Ini Adalah 5 Makanan Paling Mahal Yang Boleh Didapati Di Malaysia

Oleh Husna Hazmi
21 September 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Tahukah anda 5 makanan ini adalah makanan paling mahal dan boleh didapati di Malaysia?

Ini Adalah 5 Makanan Paling Mahal Yang Boleh Didapati Di Malaysia. Biasanya makanan mahal ini bergantung kepada keunikan sesuatu makanan tersebut serta kualitinya. Ini adalah makanan mahal yang anda patut tahu:

Isi Isi Penting
Tahukah anda 5 makanan ini adalah makanan paling mahal dan boleh didapati di Malaysia?1. Durian Black Thorn2. Mangga Harumanis3. Ayam Cemani4. Ikan Patin Muncung Sungai Pahang5. Daging Wagyu KobeBaca lagi disini:
5 Makanan Termahal  Yang Boleh Didapati Di Malaysia
Ini Adalah 5 Makanan Paling Mahal Yang Boleh Didapati Di Malaysia

1. Durian Black Thorn

Pasti ramai yang menyangka durian ‘Musang King’ adalah durian yang paling mahal yang kita boleh dapati di Malaysia ini. Namun durian Black Thorn yang berasal dari Pulau Pinang dan dikatakan antara species yang terbaru ini adalah durian paling mahal.

Anda pasti tertanya-tanya mengapakah durian ini sangat mahal dengan harga yang mencecah RM110 sekilo? Ini kerana wajahnya yang unik kerana sedikit kehitam-hitaman di luar dan isinya yang amat enak di dalam.

Ini Adalah 5 Makanan Paling Mahal Yang Boleh Didapati Di Malaysia

2. Mangga Harumanis

Buah kegemaran rakyat Malaysia iaitu mangga adalah salah satu makanan yang termasuk dalam list ini. Tetapi, ini bukan mangga biasa. Buah mangga harumanis yang berasal dari negeri Perlis ini dianggap sebagai emas kerana harganya yang mencecah RM 40 sekilo.

Buah ini juga telah didaftar sebagai harta intelek kerajaan Perlis kerana jabatan pertanian di Malaysia ingin menjaga kualiti buah mangga harummanis ini.

5 Makanan Termahal  Yang Boleh Didapati Di Malaysia

3. Ayam Cemani

Ayam Cemani merupakan ayam termahal yang boleh didapati di Malaysia kerana keunikannya yang tidak ada pada ayam biasa. Ini kerana keseluruhan badan hingga ke tulang ayam cemani ini berwarna hitam.

Ayam cemani ini berwarna hitam kerana proses Fibromelanosis yang merupakan satu kejadian genetik yang sangat unik. Hasil daripada proses fibromelanosis ini ialah hyperpigmentation yang mengakibatkan ayam ini berwarna hitam.

Menurut sejarah zaman dahulu, ayam ini bukannya dijadikan sajian tetapi ianya merupakan haiwan perliharaan pembesar-pembesar diraja sebagai koleksi mereka.

5 Makanan Termahal  Yang Boleh Didapati Di Malaysia

4. Ikan Patin Muncung Sungai Pahang

Ikan patin muncung sungai pahang ini ialah ikan air tawar yang paling mahal dengan harga yang mencecah RM 280 sehingga RM 300 sekilo.

Ikan patin yang unik ini sangatlah mahal. Tapi, bagi pencinta ikan patin anda patutlah mencuba ikan ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

5 Makanan Termahal  Yang Boleh Didapati Di Malaysia

5. Daging Wagyu Kobe

Pasti ramai sudah tahu tentang daging ini kan? daging wagyu kobe ini hanya boleh didapati di restoran eksklusif sahaja kerana ianya merupakan daging khas diimport dan hanya diternak di wilayah Hyogo, Jepun sahaja.

Wa yang bermaksud Jepun dan Gyu pula bermaksud Lembu. Daging Wagyu kobe ini sangat mahal kerana ianya ialah baka lembu japanese black. Sepanjang hidup lembu tersebut, mereka hanya makan bijirin dan rumput yang datang dari wilayah di situ sahaja.

Baca lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menyamar Sebagai Lelaki Untuk Berperang, Pahlawan Ini Digelar Sebagai 'Mulan Of Shu' Menyamar Sebagai Lelaki Untuk Berperang, Pahlawan Ini Digelar Sebagai ‘Mulan Of Shu’
Next Article Miliki Hampir 5kg Dadah Jenis Ketamin, Suami Isteri Ini Bakal Dihukum Gantung Sampai Mati Miliki Hampir 5kg Dadah Jenis Ketamin, Suami Isteri Ini Bakal Dihukum Gantung Sampai Mati

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?