I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Miliki Hampir 5kg Dadah Jenis Ketamin, Suami Isteri Ini Bakal Dihukum Gantung Sampai Mati
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Miliki Hampir 5kg Dadah Jenis Ketamin, Suami Isteri Ini Bakal Dihukum Gantung Sampai Mati

Oleh Kedung BK 21 September 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Miliki Hampir 5kg Dadah Jenis Ketamin, Suami Isteri Ini Bakal Dihukum Gantung Sampai Mati

Kejadian berlaku di Sibu

Miliki Hampir 5kg Dadah Jenis Ketamin, Suami Isteri Ini Bakal Dihukum Gantung Sampai Mati. Terkini dilaporkan sepasang suami isteri bakal menghadapi hukuman gantung sampai mati setelah ditangkap miliki 4.8kg dadah jenis ketamin.

Miliki Hampir 5kg Dadah Jenis Ketamin, Suami Isteri Ini Bakal Dihukum Gantung Sampai Mati

Suami isteri ditangkap semasa serbuan di sebuah pusat hiburan

Menurut laporan, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Polis Kontinjen (IPK) Sarawak melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Merah Bazaar, Sibu.

Hasil dari serbuan tersebut mendapati dua kotak kertas yang diisi dengan 3 bungkus plastik warna perak. Setiap satu terdapat satu paket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis ketamin dengan berat kasar 3kg.

Satu lagi kotak kertas mengandungi 2 bungkusan plastik warna perak yang masing-masing mempunyai sepaket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis ketamin dengan berat kasar sekitar 1.7kg.

Sepasang suami isteri, masing-masing berumur 34 dan 33 tahun, ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengederan dadah.

Dadah jenis ketamin didapati dalam kotak-kotak tersebut.

Kedua-dua suspek positif dadah jenis ketamin, amfetamin, dan metamfetamin

Laporan juga menyatakan bahawa suami isteri berkenaan mempunyai rekod kesalahan lampau berhubung dengan jenayah dadah.

Wang tunai berjumlah RM27,073.00 dan sebuah kereta dengan nilai keseluruhan sitaan RM64,073.00 turut dirampas.

Kedua-dua suspek sedang direman selama 7 hari dari 20 hingga 27 September bagi membantu siasatan lanjut.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah 5 Makanan Paling Mahal Yang Boleh Didapati Di Malaysia
Next Article Walaupun Keluarga Kaya, Anak Murid Cikgu Ini Dedahkan Kesunyiannya Apabila Memuji Kereta Biasa Cikgu Walaupun Keluarga Kaya, Anak Murid Cikgu Ini Dedahkan Kesunyiannya Apabila Memuji Kereta Biasa Cikgu

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?