I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini Adalah 5 Penghujung Tragis Asal Filem Klasik Disney
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Ini Adalah 5 Penghujung Tragis Asal Filem Klasik Disney

Oleh Kedung BK 14 September 2020
Kongsi
8 Min Bacaan
Ini Adalah 5 Penghujung Tragis Asal Filem Klasik Disney

Adakah anda membesar dengan filem Disney?

Ini Adalah 5 Penghujung Tragis Asal Filem Klasik Disney. Jika anda membesar dengan filem Disney seperti The Little Mermaid, Snow White, dan Frozen, semestinya anda tahu jalan cerita filem-filem terbabit sehingga penghujungnya.

Disney dikenali sebagai syarikat animasi yang suka menambah elemen ‘magik’ dalam filem mereka dan memberikan ending yang bahagia dalam filem mereka serta memupuk nilai-nilai murni untuk dijadikan pengajaran kepada penonton muda mereka.

Tetapi tahukah anda bahawa kebanyakan filem yang diadaptasi ini tidak mengikuti bahan sumbernya dengan tepat? Malah, pengakhiran asal setiap filem ini jauh lebih ngeri daripada yang kita sangka.

Ini Adalah 5 Penghujung Tragis Asal Filem Klasik Disney
Ini Adalah 5 Penghujung Tragis Asal Filem Klasik Disney

Snow White

Menurut pengetahuan kita mengenai filem Snow White keluaran Disney, penghujungnya adalah Ratu mati jatuh di tebing. Snow White dan Putera Charmingnya menikah setelah dia menyelamatkan nyawanya dan hidup bahagia selamanya.

Ini Adalah 5 Penghujung Tragis Asal Filem Klasik Disney
Snow White diselamatkan Putera Charming dan hidup berbahagia.

Penghujung asal: Dalam versi asal yang ditulis oleh The Brothers Grimm, Ratu tersebut bukan sahaja cuba membunuh Snow White sekali tetapi tiga kali! Setelah Snow White diselamatkan oleh Putera Charming dari tercekik epal, mereka memutuskan untuk berkahwin.

Mereka kemudian menjemput Ratu tersebut ke majlis pernikahan mereka dan sebagai balasan dendam atas perbuatan ratu itu kepadanya, Snow White mengarah ratu itu menari menggunakan sepasang kasut besi yang panas sehingga dia jatuh dan mati.

Ini Adalah 5 Penghujung Tragis Asal Filem Klasik Disney
Menurut penghujung asal kisah Snow White, Ratu Jahat terpaksa menari menggunakan kasut besi panas sehingga dia mati sebagai balasan dendam Snow White.

The Little Mermaid

Dalam versi Disney, watak utama iaitu Ariel, bertukar menjadi manusia siap lengkap dengan sepasang kaki sebagai pengganti ekornya, oleh bapanya. Dia kemudian berkahwin dengan teman lelakinya iaitu Putera Eric.

Ini Adalah 5 Penghujung Tragis Asal Filem Klasik Disney
Ariel diberi kaki manusia oleh bapanya dan kemudian hidup berbahagia dengan putera Eric.

Penghujung asal: Dalam versi asal The Little Mermaid oleh Hans Christian Anderson, duyung tersebut membuat satu deal di mana dia akan diberi sepasang kaki manusia dengan kos suaranya demi berjumpa dengan putera manusian disayanginya.

Namun jika dia gagal membuat putera itu jatuh cinta kepadanya dalam masa 3 hari, dia akan mati. Malah, harga kaki manusia tersebut ialah setiap langkah yang dilakukannya menyebabkan kesakitan yang luar biasa.

Menjelang akhir kisah itu, duyung itu diberitahu bahawa dia boleh menjadi duyung kembali jika dia membunuh putera itu. Disebaliknya, dia memutus untuk membunuh diri atas sebab dia terlalu sayang dengan putera itu, walaupun putera itu bakal berkahwin dengan wanita lain.

Ini Adalah 5 Penghujung Tragis Asal Filem Klasik Disney
Menurut kisah asal, duyung itu diberi sebilah pisau oleh kakak-kakaknya untuk membunuh putera kesayangannya agar boleh bertukar kembali menjadi duyung. Tetapi cintanya terhadap putera itu ternyata dalam dan dia berpilih untuk membunuh diri.

Pocahontas

Pocahontas versi Disney menunjukkan John Smith, seorang orang putih dari England, mahu membawa Pocahantas kembali dengannya ke negara barat. Tetapi Pocahontas, seorang orang asli di Amerika Utara, memutus untuk tinggal di tempat asalnya. John Smith kemudian kembali ke England tanpanya.

Ini Adalah 5 Penghujung Tragis Asal Filem Klasik Disney
Pocahontas berpilih untuk tinggal di tanah asalnya dan John Smith kembali ke England.

Penghujung asal: Tahukah anda Pocahontas ialah seorang wanita asli Amerika yang benar-benar wujud? Pada tahun 1613, dia ditangkap oleh orang Inggeris semasa peperangan antara orang Inggeris dan orang asli Amerika untuk dijadikan tebusan.

Ini Adalah 5 Penghujung Tragis Asal Filem Klasik Disney
Pocahontas yang sebenarnya.

Kemudian, seorang lelaki orang putih bernama John Rolfe berkahwin dengan Pocahontas pada 1614, menjadikan perkahwinan pertama yang dirakam antara orang Eropah dan orang asli Amerika.

Ini Adalah 5 Penghujung Tragis Asal Filem Klasik Disney
Pocahontas dan suaminya, John Rolfe.

Dua tahun kemudian, Pocahontas digelar sebagai harapan untuk keamanan dan hubungan baik antara Inggeris dan orang asli Amerika. Pocahontas kemudian melahirkan seorang anak lelaki dengan John Rolfe iaitu Thomas Rolfe.

Ini Adalah 5 Penghujung Tragis Asal Filem Klasik Disney
Pocahontas bersama anaknya, Thomas Rolfe.

Walau bagaimanapun, Pocahontas meninggal dunia semasa perjalanan kembali ke Amerika dari England pada usia 21 tahun akibat sakit. Sebelum ini, Pocahontas telah menetap di England dan kerana merindui keluarganya, permintaannya untuk kembali ke tanah asalnya dikabulkan tetapi malangnya, dia tak sempat jumpa keluarganya.

Melalui Thomas Rolfe, Pocahontas mempunyai banyak keturunan. Malah, dua daripada keturunan Pocahontas lalu menjadi First Lady of The United States (isteri kepada presiden Amerika Syarikat) iaitu First Lady Edith Wilson dan First Lady Nancy Reagan.

Antara keturunan Pocahontas yang menjadi First Lady of The United States: Edith Wilson (kiri), Nancy Reagan (kanan).

Mulan

Menurut versi Disney, Mulan iaitu watak utama filem itu, kembali ke bapanya setelah menyelamatkan negaranya dari ancaman. Dia juga kemudian hidup berbahagia dengan watak sampingan iaitu General Shang.

Mulan dan General Shang menjalin hubungan pada penghujung filem versi Disney.

Penghujung asal: Mulan merupakan seorang wanita legenda dalam kesusasteraan Cina. Kewujudannya masih belum dikenal pasti tetapi menurut legenda, Mulan adalah seorang wanita yang secara diam memasuki tentera Imperial demi menggantikan ayahnya yang sudah uzur.

Mulan dalam kesusateraan Cina.

Terdapat pelbagai versi legenda ini, tetapi salah satunya ialah Mulan kembali ke kampungnya setelah bertahun-tahun berperang. Di sini, dia mengetahui bahawa ayahnya sudah lama meninggal dan ibunya telah berkahwin baru. Untuk memburukkan lagi keadaan, Khan – ketua Wei Utara pada waktu itu – mengundang Mulan ke istananya untuk dijadikan gundik (perempuan simpanan). Daripada menderita dengan nasib ini, Mulan memutuskan untuk membunuh diri.

Frozen

Frozen adalah salah satu filem Disney yang sangat popular. Dalam versi Disney, Elsa (yang mempunyai kuasa mengawal salji) akhirnya berjaya mengawal kuasanya sepenuh-penuhnya, adiknya iaitu Anna hidup berbahagia dengan Kristoff, dan Elsa sebagai ratu memerintah kerajaannya dengan damai dan sejahtera.

Elsa menjadi ratu yang membawa keamanan dan kesejahteraan ke Arendelle, Anna dan Kristoff menjalin hubungan.

Penghujung asal: Frozen berdasarkan kisah The Snow Queen. Ia mengisahkan tentang dua rakan iaitu Gerda dan Kai, di mana Kai diculik oleh The Snow Queen (Ratu Salji) dan usaha Gerda dalam menyelamatkan Kai.

Frozen berdasarkan kisah The Snow Queen, di mana ratu salji adalah watak penjahat.

Gerda, yang mempunyai perasaan cinta kepada Kai, berusaha menyelamatkan Kai dari Ratu Salji apabila ratu itu menculik Kai dengan membekukan hati Kai. Malah, Ratu salji menjanjikan kebebasan Kai jika dia berjaya mengeja ‘forever‘ menggunakan kepingan ais di istananya.

Dalam versi asal, ratu salji adalah watak penjahat di mana dia sanggup membeku hati Kai demi menyimpan lelaki itu untuk diri sendiri.

Dipendekkan cerita, Gerda akhirnya berjaya menyelamatkan Kai apabila dia mencium Kai. Hati Kai, yang sebelum ini dibekukan oleh ratu salji, akhirnya cair akibat kuasa cinta dari ciuman Gerda. Mereka berdua kemudian melarikan diri dari istana ratu salji dan menyedari mereka berdua sudah menjadi dewasa dan ia sudah musim panas.

Happily ever after(?)

Siapa sangka bahawa penghujung cerita asal kita dibesarkan berakhir dengan tragis dan juga sangat gelap.

Jika dipandang dari sudut perspektif lain, ada kebaikan juga kisah-kisah ini tidak diadaptasikan secara tepat oleh Disney. Bayangkan ketakutan kanak-kanak yang akan menonton adaptasi yang betul. Mereka pasti akan trauma, lagi-lagi filem seperti ini ditujukan ke penonton muda!

Apa lagi filem klasik Disney yang asalnya ada penghujung tragis? Komen dan jangan lupa kongsikan artikel ini!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rumah Dan Sekolah Hampir Tenggelam, Giliran Kapit Pula Dilanda Banjir Teruk
Next Article Seorang Lelaki Diberkas Memiliki Senapang Berpeluru Dan Bahagian Hidupan Liar Yang Ditemui Di Rumahnya Di Sibu

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?