• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rumah Dan Sekolah Hampir Tenggelam, Giliran Kapit Pula Dilanda Banjir Teruk

Oleh
Ismail NA
14 September 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Hujan lebat memburukkan keadaan.

Rumah Dan Sekolah Hampir Tenggelam, Giliran Kapit Pula Dilanda Banjir Teruk. Sejak kebelakangan ini, hujan lebat yang turun secara berterusan telah menyebabkan keadaan di negeri ini mengalami banjir yang buruk.

Isi Isi Penting
  • Hujan lebat memburukkan keadaan.
  • Pertembungan antara hujan lebat dan air pasang besar akibatkan banjir teruk
  • Laluan masuk ke kawasan petempatan di rumah panjang dan kampung terputus
  • Sekolah tenggelam, air mencapai paras sehingga 2.5 meter
  • Lihat juga keadaan banjir yang melanda Bandaraya Sibu minggu lalu :

Setelah Bandaraya Sibu dilanda banjir minggu lalu, kini giliran Kapit pula mendapat nasib yang serupa.

Pertembungan antara hujan lebat dan air pasang besar akibatkan banjir teruk

Akibat cuaca buruk sekaligus pertembungan dengan air pasang besar (king tide) di kawasan hulu Sungai Balleh, paras air sungai meningkat secara mendadak dan melimpah ke kawasan rendah berhampiran tebing sungai.

Rumah Dan Sekolah Hampir Tenggelam, Giliran Kapit Pula Dilanda Banjir Teruk
Rumah Dan Sekolah Hampir Tenggelam, Giliran Kapit Pula Dilanda Banjir Teruk
Sumber : Bomba Sarawak
Rumah Dan Sekolah Hampir Tenggelam, Giliran Kapit Pula Dilanda Banjir Teruk
Sumber : Bomba Sarawak

Keadaan ini telah menyebabkan kawasan rumah panjang dan sekolah hampir ditenggelami air dengan kenaikan paras air sehingga lebih 2 meter.

Laluan masuk ke kawasan petempatan di rumah panjang dan kampung terputus

Kawasan yang terjejas termasuklah beberapa rumah panjang di Nanga Entawau, Nanga Sempili, Nanga Kemali. dan Krangan Ara.

Selain itu, kawasan Kampung Baru, Kampung Muhibbah dan Rumah John Ramba turut mengalami nasib yang sama dengan keadaan jalan masuk ke kawasan tersebut terputus akibat dinaiki air.

Sekolah tenggelam, air mencapai paras sehingga 2.5 meter

Dalam masa yang sama, beberapa buah sekolah turut terjejas teruk dengan paras air meningkat sehingga hampir mencapai bumbung sekolah. Antara sekolah yang ditenggelami air ialah SK Nanga Ibun dan SK Temenggong Koh dengan ketinggian air masing-masing mencapai paras 1.5 meter dan 2.5 meter.

Rumah Dan Sekolah Hampir Tenggelam, Giliran Kapit Pula Dilanda Banjir Teruk
SK Temenggong Koh ditenggelami banjir.
Sumber foto : JPBM
Rumah Dan Sekolah Hampir Tenggelam, Giliran Kapit Pula Dilanda Banjir Teruk
Sumber : Facebook
SK Nanga Ibun.
Sumber foto : JPBM

Walau bagaimanapun, semasa kejadian berlaku, tiada pelajar berada di sekolah memandangkan waktu hujung minggu dan para pelajar pulang ke kampung masing-masing.

Mangsa-mangsa banjir kini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di SK Nanga Bawai.

Semoga keadaan banjir ini surut dengan segera. Sama-sama kita doakan keselamatan penduduk Kapit dan semangat agar mereka tabah menghadapi dugaan.

Lihat juga keadaan banjir yang melanda Bandaraya Sibu minggu lalu :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hampir Cecah 200 Kes Positif Hari Ini, Kluster Benteng Di Sabah Jadi Penyumbang Terbesar
Next Article Ini Adalah 5 Penghujung Tragis Asal Filem Klasik Disney Ini Adalah 5 Penghujung Tragis Asal Filem Klasik Disney

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?