Ini Adalah Kursus Pengajian Panduan Permohonan UPU 2020 . Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM/STPM/Setaraf. Now it’s time to get into the world of universiti guys! Sekiranya anda berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi melalui permohonan UPU, berikut adalah panduan serta syarat untuk memohon UPU.

Syarat UPU Kelayakan Am
Terdapat banyak program pengajian dan kursus yang ada ditawarkan di kemasukan UPU online. Bagi mereka yang lepasan SPM atau STPM termasuk lepasan Asasi, Diploma, Matrikulasi atau STAM yang berminat untuk memohon melalui UPU, semakan syarat kelayakan UPU seperti syarat am dan khas permohonan serta pemilihan jurusan boleh dipohon melalui sistem semakan berikut.
Syarat Am Kelayakan mengikut kategori adalah seperti berikut:
Bagi mereka yang lepasan SPM –
(1) Universiti Awam (UA) atau Politeknik Premier
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan juga lulus subjek Sejarah dalam peperiksaan SPM bermula tahun 2013.
(2) Politeknik Konvensional atau METro, Kolej Komuniti dan ILKA
Boleh membaca, menulis dan mengira.
Bagi mereka yang lepasan STPM/STAM/Setaraf –
(1) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus dalam subjek Sejarah bermula tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai adalah diambil kira.
ATAU
(2) Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
Kesetaraan SVM dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut:
- Kepujian dalam Bahasa Melayu 1104;
- PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
- PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67;
- Kompeten semua modul vokasional; dan
- Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon SVM kohort 2013- 2016)
DAN
(1) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 subjek termasuk Pengajian Am
ATAU
(2) Matrikulasi atau Asasi
Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 2.00
Atau
(3) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Memperoleh sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid
ATAU
Diploma atau Setaraf
- Memperoleh kelulusan Diploma UA / Politeknik / IPTS, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM) atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (syarat khas program mengikut jenis program yang ditawarkan di UA);
Atau - Lulus peperiksaan STPM tahun 2017 dan sebelumnya dengan memperoleh sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am;
Atau - Matrikulasi / Asasi tahun 2017 dan sebelumnya dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
Atau - STAM tahun 2016 dan sebelumnya dengan memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Jayyid
Atau - Lulusan Pra-U Sekolah Sukan Malaysia / CGE A-level / International Baccalaureate Diploma / Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA
DAN
Memperoleh sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 1 Januari 2015
Panduan Permohonan UPU
Berikut adalah panduan dalam membuat permohonan UPU secara online:
- Nombor Unik ID Perlu Dibeli Di Kaunter BSN
Pendaftaran tidak memerlukan nombor Unik ID BSN tetapi untuk membuat permohonan, anda wajib mempunyai nombor Unik ID ini. Anda boleh bermula untuk mendaftar kali pertama apabila sistem permohonan dibuka dan kemudian anda boleh membeli nombor Unik ID BSN dan teruskan membuat permohonan lengkap. Nombor Unik BSN berharga RM15.60 (tiada GST) dan boleh dibeli mulai 25 Februari 2020 sehingga 30 Mac 2020 (penjualan nombor unik ID BSN tutup pada 1 April 2020 jadi pastikan anda sudah membeli nombor Unik ID sebelum tarikh ini) - Pastikan Kategori Anda (SPM/STPM/Matrikulasi/Diploma)
Beli nombor pin di BSN mengikut kategori masing-masing iaitu antara SPM/Setaraf, atau STPM/Setaraf) - Buka Portal Rasmi UPU
Senaraikan bidang-bidang mengikut keutamaan, minat atau bidang pengajian anda sebelum anda mengisi borang UPU online. Contohnya, sekiranya anda seorang lepasan STAM, pastikan anda memberi keutamaan kepada bidang pengajian Islam. - Semak Syarat E-Panduan Dengan Teliti
Dalam panduan itu, anda boleh senaraikan universiti awam/IPTA yang menawarkan kursus yang berkaitan. Senaraikan kursus-kursus yang ditawarkan dalam bidang tersebut di setiap universiti yang disenaraikan.
Setelah semua universiti telah disenaraikan, tindakan yang penting adalah anda mesti menyemak kelayakan kursus yang disenaraikan dengan keputusan peperiksaan yang anda peroleh. Sekiranya kursus di universiti berkenaan tidak menepati ciri-ciri syarat kelayakan dengan keputusan peperiksaan anda, anda boleh delete dari senarai. (Oleh itu, jangan meminta kursus yang tidak menepati syarat kelayakan)
Anda boleh memilih kursus yang anda minat atau yang ingin dipelajari atau memilih universiti yang anda berkenan. Anda boleh bermula untuk menentukan kursus dan senarai universiti yang hendak dipilih. Dari sini, anda boleh menentukan kursus dan senarai universiti yang anda hendak pilih.
Susunkan mengikut pilihan terbaik bagi anda supaya ia lebih mudah untuk diisi dalam borang UPU online. - Isi Permohonan Online
Anda mesti buka portal rasmi UPU untuk proses pertama sebelum memulakan pengisian borang online UPU. - Isi Setiap Maklumat Yang Bertanda Star (*) Dengan Lengkap
Anda boleh memulakan permohonan online dan maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditanda (*) dalam borang sistem permohonan kemasukan pelajar. Sekiranya borang tersebut mempunyai dua tanda (**), anda dikehendaki untuk mengisi salah satu medan maklumat. - Pilih 12 Pilihan Mengikut Keutamaan
Walaupun terdapat 12 pilihan program pengajian, pemohon wajib memilih 5 pilihan program pengajian yang berbeza. Pemohon hanya dibenarkan memilih program pengajian mulai 15 Mac 2020 sehingga 2 April 2020. Hanya program pengajian yang melepaskan syarat khas pemohon boleh dipilih. Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPU online. - Isi Sehingga Habis
Sekiranya anda hanya layak 5 sahaja daripada 12, anda pilih sahaja mana-mana kursus yang anda mahukan untuk mengisi kekosongan yang tertinggal bagi memenuhkan pengisian. - Klik ‘SAH’ Dan Hantar
Hantarkan borang tersebut setelah habis diisi. Pastikan anda tekan butang ‘SAH’ sebelum hantar kerana kegagalan untuk klik butang tersebut akan menyebabkan anda gagal mengisi borang permohonan. - Cetak Slip Permohonan
Anda boleh mencetak slip permohonan tersebut untuk tujuan rujukan serta sebagai bukti permohonan telah dibuat setelah klik ‘SAH’ dan hantar. Anda dikehendaki untuk menyimpan slip tersebut sebagai bukti. Selain itu, anda boleh menyemak permohonan dan mengemaskini permohonan tanpa had asalkan sebelum tarikh tutup permohonan.
Semoga Permohonan Anda Berjaya!
Untuk mengelak terlepasan tarikh penting, sila rujuk di sini untuk melihat tarikh-tarikh penting mengenai permohonan UPU. Semoga anda berjaya mendapatkan kursus pengajian yang diminat!
