• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Bina Sendiri Monorack Sehingga Ke Kaki Gunung Singai, Inovasi Pemilik ‘Jungle Stay’ Di Bau Ini Jadi Tarikan Baru

Oleh
Ismail NA
15 Oktober 2021
Kongsi
7 Min Bacaan

Monorack yang seumpamanya di Sarawak!

Bina Sendiri Monorack Sehingga Ke Kaki Gunung Singai, Inovasi Pemilik ‘Jungle Stay’ Di Bau Ini Jadi Tarikan Baru. Sarawak sememangnya terkenal dengan penginapan alam semulajadi terutamanya di kawasan hutan, tasik dan gunung ganang. Tetapi, ada juga yang dilema sama ada nak bawa barang banyak atau membawa diri sahaja kerana perjalanan menuju ke penginapan ini memerlukan anda mendaki kawasan yang berbukit-bukau.

Isi Isi Penting
  • Monorack yang seumpamanya di Sarawak!
  • Inovasi untuk penginapan chalet di kaki Gunung Singai
  • Dapat idea semasa menonton Youtube orang Itali
  • Teknologi monorack berasal dari Jepun
  • Monorack khusus untuk muatan barang naik ke Mendung Escape
  • Hikmah pandemik buat Ariff
  • Syukur sekatan rentas daerah sudah bubar, tunggu buka sempadan antarabangsa pula
  • Sertai kempen #BantuBorneo untuk merangsang semula perniagaan anda
  • Lagi destinasi penginapan yang best :

Kalau nak bawa barang banyak, takut penat dan tak sampai pula ke destinasi. Tapi kalau barang sikit, macam tak syok lah kan?

Inovasi untuk penginapan chalet di kaki Gunung Singai

Seorang pemilik ‘jungle stay’ di Bau telah menemui satu inovasi yang bakal menyelesaikan masalah ini. Memandangkan beliau mempunyai beberapa buah rumah penginapan Airbnb di kawasan hutan termasuk di kawasan kaki Gunung Singai, Bau, pemilik ini akhirnya membuat keputusan untuk membina monorack, sebuah rel pengangkutan untuk membawa barangan muatan besar dan berat ke penginapan di kaki Gunung Singai!

Bina Sendiri Monorack Sehingga Ke Kaki Gunung Singai, Inovasi Pemilik 'Jungle Stay' Di Bau Ini Jadi Tarikan Baru
Bina Sendiri Monorack Sehingga Ke Kaki Gunung Singai, Inovasi Pemilik ‘Jungle Stay’ Di Bau Ini Jadi Tarikan Baru. Monorack chalet Mendung Escape, Singai, Bau.

Dapat idea semasa menonton Youtube orang Itali

Semasa dihubungi oleh I Love Borneo, pemiliknya, Ariff Arbi menceritakan bahawa idea untuk membina monorack ini datang secara tidak sengaja. Idea ini tercetus apabila beliau sedang menonton sebuah video tentang bagaimana orang Itali menanam buah anggur di lereng gunung di Youtube. Kebetulan, video itu memaparkan peladang anggur di sebuah kawasan pergunungan di Itali menggunakan rack monorel kecil untuk mengangkat hasil tuaian anggur dari lereng gunung itu. Dari situlah, idea monorack ini difikirkan oleh Ariff sebagai sesuatu yang boleh diaplikasikan untuk penginapannya, Mendung Escape di kaki Gunung Singai, Bau.

Bina Sendiri Monorack Sehingga Ke Kaki Gunung Singai, Inovasi Pemilik 'Jungle Stay' Di Bau Ini Jadi Tarikan Baru
Kawasan penanaman anggur di lereng gunung dekat Cinque Terre, Itali. Kredit : https://beyondthewindowbox.wordpress.com/
Bina Sendiri Monorack Sehingga Ke Kaki Gunung Singai, Inovasi Pemilik 'Jungle Stay' Di Bau Ini Jadi Tarikan Baru
Kredit : My Italian Driver

Teknologi monorack berasal dari Jepun

Beliau segera merealisasikan idea tersebut dengan membuat kajian tentang pembinaan monorack tersebut. Untuk pengetahuan anda, monorack mini ini adalah teknologi yang berasal dari Jepun. Malah, sebuah syarikat teknologi pembuatan untuk tujuan pertanian, Nikkari co. merupakan pencipta enjin monorel pertama di dunia untuk tujuan pertanian komersial.

Pembinaan monorack ke Mendung Escape ini diperbuat menggunakaan material yang 100% diimport dari Jepun dan China. Monorack yang dibina ini juga menggunakan enjin monorel yang dikuasakan menggunakan minyak dan mampu membawa muatan seperti barang peribadi pengunjung. Beliau memulakan projek ini pada bulan November 2020 dan monorack sejauh 550 meter ini telah siap sehingga ke Mendung Escape pada sekitar pertengahan bulan Februari 2021.

Sumber : FB Mendung Escape
Sumber : FB Mendung Escape

Monorack khusus untuk muatan barang naik ke Mendung Escape

Walau bagaimanapun, penggunaan monorack ini hanya dikhususkan untuk membawa muatan barang diiringi oleh pekerja Mendung Escape sahaja atas faktor keselamatan. Tetamu tetap perlu mendaki ke kaki gunung itu untuk sampai ke tempat penginapan. Bezanya, anda tidak perlu lagi membawa beg yang sarat dengan muatan pakaian dan kelengkapan anda. Menurut Ariff lagi, beliau berhasrat untuk memanjangkan jarak monorack ini sejauh 1 kilometer lagi sehingga sampai ke point yang seterusnya selepas Mendung Escape.

Bina Sendiri Monorack Sehingga Ke Kaki Gunung Singai, Inovasi Pemilik 'Jungle Stay' Di Bau Ini Jadi Tarikan Baru
Kredit foto : FB Mendung Escape

Hikmah pandemik buat Ariff

Pandemik COVID-19 ini juga seolah-olah memberi hikmah buat Ariff untuk menambah baik penginapan dan servisnya. Dengan inovasi ini, urusan membawa barangan muatan berat untuk tujuan penyelenggaraan dan penambah baikan jauh lebih mudah serta menjimatkan masa dan tenaga pekerja. Beliau juga memberitahu kepada kami bahawa kini penginapan di Mendung Escape bakal ditambah dengan satu lagi rumah tambahan yang sepenuhnya menggunakan batu bata dan simen serta kolam renang.

Bina Sendiri Monorack Sehingga Ke Kaki Gunung Singai, Inovasi Pemilik 'Jungle Stay' Di Bau Ini Jadi Tarikan Baru
Kredit foto : @eirwenkho via FB Mendung Escape
Bina Sendiri Monorack Sehingga Ke Kaki Gunung Singai, Inovasi Pemilik 'Jungle Stay' Di Bau Ini Jadi Tarikan Baru
Kredit foto : Cyril’s Canvas via FB Mendung Escape
Bina Sendiri Monorack Sehingga Ke Kaki Gunung Singai, Inovasi Pemilik 'Jungle Stay' Di Bau Ini Jadi Tarikan Baru
Kredit foto : Cyril’s Canvas via FB Mendung Escape
Bina Sendiri Monorack Sehingga Ke Kaki Gunung Singai, Inovasi Pemilik 'Jungle Stay' Di Bau Ini Jadi Tarikan Baru
Kredit foto : FB Mendung Escape

Monorack ini juga membolehkan penginapan di Mendung Escape berupaya menawarkan servis makanan dan minuman dalam tempahan penginapan bagi memberikan tetamu pengalaman yang terbaik dan menakjubkan.

Syukur sekatan rentas daerah sudah bubar, tunggu buka sempadan antarabangsa pula

Dalam pada masa yang sama, Ariff juga menzahirkan rasa syukur kerana sekatan pergerakan rentas daerah di Sarawak kini sudah dibubarkan dan ini membolehkan beliau membuka semula tempahan penginapannya kepada orang awam terutamanya dari luar kawasan Bau. Beliau juga berharap agar sempadan antarabangsa juga akan dapat dibuka tidak lama lagi agar pelancong luar negara dapat melihat sendiri keindahan alam semulajadi Sarawak di Singai, Bau.

Selain penginapan di Mendung Escape, Ariff juga memiliki sebuah lagi penginapan chalet ‘jungle stay’ iaitu Pinggir Siak, di kawasan pinggir hutan berdekatan Sungai Adis Buan, Kampung Segong, Bau. Anda perlu trekking di dalam hutan selama 10 minit dari kawasan letak kereta untuk sampai ke sini. Barulah betul ‘adventure’ stay kan?

Bina Sendiri Monorack Sehingga Ke Kaki Gunung Singai, Inovasi Pemilik 'Jungle Stay' Di Bau Ini Jadi Tarikan Baru
Kredit foto : Cyril’s Canvas
Bina Sendiri Monorack Sehingga Ke Kaki Gunung Singai, Inovasi Pemilik 'Jungle Stay' Di Bau Ini Jadi Tarikan Baru
Kredit foto : Pinggir Siak
Bina Sendiri Monorack Sehingga Ke Kaki Gunung Singai, Inovasi Pemilik 'Jungle Stay' Di Bau Ini Jadi Tarikan Baru
Kredit foto : Cyril’s Canvas

Jika anda ingin melihat bagaimana monorack ini berfungsi, anda boleh menempah penginapan ke Mendung Escape melalui platform Airbnb. Anda juga boleh menempah chalet Pinggir Siak di Kampung Segong, Bau melalui platform yang sama.

Selamat menikmati percutian yang menenangkan di Mendung Escape dan Pinggir Siak!

Sertai kempen #BantuBorneo untuk merangsang semula perniagaan anda

Jika anda mempunyai perniagaan makanan dan minuman yang unik, ada ‘WOW’ factor dan berpotensi VIRAL, sertai kempen #BantuBorneo kami dan isi maklumat yang selengkapnya di pautan berikut ; https://borneodigital.co/bantu-borneo/

Lagi destinasi penginapan yang best :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah Senarai 4 Tempat Menarik Di Sabah Yang Anda Boleh Lawati
Next Article Netizen Persoal Sistem enterSarawak Yang ‘Rutit’, Bermasalah Dan Kesukaran Yang Tidak Berkesudahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?