• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Ini Antara 5 Port Rojak Ayam Yang Nyaman Di Kuching

Oleh
Aina Musa
16 Januari 2024
Kongsi
5 Min Bacaan
Ini Antara 5 Port Rojak Ayam Yang Nyaman Di Kuching

Ini antara 5 rekomendasi dari tekak warga Kuching

Ini Antara 5 Port Rojak Ayam Yang Nyaman Di Kuching. Rojak ayam adalah salah satu dish yang popular di Sarawak, terutamanya di Kuching. Kebiasaanya, warga Kuching gemar menikmati hidangan rojak ayam sama ada untuk sarapan pagi ataupun minum petang.

Rojak ayam adalah campuran pelbagai bahan seperti tahu goreng, timun, sengkuang, telur rebus, cucur sayur dan ayam goreng yang disiram dengan kuah istimewa yang pekat dan manis.

1. Rojak Kucei

Rojak Kucei di Jalan Batu Lintang adalah salah satu destinasi popular bagi penggemar rojak ayam di Kuching. Kedai ini antara kedai rojak ayam yang famous, legend dan mempunyai pelanggan tetap dimana rata-ratanya adalah geng-geng senior yang sudah lama mengenali rojak kucei.

Apa yang menarik tentang rojak di sini ialah kuahnya dibuat dengan menggunakan biskut Marrie sebagai salah satu bahan utama. Biskut Marrie ini memberikan kuah rojak rasa manis, pekat dan wangi!

Ini Antara 5 Port Rojak Ayam Yang Nyaman Di Kuching
Ini Antara 5 Port Rojak Ayam Yang Nyaman Di Kuching. Sumber: Twitter

Info Penting:

Lokasi: Jalan Batu Lintang, 93200 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali jumaat dari jam 7:30 pagi 2:30 petang

2. Rojak Idot, Satok Inn

Antara lokasi kedua untuk menikmati rojak ayam adalah di Kafe Satok Inn, Jalan Haji Taha. Hidangan rojak ayam di sini dihasilkan dari air tangan ‘orang lama’ menjadikan rasanya asli dan autentik.

Lokasi kafe ini agak tersembunyi dan hanya beroperasi sebagai humble stall. Namun, pelanggan yang pernah mencuba rojak ayam di sini semuanya memberikan ulasan positif.

Difahamkan, kuahnya pula dicampur dengan kacang tanah yang dikisar kasar menjadikan sos tersebut berlemak dan sedikit ‘crunchy’.

Bak kata pelanggannya, rojak ayam di sini ibarat hidden gems di Satok.

Ini Antara 5 Port Rojak Ayam Yang Nyaman Di Kuching

Info Penting:

Lokasi: Satok Inn Cafe, Jalan Haji Taha, 93400 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari 7:00 pagi 5:00 petang

3. Dapo Along, Satok

Rojak ayam di Dapo Along ini pula terkenal dengan portionnya yang menggunung! Mana tak nya, hidangan semangkuk tu boleh kongsi 2 orang.

Dahulu kedai ini beroperasi di Kueh Fah Kafe di Jalan Satok dan berpindah ke Lorong Rubber 7, Satok.

Ini Antara 5 Port Rojak Ayam Yang Nyaman Di Kuching

Selain terkenal dengan saiz hidangannya yang besar, cucur sayur mereka dikatakan crunchy dan setiap gigitan penuh dengan rasa sayur yang padat. Bukan sekadar bancuhan tepung semata-mata tau!

Kombinasi ‘krup-krap’ dari cucur sayur dan juicy dari ayam goreng dengan kuahnya yang pedas manis ibarat perfect combo buat pelanggan!

Info Penting:

Lokasi:Dapur Along x Rojak Ayam Satok Cafe, Lorong Rubber 7, 93400 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari 08:30 pagi 3:30 petang

4. Super Cafe, Pending

Port seterusnya pula antara lokasi yang paling underrated. Buat yang familiar dengan kawasan Pending dan sekitar, kedai makan ini sememangnya terkenal sebagai destinasi sarapan pagi yang rekomended!

Antara salah satu gerai yang paling laris di sini mestilah rojak ayam. Kalau lambat confirm ‘sik ampit’ bak kata orang Sarawak!

Info Penting:

Lokasi: Super Cafe, Jalan Pending, 93450 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali ahad dari jam 06:00 pagi 11:00 pagi

5. Hans Cafe

Port terakhir ini pula antara kedai yang baru-baru sahaja beroperasi. Namun, disebabkan ‘kuasa viral’, kedai ini mula dimasukkan dalam top listed rojak ayam rekomendasi di Kuching.

Bukan sahaja portion yang banyak, rojak ayam di sini dikatakan ‘cun’ dengan tekak warga Kuching.

Menariknya, rojak ayam di sini terkenal dengan kuahnya yang banjir sehingga meruap dalam pinggan pelanggan. Fuhhh, barulah puas hati kan?

Buat yang tak suka kuah banjir pula, jangan risau korang boleh request dengan owner gerai ni!

Info Penting:

Lokasi: Hans Cafe, City square phase 2 sublot no.72,lot 4790,section 64 KYLD, 93450 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali ahad dari jam 06:30 pagi 02:30 petang

Baca lagi artikel menarik:

Jadi Pilihan Penduduk Tempatan, Anda Perlu Cuba Rojak Kucei Legend Di Batu Lintang Ini
Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berkonsepkan Tradisional Klasik, Jualan Kuching Car Boot Bakal Diadakan Di Kubah Ria Bertemakan Klasik Tradisional, Meriahkan Jualan Kuching Car Boot Di Kubah Ria Hujung Minggu Ini
Next Article Putera Mateen Sudah Bergelar Suami, Giliran Prince Wakeel Jadi Perhatian

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?