Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching
Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan bercakap mengenai hidangan sarapan popular di Kuching yang sudah menjadi kegemaran warga tempatan sejak 70 tahun lalu iaitu Mi Jawa Rabak!
Mi Jawa Rabak ni memang dah lama jadi ikon sarapan buat warga Kuching. Sebenarnya mi jawa ini adalah lebih kurang sama seperti mi rebus akan tetapi lebih istimewa kerana disajikan bersama sate dan kuah kacang di atas mee.
Mi Jawa Rabak memang terkenal dengan rasa yang unik dan memuaskan.
Dahulunya, beroperasi di Jalan Main Bazaar
Dahulu, Mi Jawa Rabak ini beroperasi di Jalan Main Bazaar dan menjadi salah satu gerai mi jawa tertua di Kuching yang telah pun beroperasi sejak 70 tahun yang lepas.
Bahkan, kedai ni mempunyai pelanggan tetap yang datang untuk menikmati hidangan mi jawa yang istimewa ini sejak dahulu lagi. Mana tidaknya, mi jawa mereka dihidangkan bersama sate daging mahupun sate ayam dilimpahi pula dengan kuah kacang yang pedas dan manis menjadikannnya lain daripada yang lain.
Telah pun berpindah di Taman Sukma
Namun, kini mereka tidak lagi beroperasi di Jalan Main Bazaar dan telah pun beroperasi sepenuhnya di Taman Sukma. Walaupun sudah berpindah, mereka masih mengekalkan resepi yang sama dengan menawarkan menu yang sama buat pelanggannya.
Untuk anda yang ingin merasai mi jawa legend di Kuching ini, anda bolehlah singgah ke Taman Sukma.
Lokasi: Lorong Piala 3, Taman Sukma, 93050 Kuching, Sarawak
Masa operasi: Buka Setiap hari kecuali isnin daripada jam 7 pagi sehingga 12 malam.