• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Bukti Saintifik Mengapa Petua Minum Air Dari Kulit Durian Boleh Elak Panas Badan

Oleh
Ismail NA
3 Julai 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Petua yang memang berkesan untuk elak panas badan, tapi kenapa ya?

Ini Bukti Saintifik Mengapa Petua Minum Air Dari Kulit Durian Boleh Elak Panas Badan. Durian, yang juga dikenali sebagai “Raja Buah”, terkenal dengan rasanya yang unik, aroma yang kuat, dan tekstur berkrim. Walaupun durian disukai oleh ramai orang terutamanya di rantau Asia Tenggara, terdapat satu fenomena atau kepercayaan dalam kalangan masyarakat bahawa memakan durian (dalam jumlah yang agak banyak) menyebabkan peningkatan suhu badan.

Dalam artikel ini, kita akan membongkar misteri durian dan asas saintifik di sebalik petua bahawa makan durian menyebabkan peningkatan suhu badan dan meminum air daripada pangsa kulitnya boleh menurunkan suhu badan.

Ini Bukti Saintifik Mengapa Petua Minum Air Dari Kulit Durian Boleh Elak Panas Badan
Ini Bukti Saintifik Mengapa Petua Minum Air Dari Kulit Durian Boleh Elak Panas Badan

Durian, ‘raja buah’ yang tinggi kalori

Walaupun durian adalah sejenis buah yang berkhasiat, namun pengambilan yang terlalu banyak boleh mendatangkan beberapa kesan sampingan. Antara kesan sampingan yang mungkin timbul akibat mengambil terlalu banyak durian termasuk masalah pencernaan seperti cirit-birit, kembung, loya, muntah, atau alahan. Selain itu, durian juga merupakan buah yang tinggi dengan kalori. Jadi, jangan terkejut jika berat anda bertambah selepas makan terlalu banyak durian!

Disebabkan kalorinya yang tinggi juga, ia memerlukan masa lebih lama dan lebih banyak tenaga untuk dicerna. Oleh yang demikian, metabolisme badan kita juga akan meningkat untuk proses penghadaman ini, seterusnya boleh meningkatkan suhu badan.

Satu petua yang popular dalam kalangan masyarakat adalah meminum air daripada pangsa kulit durian bagi mengelakkan suhu panas badan. Tahukah anda bahawa petua ini telah diselidik oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari sudut saintifik. Memang sah, ada sesuatu yang mereka temui pada kulit durian ini!

Rupanya bahan ini yang dikatakan memainkan peranan penting

Terdapat satu kajian awal yang dijalankan oleh penyelidik daripada Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi, Selangor, Malaysia yang mengkaji kesan rendaman air locule durian D24 terhadap pengurangan suhu badan selepas makan durian melalui penilaian suhu oral. Rendaman air locule merujuk kepada air yang diminum menggunakan kulit pangsa dalam durian (endokarp) yang mengandungi isi durian dan dikatakan dapat menurunkan suhu badan sejurus selepas memakan durian.

Ini Bukti Saintifik Mengapa Petua Minum Air Dari Kulit Durian Boleh Elak Panas Badan

Kajian juga tersebut mendapati bahawa air rendaman locule menunjukkan kesan perubahan dalam menurunkan suhu badan dalam tempoh masa yang singkat (iaitu kurang daripada 30 minit selepas memakan durian).

Hal ini kerana kewujudan satu bahan yang dinamakan sebagai pektin dalam air rendaman locule yang mungkin telah membantu memudahkan mekanisme homeostasis semula jadi dengan lebih cepat untuk menghalang sebarang pemanasan suhu badan secara tiba-tiba badan selepas memakan durian.

Walau bagaimanapun, para penyelidik ini mengatakan bahawa kajian ini masih di peringkat awal dan memerlukan lebih banyak kajian mendalam. Haa, kalau dah ada penemuan awal ni, mesti banyak lagi potensi durian yang masih belum kita terokai.

Lagi artikel tentang durian yang menarik untuk dibaca:

Durian Yang Paling Dicari, Inilah Sebab Mengapa Durian Musang King Adalah Durian Termahal
Keunikannya Digemari Ramai, Kenali 4 Jenis Durian Hutan Di Borneo
SUMBER :Durian Locule (Endocarp) Water Immersion Drinking Effect to Reduce Heaty Sensation after Flesh Consumption: A Preliminary Study
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berang Rumah Pelanggan Jauh, Pekerja GrabFood Lempar Makanan Depan Rumah
Next Article Mini Filem Festival Ke-19 × Mini Art Festival Di La Promenade Mall, 6 Hingga 9 Julai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?