• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Cara Untuk Menyelamatkan Haiwan Dilindungi Yang Sedang Dijual, Dan Membelinya Bukan Caranya

Oleh
ILB - AI
16 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Ini Cara Untuk Menyelamatkan Haiwan Dilindungi Yang Sedang Dijual, Dan Membelinya Bukan Caranya

Walaupun niat anda baik, tetapi membelinya hanya akan mendorong penjualan haiwan eksotik

Ini Cara Untuk Menyelamatkan Haiwan Dilindungi Yang Sedang Dijual, Dan Membelinya Bukan Caranya. Walaupun undang-undang telah menyatakan bahawa spesies haiwan yang terancam dilarang dijual atau dimiliki, kadang-kadang kita melihat penjual menjual haiwan ini sebagai haiwan peliharaan.

Bagi mereka yang menyedari bahawa tindakan ini adalah salah dan sanggup membeli haiwan berkenaan demi untuk menyelamatkannya, cara itu sebenarnya tidak digalakkan. Hal ini kerana perbuatan ini hanya akan mendorong penjualan haiwan eksotik.

Ini Cara Untuk Menyelamatkan Haiwan Dilindungi Yang Sedang Dijual, Dan Membelinya Bukan Caranya

Sanggup membeli seekor tenggiling sebab pembeli mempunyai kesedaran bahawa tindakan menjual haiwan itu adalah salah

Menurut sebuah laporan terkini, seorang wanita berusia 21 tahun telah membeli seekor tenggiling apabila mengetahui bahawa tenggiling tersebut dijual.

Untuk pengetahuan anda, tenggiling merupakan haiwan dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Kehidupan Liar 1998 dan sepatutnya tidak boleh dijual malah dipelihara. Jika disabit salah atas kesalahan membunuh, menyimpan, menjual, membeli haiwan tanpa kebenaran Pengawal Hidupan Liar, pesalah akan menghadapi penjara hingga satu tahun dan didenda RM10,000.

Setelah membelinya, wanita tersebut menyerahkan tenggiling berkenaan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan kemudian dilepaskan setelah ia diperiksa tahap kesihatannya.

Tindakan wanita itu dipuji dan tidak dinafikan wanita iberkenaan hanya menjalankan tanggungjawabnya bagi memastikan haiwan terlindung tidak diniagakan.

Tenggiling tersebut dilepaskan oleh SFC setelah diperiksa. Kredit: Utusan Borneo

Adakah itu cara yang sesuai?

Walaupun tindakan wanita itu layak dipuji kerana menjalankan tanggungjawabnya agar memastikan haiwan terlindung tidak menjadi produk perniagaan, pembelian haiwan eksotik (walaupun dengan niat yang murni) tidak digalakkan.

Hal ini kerana tindakan ini akan mendorong peniaga untuk memperoleh lebih banyak haiwan liar lagi untuk dijual.

Pembelian haiwan terlindung hanya akan mendorong peniaga untuk memperoleh lebih banyak haiwan terlindung. Kredit: BioWeb.ie

Oleh itu, sekiranya anda terlihat haiwan terlindung dijual, ditangkap, disimpan atau diseksa, anda disarankan untuk segera melaporkan penjualan spesies hidupan liar kepada SFC.

Anda boleh menghubungi mereka melalui talian hotline iaitu:

  • KUCHING (019-8859996)
  • SIBU (019-8883561)
  • BINTULU (019-8332737)
  • MIRI (019-8290994)
Anda hanya perlu menghubungi Sarawak Forestry Corporation jika ingin melaporkan perkara yang berkaitan dengan haiwan terlindung. Kredit: SFC

Ingat, walaupun anda mempunyai niat yang bagus iaitu hanya mahu menyelamatkan haiwan terlindung, ia lebih sesuai untuk menghubungi pihak berkuasa daripada membelinya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sasaran Vaksinasi 80 Peratus, Pasukan Vaksinasi Bergerak Di Sarawak Guna Helikopter Sasaran Vaksinasi 80 Peratus, Pasukan Vaksinasi Bergerak Di Sarawak Guna Helikopter
Next Article Seramai 17 Kakitangan Positif COVID-19, Perkhidmatan Kumpul Sampah Di Kuching Terjejas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?