Sarawak, Bukan Sahaja Bumi Kenyalang
Ketahui Spesies Haiwan Terancam Sarawak dan Bagaimana Kita Boleh Membantu Melindungi Mereka. Pulau kita diberkati dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Pada suatu ketika dahulu, Borneo dipenuhi dengan hutan tebal yang merupakan rumah kepada beberapa spesies haiwan sehingga aktiviti pembalakan mulai dilakukan. Hutan kita adalah antara terkaya di dunia dengan adanya kepelbagaian bunga dan juga rumah kepada beberapa haiwan yang kini sangat terancam seperti badak sumatera, primate seperti monyet proboscis, tarsier dan orangutan serta burung kenyalang kita, burung megah yang menjadi inspirasi kepada moniker negeri kita. Untuk senarai ini, kita akan fokus kepada haiwan terancam di Sarawak.

Haiwan Apakah Kini Terancam di Sarawak?
Senarai berikut adalah antara haiwan yang disenaraikan sebagai haiwan terancam:
Orangutan

Monyet Proboscis

Clouded Leopard

Sun Bear

Borneo Bay Cat

Helmeted Hornbill

Pangolin

Kenapa Spesies-Spesies Ini Terancam?
Antara faktor-faktor major yang membawa ancaman kepada haiwan-haiwan ini adalah penebangan hutan, pemburuan dan pembalakan.



Bagaimana Kita Boleh Membantu?
Salah satu cara kita boleh membantu adalah mengelak gunakan produk minyak sawit dan mengamalkan amalan kitar semula. Anda juga perlu membekalkan diri dengan ilmu mengenai syarikat-syarikat yang tidak mengamalkan kerja etikal untuk mengelak membeli keluaran mereka, serta berhenti membeli produk yang diperbuat dari haiwan. Sekiranya anda mempunyai masa luang, anda boleh menjadi sukarelawan untuk mana-mana pusat pemuliharaan untuk tujuan pendidikan dan memberi kesedaran kepada orang ramai. Anda juga boleh menderma untuk konservasi untuk kumpulan pemuliharaan haiwan tempatan. Ia hanya memerlukan seorang untuk memulakan perubahan.
