• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Cara Untuk Skip Langkah ‘FACES’ Semasa Check-In Penerbangan AirAsia

Oleh
Ismail NA
1 Mei 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Pulak dah.

Ini Cara Untuk Skip Langkah ‘FACES’ Semasa Check-In Penerbangan AirAsia. Sekarang mesti ramai yang dah berpusu-pusu nak balik kampung kan? Lagi-lagi yang tinggal jauh, dipisahkan antara Laut China Selatan. Tapi sejak negara kita mengumumkan transisi ke arah endemik, ada juga syarikat penerbangan di Malaysia yang mengambil langkah untuk berhijrah mengguna pakai lebih banyak sistem digital untuk urusan penumpang, terutamanya daftar masuk.

Isi Isi Penting
  • Pulak dah.
  • “10 kali ‘match’, tak juga ‘matching matching'” – Netizen
  • Beriku cara untuk skip langkah ‘FACES’ di aplikasi AirAsia
  • AirAsia sememangnya mengumumkan kepada umum bahawa sistem daftar masuk mereka akan berhijrah sepenuhnya kepada sistem atas talian termasuklah menggunakan aplikasi AirAsia SuperApp. Namun ianya mendapat tentang hebat daripada netizen. Baca selanjutnya di sini:

Dengar khabar sekarang dah tak ada pilihan ‘Check-In’ di kiosk AirAsia, nak tak nak kena guna juga aplikasinya untuk daftar masuk.

Walau bagaimanapun, sistem yang tidak stabil menyebabkan ramai penumpang mengalami masalah untuk mengimbas wajah masing-masing. Perkara ini didedahkan oleh penumpang syarikat penerbangan terbabit di sebuah laman group Facebook.

Ini Cara Untuk Skip Langkah 'FACES' Semasa Check-In Penerbangan AirAsia
Ini Cara Untuk Skip Langkah ‘FACES’ Semasa Check-In Penerbangan AirAsia. Sumber : FB RSS

“Dahlah tiket mahal, check-in pula susah. Muka saya ni bertambah kacak kah penyebab tak sepadan dengan IC? Menyusahkan orang betul lah macam ni. Ini muka saya sendiri. Siapa lagi orang lain yang nak bergambar muka macam ni kalau bukan saya sendiri?”
Penumpang kecewa

“10 kali ‘match’, tak juga ‘matching matching'” – Netizen

Melalui group yang sama, seorang lagi penumpang turut mengalami masalah yang sama. Namun, beliau menemukan solusi untuk anda melangkau langkah imbas ‘FACES’ ini.

Ini Cara Untuk Skip Langkah 'FACES' Semasa Check-In Penerbangan AirAsia
Sumber : FB RSS

“10 kali dah cuba untuk padankan, tak juga padan-padan. Nak betul-betul sama macam dalam kad pengenalan ke macam mana? Susah lah macam ni. Nak check-in pun tak lepas sebab selalu tak padan. Lain kali kena sedia awal-awal, takut nanti tak lepas padanan ‘FACES’ ni “
Nur Hafizah, penumpang AA

Beriku cara untuk skip langkah ‘FACES’ di aplikasi AirAsia

Nur Hafizah berkongsi cara untuk melangkau langkah imbas ‘FACES’ ini memandangkan langkah ini tidak begitu stabil dan setakat ini tidak dapat mengesan padanan swafoto penumpang dengan gambar kad pengenalan penumpang.

Ini Cara Untuk Skip Langkah 'FACES' Semasa Check-In Penerbangan AirAsia
Sumber : FB RSS

Caranya adalah dengan membuka aplikasi AirAsia dan tekan pada butang ‘Check-In’. Isi butiran peribadi anda seperti nama keluarga dan nombor tempahan penerbangan. Tekan ‘Search’. Kemudian, setelah anda selesai anda mengambil gambar swafoto, tidak perlu muat naik gambar kad pengenalan, cuba untuk tutup terus data internet anda buat seketika.

Setelah muncul paparan yang mengatakan gambar dokumen anda tidak jelas, akan keluar pautan ‘Skip FACES and continue check-in’. Tekan pautan ini kemudian baru anda buka semula data internet anda. Anda akan dibawa terus ke halaman check-in!

Jika anda masih keliru, anda boleh merujuk video langkah satu persatu yang dimuat naik oleh Hafizah melalui TikTok nya.

@memer1572

Cara cara SKIP FACE VERIFICATION semasa check in d apps Air Asia 💃🏻 #airasia #sarawakian #sabahan

♬ original sound – Hafizah Hafiz – Hafizah Hafiz

Diharap urusan anda yang mahu pulang ke desa halaman sempena raya tahun ini dipermudahkan. Apa-apa pun, untuk mengelakkan kesesakan di saat akhir, persiapkan segala kelengkapan anda seawal yang mungkin ya.

AirAsia sememangnya mengumumkan kepada umum bahawa sistem daftar masuk mereka akan berhijrah sepenuhnya kepada sistem atas talian termasuklah menggunakan aplikasi AirAsia SuperApp. Namun ianya mendapat tentang hebat daripada netizen. Baca selanjutnya di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Panduan Tukar Duit Raya Kat ATM Tanpa Perlu Bersesak Di Kaunter Bank
Next Article Kisah Sergey Ponomarenko, Lelaki Ukraine Anggap Dirinya Seorang ‘Time Traveller’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?