• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Lelaki Ini Sanggup Panggil Polis Sebanyak 2K Kali, Gara-Gara Untuk Memaki Mereka

Oleh
ILB - AI
10 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Lelaki Ini Sanggup Panggil Polis Sebanyak 2K Kali, Gara-Gara Untuk Memaki Mereka

Lelaki dari Jepun itu telah menghubungi polis sebanyak 2,060 kali dalam tempoh 9 hari

Lelaki Ini Sanggup Panggil Polis Sebanyak 2K Kali, Gara-Gara Untuk Memaki Mereka. Dilaporkan seorang lelaki warga emas dari Jepun telah ditahan apabila menghubungi polis sebanyak 2,060 kali dalam tempoh sembilan hari.

Difahamkan, lelaki tersebut menghubungi polis hanya untuk menjerit kepada kakitangan di sana dan memanggil mereka ‘pencuri’ dan sebagainya.

Lelaki Ini Sanggup Panggil Polis Sebanyak 2K Kali, Gara-Gara Untuk Memaki Mereka

Menghubungi semata untuk memaki polis

Menurut laporan, lelaki berusia 67 tahun itu telah menelefon Ibu Pejabat Wilayah Saitama antara 30 September dan 8 Oktober. Dalam tempoh 9 hari terbabit, lelaki tersebut telah membuat panggilan sebanyak 2,060 kali.

Apabila kakitangan menjawab panggilan dari lelaki berkenaan, lelaki itu akan menjerit kepada mereka dan memberitahu mereka semua harus dipecat.

Gambar sekadar hiasan.

Itu purata satu panggilan untuk setiap enam minit dan jumlah masa bercakap sekitar 27 jam dalam selang sembilan hari!

Akhirnya, polis menyerbu rumah lelaki terbabit dan menahannya atas alasan menghalang tugasan polis. Ketika ditahan, lelaki itu mengakui tuduhan tersebut dan berkata dia tahu polis akan datang untuk menahannya pada suatu hari nanti.

Enggan bekerjasama dengan polis

Siasatan terhadap kes pelik ini sedang dijalankan tetapi ia difahamkan lelaki tersebut kurang bersemangat untuk bekerjasama dengan polis.

Yang lebih menarik lagi, menurut rekod telefon lelaki itu, dia telah menghubungi polis selama bertahun-tahun namun baru-baru ini meningkatkan operasinya atas sebab misteri.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: iStock
SUMBER :ODDITY CENTRAL
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Cerita Bagaimana Seekor Kucing Membuatkan Pasukan Bolasepak Brazil Menangis
Next Article Coklat Ikonik Belgium, Godiva Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?